Dee Nasi Ayam

Dee Nasi Ayam Rasai nasi ayam dengan resepi dan citarasa tersendiri.
(1)

KAMI DULU DULUDari kiri, isteri saya. Kami berdua membina perniagaan ini. Kami bermula pada tahun 1998. Satu tempoh Yang...
13/10/2023

KAMI DULU DULU

Dari kiri, isteri saya. Kami berdua membina perniagaan ini. Kami bermula pada tahun 1998. Satu tempoh Yang sangat panjang.

2008, kami berada ditapak ini. Berbagai onak duri kami tempuh bersama. Sebuah gerai di tepi longkang. Di tepi tong sampah. Kenapa saya selalu sebut gerai tepi longkang? Sebab Ada komen Dari seseorang...bila dia sampai ke gerai Kami, dia ingatkan kedai besar, rupanya kedai tepi longkang je.

Entah kenapa komen itu, sangat dekat dengan saya. Menjadi pembakar SEMANGAT.

Belakang tak ada rambut tu saya. Dia memilih perniagaan ini. Hidup adalah pilihan. Tiada siapa menyuruh dia memilih berniaga Nasi ayam.

Kemudian Lia - belas tahun rasanya bersama kami. Sebelahnya Nita Dan Fatimah. Dua dua dah berenti.

Gerai ini pun sudah tiada lagi. Semua staff Di sini Kami dah pindah ke Dee Nasi Ayam Kajang .

Moga perjalanan kami untuk langkah seterusnya di permudahkanNya. Amin.

SETIAP YANG BERMULA PASTI BERAKHIRPada tahun 2008, saya mengambil keputusan untuk kembali menjual nasi Ayam. Sebenarnya ...
22/05/2022

SETIAP YANG BERMULA PASTI BERAKHIR

Pada tahun 2008, saya mengambil keputusan untuk kembali menjual nasi Ayam. Sebenarnya sebelum buka gerai ni, saya kerja dalam penerbitan drama tv.

Dalam setahun hanya beberapa bulan bekerja. Pendapatan beberapa bulan itu, yg menampung setahun perbelanjaan. Tentulah tidak cukup.

Puas berfikir apa patut buat utk tambah pendapatan. Bermacam idea ada. Akhirnya saya sedar ada sesuatu yang dah ada dalam tangan - resepi nasi ayam.

Kami bermula dengan sebuah meja. Masih ingat lagi, nak beli periuk air panas pun tak ada bajet. Tapi itulah permulaannya.

Tak sayang ke nak tutup gerai ni?

Sayang. Memang sayang. Tetapi sebenarnya semua ini dah saya rancang. Pada tahun 2019, saya dah buka Restoran Dee Nasi Ayam Pandan Indah . Restoran ni di kawasan yang sama. Usianya dah lebih 3 tahun. Dah mampu berdikari.

Jadi, pada semua pelanggan Dee nasi ayam pandan indah, boleh dapatkan nasi ayam kami di restoran.

Jadi ke mana lagi?

Alhamdulillah, kita hanya mampu merancang. Saya percaya Allah atur perjalanan yang lebih baik.

Awal June nanti, kita tambah cawangan lagi di Dee Nasi Ayam Kajang . Satu lokasi baru dan game baru.

Tahun lepas , kita dah tambah outlet Dee Nasi Ayam Jengka . Alhamdulilah Jengka Masih bertatih. Kayuh pelan pelan. Saya faham game ni. Jangan berlari laju. Nanti jatuh. Kita susun Dan atur.

Kita tak mampu kawal faktor luaran. Tapi kita mampu kawal perjalanan bisnes kita.

Gerai ini terlalu banyak jasanya. Ada nilai sentimental yang tinggi. Tapi untuk ke next nevel, kita tidak boleh bermain dengan emosi. Kita kena buat keputusan. Keputusan itu yang akan menentukan di mana kita 5 tahun akan datang.

Pasti ada betul ada salah. Kita jalan terus. Kita hadap terus. Jangan toleh ke belakang.

Dalam hidup kita ni, tak ada orang akan tolong kita. Kita kena tolong diri sendiri.

26/01/2022

Terima kasih atas kunjungan YB.

25/11/2021

#

JOM LUNCH SINI ESOK...!Pelbagai jenis nasi ayam untuk dinikmati bersama tersayang.Lokasi kami  : Restoran Dee Nasi Ayam ...
20/11/2021

JOM LUNCH SINI ESOK...!

Pelbagai jenis nasi ayam untuk dinikmati bersama tersayang.

Lokasi kami : Restoran Dee Nasi Ayam Pandan Indah
Restoran Dee Nasi Ayam Cawangan 2
Dee Nasi Ayam Jengka
Dee Nasi Ayam

Waze je. 10 pagi 5 petang.

10/10/2021

Sedikit catatan dan perjalanan Dee Nasi Ayam. Sehingga kini, Kami mempunyai 4 lokasi. 3 Outlet Di Pandan Indah, Kuala Lumpur. Dan Yang terbaru Di Jengka 15, Maran Pahang

Boleh Waze

1. Dee nasi ayam
2. Restoran Dee Nasi Ayam
3. Restoran Dee Nasi Ayam Pandan Indah
4. Dee Nasi Ayam Jengka.

Maklumat lanjut

deenasiayam.com

10/10/2021

Cawangan Baru.

2008 - sekarang. Masih bertahan. Alhamdulillah.
10/10/2021

2008 - sekarang. Masih bertahan. Alhamdulillah.

04/09/2021

Meeting setiap 3 hb.

Assalamualaikum...Jika anda, anak anak anda tiada makanan hari ini, boleh datang ke Gerai Dee Nasi Ayam beralamat Gerai ...
04/07/2021

Assalamualaikum...

Jika anda, anak anak anda tiada makanan hari ini, boleh datang ke Gerai Dee Nasi Ayam beralamat Gerai No 7, Jalan Pandan Indah 3/3A, pandan Indah.

Kami menjual nasi ayam. Kami boleh bagi nasi ayam percuma untuk anda dan keluarga anda.

Sekitar pandan Indah.

Moga dipermudahkan urusan anda.

Oyster. Sapa s**a makan? Pernah makan? Nak makan? Ada stock banyak. Kalau ada yg nak saya boleh ambil.Mereka nak jual RM...
26/06/2021

Oyster. Sapa s**a makan? Pernah makan? Nak makan? Ada stock banyak. Kalau ada yg nak saya boleh ambil.

Mereka nak jual RM 20 1kg.

Pre order.

http://www.wasap.my/60127266991/nak oyster

Address

Jalan Pandan Indah 3/3a
Kuala Lumpur
55100

Opening Hours

Tuesday 11:00 - 17:00
Wednesday 11:00 - 17:00
Thursday 11:00 - 17:00
Friday 11:00 - 17:00
Saturday 11:00 - 17:00
Sunday 11:00 - 17:00

Telephone

0192715173

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dee Nasi Ayam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share