Keriukss By Fifi

Keriukss By Fifi !! Nachos Tortilla Chips !! Satu Balang hanya RM 12 SAHAJA !! Available Pos , Self Pick-up & Delivery Seluruh Malaysia !!

APA MENARIK HARI INI ? SAMBIL BACA SAMBIL LAYAN KERIUKSSBYFIFI ?? πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹ISTANA KESULTANAN MELAKA DI BINA KEMBALIPatik s**a ...
11/10/2021

APA MENARIK HARI INI ? SAMBIL BACA SAMBIL LAYAN KERIUKSSBYFIFI ?? πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

ISTANA KESULTANAN MELAKA DI BINA KEMBALI
Patik s**a mencadangkan kepada Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja Raja Melayu untuk dibinakan semula sejarah terhebat keagungan Kesultanan Melaka terdahulu dengan membina kembali Istana Melaka sepertimana karya ilustrasi dalam gambar ini.
Mungkin memerlukan kos antara RM400 juta - RM500 juta agaknya atau lebih tapi tiada mustahil.. Sy yakin Raja Raja Melayu kita mampu untuk kos sebegini.
Alangkah indah dan berbangganya kami rakyat Raja Raja Melayu melihat kesenian dan mengimbau sejarah yang tercipta..
Walau pun Raja Raja Melayu sudah punya Istana setiap negeri tapi bagi membuktikan lagi kedaulatan sejarah maka molek kiranya dibina secara khusus.
Memang kita sudah punya Muzium Istana Melaka sekarang tapi tidak salah jika di lakukan dengan lebih baik dan mengikut apa yang tertulis dalam sejarah.
Walaupun sesetengah merasa tiada keperluan tapi tak salah juga dibina akan datang kan.
LUASNYA ISTANA MELAKA - 95 METER PANJANG DAN TUJUH TINGKAT TINGGINYA?
1. Daripada Sulalatus Salatin Versi Shellabear, halaman 102:
"Besar istana itu tujuh belas ruang, ruangnya tiga depa, besar tiangnya sepemeluk, tujuh pangkat kemuncaknya. Pada antara itu diberinya bertingkap, pada antara tingkap itu diberinya berbumbungan melintang dan bergajah menyusu, sekaliannya bersayap layang-layang berukir dan bersengkuap, pada antara sengkuap itu diperbuatnya belalang besagi, sekaliannya bergunung-gunungan dan berjurai-jurai belaka.
Adapun segala tingkap istana itu sekaliannya dicat dan dibubuhi air emas, kemuncaknya kaca merah…dan dinding istana dengan cermin Cina yang besarbesar…Adapun rusuk istana itu sehasta lebarnya, sehasta tebalnya, diukirnya jenang pintu itu, dan empat puluh banyak pintunya, sekaliannya dicat dibubuh air emas. Terlalu indah perbuatannya istana itu, sebuah pun istana raja-raja di dalam dunia ini tiada seperti ini."
Besar istana ( panjang) 17 ruang, satu ruang tiga depa. (1 depa =1866.24 mm) Jadi, panjang keseluruhan ialah = 17 x (3 x 1866.24mm 95178.24mm ( lebih kurang 95m).
Jadi, Panjang Istana Melaka adalah 95 Meter. Belum lagi kira tinggi, luas dan sebagainya.Berdasarkan catatan dalam Sulalatus Salatin, sekurang-kurangnya 7 tingkat tingginya.
Sekadar cadangan dan impian rakyat Marhaein jer..
Dan sebenar nya ia takkan berlaku pun .. mimpi sama sama je orait πŸ˜‚
Kredit Gambar : Mohd Faizal Rahmat
Sumber: Panglima Nur Satria Aduka

APA MENARIK HARI INI ? SAMBIL BACA SAMBIL LAYAN KERIUKSSBYFIFI ?? πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹  rakyat Malaysia yang salah faham maksud Jakun.Con...
11/10/2021

