ARIF FOO NASI AYAM

ARIF FOO NASI AYAM REZEKI INFINITI SERVICES (SA0478821-K)

[ KICAP AYAM ]Kicap ayam mungkin nampak seperti bende2 kecik, tetapi ianya salah satu elemen yg utama dalam satu hidanga...
27/09/2024

[ KICAP AYAM ]
Kicap ayam mungkin nampak seperti bende2 kecik, tetapi ianya salah satu elemen yg utama dalam satu hidangan nasi ayam. Pemilihan kicap dan penyediaan kicap dengan rasa tertentu boleh menjadi penanda aras sama ada sesuatu bisnes nasi ayam itu mempunyai citarasa yang tinggi atau tidak.
Ada kicap cair, ada kicap pekat, ada kicap masin, ada kicap manis, ada juga kicap custom yang dicampur bahan2 lain. Sama ada sedap atau tidak, ianya bergantung pada taste bud kita!

23/09/2024

[ NASI AYAM ]
Selama setahun berniaga nasi ayam ni, apa yang dapat aku concludekan, di Malaysia ni ada 3 jenis kategori Nasi Ayam. Nasi ayam cina, nasi ayam melayu, nasi ayam fusion. Nasi Ayam ni kalau ikutkan sejarah memang dah agak sinonim dengan negara di Asia Tenggara, tetapi dari mana datangnya masih lagi menjadi pencarian dalam kebenaran.
Dah tentu ada yg tahu sejarah berkenaan kemunculan nasi ayam di negara ini, dan sudah tentu banyak juga yg tahu pelbagai jenis versi.
Kaum cina Han merupakan gelombang kaum cina yg pertama datang je Tanah Melayu, dan kaum Hainan p**a adalah yg terakhir untuk tiba di Tanah Melayu. Disebabkan banyak perniagaan telah dipelopori oleh kaum2 cina yg terawal, maka kaum Hainan membuka perniagaan nasi ayam. Cerita ni aku dapat dari kawan cina aku merangkap sifu design aku yg susur galir keluarganya dari Hainan.
Nasi ayam berasal dari Wenchang kep**auan Hainan. Dan pada tahun 1939 adalah tahun mulanya nasi ayam wujud di Malaysia. Kemudian baru Singapura pada tahun 1940. Sejak itu, nasi ayam melalui evolusi dan sehingga sekarang wujudnya pelbagai jenis nasi ayam di Malaysia.
NASI AYAM CINA
Nasi ayam cina menghidangkan jenis hidangan yang pada aku memang kena dengan selera. Nasinya yang nampak pucat tetapi ada rasa yang unik. Kalau kena dengan kedai yg betul, ratah nasi aje sudah memuaskan. Supnya p**a memang agak asas dan rasanya berbeza dari persepsi sup kosong yg pada lazimnya ada dalam pemikiran rakyat Malaysia. Kadangkala supnya diperolehi daripada air rebusan ayam dan ada kalanya supnya adalah sup kacang. Sup rebusan ayam ni sememangnya mempunyai rasa ayam yang cukup kuat dan air rebusan bahagian2 ayam ni bukan sahaja digunakan untuk sup, malah ianya juga digunakan untuk masak nasi dan juga campuran kicap siraman u tuk ayam. Cili untuk nasi ayam jenis cina memang lain dari kebiasaan nasi2 ayam yang berlambak diluar sana. Cilinya pada kebiasaannya direbus dalam air yg mendidih sebelum di blender dan dicampur dengan bahan2 untuk membentuk cicahan yang cukup memuaskan.
Ayamnya semestinya roasted dan stim, tetapi kalau diperhatikan dengan cara yang sebetulnya, kaedah masak yang digunakan oleh peniaga2 lazimnya menggunakan cara gorengan ataupun rebus. dari mana datangnya ayat stim dan roasted tu aku masih lagi dalam pencarian kebenaran. Ramai org terlepas pandang tentang betapa pentingnya kicap rendaman yang ada pada setiap plating ayam, dan resipi untuk kicap ini juga bukan sekadar kicap cair yang kita boleh beli sesuka hati.
Kicap yang disiram pada ayam ni sangat special dan unik, dan ada beberapa brand yang cukup sedap untuk digunakan sebagai kicap rendaman. Pada kebiasaannya kicap cair adalah jenis kicap yang biasa digunakan untuk siraman ayam. Kicap ini juga ada hint2 air rebusan ayam dan juga bahan2 lain. �.�Secara rumusnya, nasi ayam cina kurang menggunakan bahan2 yang cenderung kepada rasa manis. Nasi ayam cina juga banyak menggunakan rasa ayam yg sebenar, dan semuanya bersangkut paut. Sama ada kita rasa cili, nasi, sup, atau kicap, secara x sedar dan sedar kita dapat rasakan bahawa ada pertalian rasa ayam antara setiap bahan. Susah nak terangkan tapi kita tahu bahawa wujudnya rasa ayam tu.�.�NASI AYAM MELAYU
Nasi ayam melayu ni memang mudah untuk kita dapatkan di merata2 dan semestinya kita tidak ragu2 untuk beli dan makan nasi ayam melayu. Nasi ayam melayu pada kebiasaannya menghidangkan nasi yang berwarna kuning, manakala rasanya kadang2 ada rasa, dan kadang2 takde rasa. Tetapi semestinya ada kunyit dan hint rasa garam sedikit.
Ayam nasi ayam melayu juga menggunakan kaedah masak yang sama, tetapi mudah untuk dikatakan bahawa ayam nasi ayam melayu ni selalu kering dan kurang juicy, baik penjualnya melayu Malaysia mahupun peniaga dari Indonesia. �.�Kicap siraman dan rendaman ayamnya juga berbeza daripada style cina. Kicap nasi ayam melayu, agak tawar sedikit berbanding dengan cina, dan kadang2 ada rasa2 hangit gorengan kuali yang digunakan untuk menggoreng ayam. Ada juga ayamnya yang terlebih rasa dan ada juga lebih cenderung ke tiada rasa atau tawar.�.�Cili nasi ayam melayu boleh dikatakan signature bangsa melayu, iaitu bangsa yang sukakan manis. Secara majoritinya, cili nasi ayam melayu semuanya manis2 dan boleh dikatakan akan over rule banyak rasa2 yang ada pada ayam dan juga nasi. Selain menjadi komponen nasi ayam yang utama, ia juga memainkan peranan sebagai komponen pelengkap untuk keseluruhan hidangan. �Nasi ayam melayu tidak akan lengkap jikalau salah satu komponen hidangan diketepikan. Berbeza dengan nasi ayam cina yang kita boleh pilih nak makan mana satu, sebab rasanya ada dan kadangkala tak perlu campur cili atau kicap.�.�Sayur pada hidangan nasi ayam melayu semestinya daun salad dan kadang tomato. Ini juga boleh dikatakan sebagai signature, tak pasti dari mana datangnya atau asalnya menggunakan sayur sebegini.�.�Secara rumusnya, nasi ayam melayu memang lebih cenderung kepada rupa yang berbeza dan juga rasa yang lebih manis berbanding dengan nasi ayam cina yang banyak menggunakan rasa ayam asli.�.�NASI AYAM FUSION
Nasi ayam fusion ni boleh dikatakan terlalu banyak di Malaysia, dan mana2 nasi ayam yang tidak digambarkan seperti di atas boleh dikatakan nasi ayam fusion. Ada yang ayamnya berempah, ada yang ayamnya berlada hitam, ada yang ayamnya rasa hangit ada yang ayamnya goreng kunyit biasa dan macam2 lagi. Ada juga cilinya rasa seperti kuah gulai, ada juga cilinya yang direndam tenggelam ayamnya. Bab nasi p**a, ada yang berperisa lebih, ada yang rasa macam nasi berempah, ada juga nasi nampak biasa tapi rasanya macam nasi goreng. Macam2 jenis invention oleh peniaga2 yang kreatif di Malaysia.�.�Walaubagaimana pun, setiap jenis nasi ayam mempunyai peminat tersendiri. Namun, ARIF FOO NASI AYAM menghidangkan nasi ayam chasiu yang berlandaskan cara cina.�.

