30/07/2026
Di sebalik nama BEKWoh, yang berasal daripada loghat Kelantan, ia membawa maksud “big work” atau “pekerjaan besar”.
Bermula daripada perkataan itulah tercetusnya idea penubuhan Restoran BEKWoh di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Restoran ini diasaskan oleh anak jati Kelantan bersama adik-beradiknya, yang membawa resipi turun-temurun untuk diperkenalkan kepada masyarakat di Kuala Lumpur.
Restoran BEKWoh terkenal dengan pelbagai hidangan asli Kelantan seperti Nasi Kerabu Golok, Gulai Kuning Ikan, Gulai Ayam, Nasi Dagang, Roti Jala, dan banyak lagi menu istimewa yang mengekalkan cita rasa autentik negeri Cik Siti Wan Kembang.