Resepi Mok Teh

Resepi Mok Teh Pelbagai resepi masakan disini disediakan untuk anda

26/03/2024

Allahuakbar

07/06/2022

Perempuan yang belakang nama dia ada "NI" selalu orangnya pandai masak, cantik dan ada sifat keibuan yang tinggi.. ๐Ÿ˜Š

.
07/06/2022

.

04/06/2022

Jangan mudah meminjamkan duit, kerana saat meminjam Dia seperti pengemis, tapi saat mengembalikan kitalah yg jadi pengemis ๐Ÿ˜Š๐Ÿ™๐Ÿป

Ada Yang Ters**a Ke...?Sesiapa Ada Roti, Kita Nyicah Sama-Sama.~ SUP TULANG SIMPLE ~BAHAN :โ— 1 peket rempah sup - kecilโ—...
29/04/2022

Ada Yang Ters**a Ke...?

Sesiapa Ada Roti, Kita Nyicah Sama-Sama.

~ SUP TULANG SIMPLE ~

BAHAN :

โ— 1 peket rempah sup - kecil
โ— 1/2 kilo tulang kambing/ lembu/Ayam-
dipotong mengikut s**a.
( sis guna tulang kambing )
โ— 10 biji bawang merah lebih kurang - blend
โ— 1 inci halia - blend
โ— 5 ulas bawang putih - blend
โ— 2 batang serai - diketuk
โ— 1 inci lengkuas - blend
โ— Garam
โ— 1 batang lobak merah - potong cara yang
dis**ai
โ— 2 biji kentang - potong cara tersendiri
โ— 1 ketul kiub ayam/lembu
โ— Air secukupnya
โ— Air asam jawa - agak ikut selera masing2
โ— Daun sup dan daun bawang untuk taburan/hiasan juga tomato ceri dan bawang goreng.

CARA :

1. Rebus tulang sehingga empuk.
2. Dikuali yang berlainan tumis bahan yang telah dikisar sehingha naik baunya.
3. Masukkan rempah sup. Tumis sehingga naik bau.
4. Setelah naik bau, masukkan ke dalam periuk rebusan tulang berserta kiub ayam/lembu
5. Masukkan p**a ubi kentang dan lobak merah.
6. Masukkan p**a garam dan air asam jawa.
7. Reneh sehingga sup menjadi pekat. SIAP!

~ SELAMAT MENCUBA ~

Credit : Angah Izan

PETUA SAMBAL BELACANTips 1Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraromaTips2Guna asam jawa yg dibancuh dgn air ...
24/04/2022

PETUA SAMBAL BELACAN

Tips 1
Bakar belacan sekejap supaya smbal kita lebih beraroma

Tips2
Guna asam jawa yg dibancuh dgn air suam.petua supaya sambal belacan tahan lama

Tips 3
Limau kasturi yg dikisar brsama Kulit(buang biji) sambal lebih wangi dan sedap

Petua 4
Tinggalkan bbrpa biji cili api yg masih bertangkai..petua supaya tidak sakit perut makan sambal

Cara buat ikut urutan:

( kisar kasar bahan2 )
1. 6 biji limau kasturi (buang biji)
2. 50g belacan yg telah dibakar
3. 3 biji cili merah+1biji cili hijau
4. 8 biji cili padi hijau
5. 25 biji cili padi merah
6. 100ml air asam jawa pekat
7. Masukkan sedikit gula dan garam
Nak buat banyak utk buat stok pandai2 la tambah bahan2 tu๐Ÿ˜˜

Kredit : Nurulain Insyirah

Agar-Agar Santan Gula Melakatanpa telur ๐Ÿฅฐ Bahan10g agar2 serbuk5 cawan air1 ketul Gula Melaka - rasa dulu..kurang manis ...
21/04/2022