Delivery untuk open house di Ampang harini. Alhamdulillah!
04/05/2024

Delivery untuk open house di Ampang harini. Alhamdulillah!

[ RIBUT - BERKECAI DAN PRA-PESANAN ]Dalam bulan Syawal ni, ARIF FOO NASI AYAM akan fokus pada pra-pesanan untuk group, s...
17/04/2024

[ RIBUT - BERKECAI DAN PRA-PESANAN ]
Dalam bulan Syawal ni, ARIF FOO NASI AYAM akan fokus pada pra-pesanan untuk group, seperti open house, keraian atau meeting atau mana2 yg nakkan oder in bulk. Kami boleh arrange.
Cuaca panas yang menghasilkan ribut dan angin yang kuat telah menyapa gerai Arif Foo dan memberi satu tamparan yang hebat. Gerai tumbang dan banyak jugak yang berkecai. Memerlukan masa untuk recover. Tapi kami tetap menghasilkan nasi ayam chasiu yang sedap untuk pelanggan dan masih mengambil pesanan.
Kami akan update bila kami muka dine-in semula. Buat masa ni, boleh wasap untuk pra-pesanan group.
FOO PADOO!
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

[ SEPERTI BIASA TAPI… ]ARIF FOO NASI AYAM berniaga seperti biasa tapi… kami hanya ambil group oder. JUADAH JEMAAH RAMADA...
28/03/2024

[ SEPERTI BIASA TAPI… ]
ARIF FOO NASI AYAM berniaga seperti biasa tapi… kami hanya ambil group oder. JUADAH JEMAAH RAMADAN. Seperti biasa kami akan buat pre oder sehari sebelum ye.

