29/07/2021
𝐑𝐚𝐣𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐥𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐤𝐡𝐚𝐬𝐢𝐚𝐭 💯‼️‼️‼️ 💯‼️‼️‼️
DURIAN atau nama saintifiknya 'Durio', buah tropika yang berasal dari Asia Tenggara yang isinya manis, lembut dan aromanya yang enak. Ia menjadi kegilaan peminat buah-buahan tempatan yang sentiasa menantikan kedatangan musimnya saban tahun.
Raja buah ini juga dikatakan sedap dan berkhasiat dimakan sebaik saja buahnya gugur sehingga empat hari kerana itu menandakan buahnya sudah masak dan tidak perlu dijolok, manakala kualiti rasanya akan berkurangan seminggu selepas gugur.
Selain rasanya yang sedap, durian juga antara buah-buahan tempatan memiliki banyak khasiat. Ia mengandungi phytonutrien dan antioksidan tinggi yang dapat menurunkan kadar kolesterol dan membersihkan darah.
Kajian mendapati durian berpotensi mengelakkan jangkitan kulat kerana kandungan zat besi yang tinggi membantu sel darah putih menghasilkan kimia semula jadi untuk membunuh
jangkitan.
Dari sektor ekonomi, durian menjadi antara penyumbang pendapatan negara apabila nilai eksport produk berasaskan buah itu mencecah RM60 juta pada tahun lalu.
Tahun ini, kerajaan menyasarkan nilai eksport produk durian negara meningkat sehingga RM400 juta berdasarkan permintaan tinggi bagi raja buah itu sekali gus membolehkan petani dan pengusaha mendapat peluang lebih baik pada masa depan.
Khasiat durian
- Mengatasi sembelit kerana ia mengandungi banyak serat.
- Mengatasi anemia kerana mengandungi folat atau Vitamin B9 yang boleh menghasilkan sel darah merah.
- Menjaga kesihatan kulit kerana mengandungi Vitamin C yang berfungsi sebagai antioksidan dan antipenuaan.
- Mengandungi banyak potasium atau kalsium sehingga baik untuk kesihatan tulang dan sendi.
- Mengatasi migrain kerana mengandungi riboflavin atau Vitamin B2.
- Meredakan tekanan kerana mengandungi Vitamin B6 atau piridoksin.
- Menjaga kesihatan gigi dan mulut kerana mengandungi posphor.
Sumber :- https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/08/181233/raja-buah-punya-pelbagai-khasiat
𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐌𝐮𝐬𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐢𝐧𝐠 (𝐈𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀)✅
MK 500G - RM80
MK 1000G - RM145
𝐃𝐮𝐫𝐢𝐚𝐧 𝐃𝟐𝟒 ( 𝐈𝐒𝐈 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀)✅
D24 1000g - RM80
D24 2000g -RM150
Mari Tekan Whatsapp kami untuk kelazatan dan lemak manis durian raub dibawakan oleh kami.
Jangan tunggu lagi whatsapp kami..
𝐖𝐡𝐚𝐭𝐬𝐚𝐩𝐩 : bit.ly/durianalumni ‼️‼️‼️‼️
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : fb.com/durrianalumni ‼️‼️‼️‼️
𝐅𝐞𝐞𝐝𝐛𝐚𝐜𝐤 : bit.ly/FeedBackDurianAlumni 💯✅✅✅
#𝐂𝐮𝐬𝐭𝐨𝐦𝐞𝐫𝐒𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐇𝐚𝐭𝐢𝐊𝐚𝐦𝐢𝐏𝐨𝐧𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲
#𝐂𝐮𝐬𝐭𝐨𝐦𝐞𝐫𝐒𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐇𝐚𝐭𝐢𝐊𝐚𝐦𝐢𝐏𝐨𝐧𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