APA MENARIK HARI INI ? SAMBIL BACA SAMBIL LAYAN KERIUKSSBYFIFI ?? πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

rakyat Malaysia yang salah faham maksud Jakun.Contoh seperti rakan kita menulis di fb nya mengatakan Jakun mempunyai dua maksud.Sebenarnya Jakun memang mempunyai satu maksud sahaja.Iaitu nama kaum asli yang tinggal di hutan2 Pahang ,Johor dan Negeri Sembilan.
Dan apabila anda menyebut perkataan Jakun kononnya yang membawa maksud 'selok kera atau keadaan yang pelik macam tak pernah tengok sesuatu barang atau dunia luar'....ketahuilah..anda sudah mengejek dan merendah2kan suku kaum asli ini.Kerana maksud anda menyamakan kaum Jakun ini seperti kurang cerdik dan kelihatan pelik melihat sesuatu barang.Itulah asal nya perkataan Jakun itu digunakan.Itu berpuluh-puluh tahun dahulu.
Tetapi zaman sekarang kaum Jakun sudah pandai dan cerdik mcm org lain.Dunia semakin canggih.Jadi,hentikanlah menggunakan perkataan Jakun.Jakun itu bukan loghat sesuatu negeri ..bukan loghat Pahang mahupun loghat pantai timur.Ia adalah kaum.Ada juga yang menyebut 'Sakai'.Itu pun kaum juga.

11/10/2021

APA MENARIK HARI INI ? SAMBIL BACA SAMBIL LAYAN KERIUKSSBYFIFI ?? πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Mati Sebab Rokok
Nama saye dulu Din (bukan name sebenar), saye mati ni sebab rokok. Tadi saye tulis warkah ini khas untuk anak-anak nage sekalian. Saye mule merokok ketika usia 12 dan mati sebab rokok pada usia 24. Dulu, saye anak nage part time je, lebih kurang 2 batang sehari, tapi lepas 2 tahun berkecimpung secara aktif, saye menjadi pro dan mula menelan 5 batang rokok sejam dan memenangi anugerah perokok pantas seduia dengan rekod 1.779 batang seminit.
Selain itu, saye juga memenangi anugerah gudang garam tahun 1999 dan anugerah Dunhill 2001 untuk pembelian rokok terbanyak dalam masa 12 jam. Pada tahun 2002, saye mendapat tempat kedua anugerah Mild Seven untuk asap paling tebal.
Namun, pada tahun 2004, saye menemui ajal dalam acara marathon sambil mengasap bandar KL anjuran Malrboro, tetapi saya dilanggar trak pengangkut Lucky Strike yang datang dari Batu Pahat menuju ke Baling. Disebabkan oleh kesan pelanggaran yang kuat hingga memecahkan kepala, paru-paru, jantung, dan otak saye, saye mati di tempat kejadian. Jadi, nasihat saye, jangan merokok sambil berlari, sekian.
Yang benar,
Din Nage

11/10/2021

APA MENARIK HARI INI ? SAMBIL BACA SAMBIL LAYAN KERIUKSSBYFIFI ?? πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Rumahtangga Selalu Mengalami Krisis
Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
"Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau," terdengar pekikan si Wahid.
Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
"Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?" tanya jirannya.
"Tidak!" jawab Minah.
"Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!"

APA MENARIK HARI INI ? SAMBIL BACA SAMBIL LAYAN KERIUKSSBYFIFI ?? πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹β€œIni negeri saya ambil dengan ubat peluru”, Sultan ...
11/10/2021

APA MENARIK HARI INI ? SAMBIL BACA SAMBIL LAYAN KERIUKSSBYFIFI ?? πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

β€œIni negeri saya ambil dengan ubat peluru”, Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah
SEJARAH BAGAIMANA ENDAU BOLEH BERADA DI PAHANG & JOHOR?
Ketika Sultan Abu Bakar Johor dan wakil Inggerisnya datang ke Pahang untuk meminta kawasan Endau daripada Bendahara Pahang, iaitu Wan Ahmad, lalu beliau berkata:
β€œIni negeri saya ambil dengan ubat peluru, Saya punya abang itu sudah kalah dan Encik Wan Abu Bakar dan semua yang ada disini meninggalkan Pahang dengan lari. Di mana ia kuasa lagi di Pahang? Jikalau tiada puas hati, boleh perang lagi dengan saya”.
Sejarah Dan Peristiwa Bagaimana Endau Boleh Berada Di Pahang Dan Johor.
https://youtu.be/QNpDrll8Mhs
Sumber: Hikayat Pahang, Kalthum Jeram.

08/10/2021




Address

Taman Miharja Fasa 2 , Cheras
Kuala Lumpur
56100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keriukss By Fifi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Keriukss By Fifi:

Share