[ HUJAN TU RAHMAT ]Hujan tetap hujan, panas tetap panas, tapi ayam tetap juicy. Harini kita buka sampai malam, siapa yg ...
24/02/2024

[ HUJAN TU RAHMAT ]
Hujan tetap hujan, panas tetap panas, tapi ayam tetap juicy. Harini kita buka sampai malam, siapa yg nak dinner nasi ayam chasiu atau hainan, boleh singgah dah rasa keenekan sebenarnya!
Ada customer datang dari jauh Gua Musang untuk rasa ARIF FOO NASI AYAM, katanya asyik nampak aje posting, tapi betul ke sedap. Alhamdulillah, secara jujurnya, dia kata sedap.
Tengkiu tuan Iruwan Ahmad.
Ada juga customer dari Korea Selatan yg betul2 kenyang lepas pekena Nasi Ayam Chasiu. Semoga x mengigau bila balik ke Ssangmundong nanti

[ NASI AYAM CHASIU KINI DI KUALA LUMPUR ]Nasi ayam chasiu ARIF FOO menghidangkan nasi ayam yang mempunyai rasa yang ters...
15/01/2024

[ NASI AYAM CHASIU KINI DI KUALA LUMPUR ]
Nasi ayam chasiu ARIF FOO menghidangkan nasi ayam yang mempunyai rasa yang tersendiri. Dengan rasa cili yang authentic, kicap ayam yg original dan juga ayam panggang chasiu yang penuh dengan rasa.
Kini ARIF FOO NASI AYAM menjalankan operasi di tengah2 Ibu Kota berhampiran dengan Pasar Seni, Kasturi Walk dan jug Petaling Street.
Chasiu adalah resipi perapan yang berusia 3,000 tahun dan telah diamalkan sejak zaman dinasti Zhou. Maksud sebenar chasiu adalah “fork roasted” iaitu cara panggangan ayam yang menggunakan kaedah cucuk atau seakan2 garfu.
ARIF FOO NASI AYAM bergabung dengan Zada Cafe bagi memartabatkan lagi makanan2 tempatan kepada pengunjung2 dari luar negara dan juga dalam negara. Pemilihan lokasi seperti ini adalah untuk memperkenalkan makanan tempatan yang lebih enak dan semestinya lebih berkualiti dari makanan2 eropah yang sangat2 lemah dari segi rasanya.
Gabungan 2 entiti pemakanan ini menawarkan pelanggan untuk menikmati makanan dalam suasana cafe hotel yang bertaraf 3 bintang. Lokasi ini seolah2 memberi pengunjung satu pemandangan ibu kota Kuala Lumpur yang sentiasa pesat membangun dan juga sentiasa dipenuhi dengan pengunjung2 dari negara lain.

06/12/2023
[ MAKAN SORANG PON BOLEH ]Ayam panggang madu chasiu. Dimakan dengan cicahan cili yg sangat menyengat dan juga boleh dila...
05/12/2023

[ MAKAN SORANG PON BOLEH ]
Ayam panggang madu chasiu. Dimakan dengan cicahan cili yg sangat menyengat dan juga boleh dilayan dengan teh o ais kurang manis FOO. ARIF FOO Nasi Ayam sentiasa menyajikan yang terbaik untuk pelanggan.

[ JUICY FRESH ROASTED CHICKEN ],Ayam Chasiu ARIF FOO NASI AYAM, menawarkan seekor ayam panggang yang cukup lazat dan jui...
04/12/2023

[ JUICY FRESH ROASTED CHICKEN ]
,
Ayam Chasiu ARIF FOO NASI AYAM, menawarkan seekor ayam panggang yang cukup lazat dan juicy. Ianya adalah resipi perapan yang berusia lebih dari 3,000 tahun berasal dari Guangdong. Ayam panggang ini juga disertakan dengan cicahan cili yang cukup pedas dan menyengat.
Ayam yang diperap selama 24jam atau lebih menjanjikan rasa yang cukup sedap dan padu, semestinya sekali masuk mulut terus FOOO...
Boleh oder untuk kenikmatan yang diberikan oleh Allah SWT.

[ WHOLE CHICKEN CHASIU UNTUK HARINI ]Satu oder untuk usahawan Indonesia satu lagi dine in business group dari Ampang Cen...
29/11/2023

[ WHOLE CHICKEN CHASIU UNTUK HARINI ]
Satu oder untuk usahawan Indonesia satu lagi dine in business group dari Ampang Centre.

Address

ZADA Cafe, Travelodge Chinatown
Kuala Lumpur
50050

Opening Hours

Monday 11:30 - 17:00
Tuesday 11:30 - 17:00
Wednesday 11:30 - 17:00
Thursday 11:30 - 17:00
Saturday 11:30 - 17:00
Sunday 11:30 - 17:00

Telephone

+60147059945

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARIF FOO NASI AYAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ARIF FOO NASI AYAM:

Share