03/02/2021
Bismillah
9 kelebihan mewarna kepada kanak2.
Jangan pandang rendah kesan aktiviti ini kepada meraka, banyak faedahnya!
1. Koordinasi mata dan tangan
Aktiviti ini memerlukan kanak-kanak untuk menyelaraskan mata dan pergerakan tangan. Menjadikan mereka lebih mahir dalam pelbagai perkara yang melibatkan penggunaan tangan seperti menulis, menjahit dan menaip pada masa akan datang.
2. Cengkaman
Bantu sebagai asas untuk menulis dengan baik. Mewarna membantu kanak-kanak melatih cengkaman jari dengan baik.
3. Kawalan tangan
Menerusi aktiviti ini, kanak-kanak akan belajar untuk memegang pensel dan mengawal pergerakkannya dengan cara mewarnai tanpa melampaui garis.
4. Meningkatkan tumpuan
Mewarna melatih si manja memberikan tumpuan kepada aktiviti yang dilakukan. Dia perlu menumpukan perhatian kepada pergerakan pensel warna dan tugasannya dalam menyiapkan karyanya di atas kertas itu.
5. Mengenal warna
Mana satu biru, hijau dan merah? Lorekan warna-warni mempersonakan matanya. Aktiviti ini ialah sesi pengenalan untuknya kepada warna. Mama dan papa perlu ada untuk mengajarnya jenis warna yang betul.
6. Merangsang kreativiti
Dalam aktiviti ini, mereka akan berfikir tentang kombinasi warna yang boleh digunakan untuk memberi rupa bagi gambar yang sedang diwarnainya. Dia berimaginasi dalam aktiviti ini dan merangsang potensi kreatif di dalam dirinya.
7. Bertenang dan fokus
Waktu bagi dirinya untuk bertenang. Anak akan belajar untuk bersabar dan fokus kepada penelitian dalam menyudahkan projek mewarnanya.
8. Terapi psikologi
Mewarna terbukti menjadikan terapeutik untuk sesetengah kanak-kanak terutamanya jika mereka kerap melakukannya. Ia boleh menjadikan medium luahan emosi melepaskan perasaan seperti kekecewaan, kesedihan dan sebagainya.
9. Bonding time!
Ini juga bonding time buat anak-anak dan ibu bapa. Biarkan dia bercerita dan berimaginasi mencipta cerita tentang apa yang diwarnakannya itu.
So jangan rasa mewarna ini satu aktiviti yang sia2 pada anak kita.
Teruskan mewarna Humaira!!!