18/01/2025
Sireh Pulang ke Gagang!
Kurang lebih 12 tahun dahulu S**asucre mula bertapak di belakang rumah Prof Chef Dato’ , beliau hanya menghasilkan Macarons dan kek yang dijual dari rumah ke Cafe2 di merata KL.
Tak lama selepas tu, kami mendapat peluang untuk membuka restaurant pertama kami Wisma Ryu, Taman Pertama, Cheras.
Anugerah demi anugerah telah kami menangi, dan kami juga mendapat peluang untuk berpindah ke Bukit Damansara, kemudian ke Hartamas dan akhirnya kami menjadi sebahagian dari Hotel Iconic di segitiga emas Kuala Lumpur, Hotel Maya
Namun rata2 pelanggan kami kerap bertanya, bila nak buka balik di Cheras, tempat lama dulu?
Baik!! kami mendengar dengan penuh perhatian, semua permintaan2 ini. Insyaallah, we will be back di Cheras!
Nantikan pengumuman seterusnya ok!!