Agar-Agar Santan Gula Melaka
tanpa telur ๐Ÿฅฐ


Bahan
10g agar2 serbuk
5 cawan air
1 ketul Gula Melaka - rasa dulu..kurang manis tambah
1 kotak santan 200ml
2 helai daun pandan - simpulkan
sedikit garam

Cara2 :

๐Ÿ‘‰๐ŸปMasak agar2 dgn air hingga mendidih.. masukkan gula melaka & sedikit garam
๐Ÿ‘‰๐ŸปMasukkan daun pandan..masak hingga mendidih & sentiasa dikacau
๐Ÿ‘‰๐ŸปKemudian masukkan santan & kacau tanpa henti sehingga mendidih
๐Ÿ‘‰๐ŸปTutup api.. tapiskan kedlm loyang 8 inci.. sejukkan
๐Ÿ‘‰๐ŸปSimpan dlm peti sejuk 1 jam lebih.. boleh potong ikut s**a
Kredit : Zura Zul

Resepi Bubur LambukBahan2..2 mug beras ( rendam dlm 20min).Daging ( 1/2 kg...campur yg berlemak).Rempah sup..( 1 bungkus...
21/04/2022

Resepi Bubur Lambuk

Bahan2..

2 mug beras ( rendam dlm 20min).
Daging ( 1/2 kg...campur yg berlemak).
Rempah sup..( 1 bungkus kecil)
Santan.. (.250 ml)
Lada hitam...3 sb.
Bwg merah...3 biji.
Bwg putih...8 ulas.
Halia....2 jari.
Kentang.
Lobak merah.
Daun sup.
Bwg goreng.

Cara2...

Blend bwg2 & halia...tumis sehingga bwg agak garing.
Masukkan rempah sup....tumis sehingga rempah masak.
Masukkan daging...gaul sebati & masukkan beras.
Goreng beras seketika...masukkan air.
Rebus beras sehingga nmpk lembut.
Masukkan santan & garam..
Lada hitam serbuk masukkan juga.
Masukkan kentang & lobak merah..
Bila sayur dah lembut...tabur daun sup & bwg goreng...
Sesuaikan rasanya..
Bubur Lambuk siap.

*boleh digandingkan dgn ayam/ udg juga.
*bubur lambuk amat pop**ar di bulan ramadhan...
*yg penting...berkhasiat..mudah disediakan & menyelerakkan.

kredit: jamal & asmahan

Rendang Ayam Power ๐Ÿ˜‹Cili api,Lengkuas,Kunyit,Halia,Serai,Bawang merah,Bawang putih,(Blend)1. Panaskan minyak. Masukkan b...
21/04/2022

Rendang Ayam Power ๐Ÿ˜‹

Cili api,
Lengkuas,
Kunyit,
Halia,
Serai,
Bawang merah,
Bawang putih,
(Blend)
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan blend.
2. Tumis sampai tukar warna coklat sikit. Masuk cili mesin.
3.Campak garam, ajinamoto (jika guna) dan gula melaka.
4.Masukkan ayam.
5. Kemudian terus masukkan santan. ( ini saya pakai santan kara kotak ye )
6. Agak kering sikit masukkan kerisik dan daun limau/daun kunyit hiris. Siap
Simpan cni lu,pagi raya buat๐Ÿ˜‚

Kredit: amieyra man sutih

Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14,000 di laman sosial 5 ...
09/04/2022

Akhirnya Makcik saya dedahkan jugak rahsia resepi pes ikan bakar yang pernah capai perkongsian 14,000 di laman sosial 5 tahun lepas.
Awalnya dia taknak bagitahu jugak rahsia ni sebab banyak sangat kedai dan restoran curi resepi dia. Lepas saya paksa2 selama sebulan, baru dia bagitahu. Mungkin bila dah meningkat usia, dia rasa patut dedahkan jugak resepi ni.
Ilmu bermanfaat boleh masuk kubur katanya. Jadi kita kongsi sama2 ye. Jangan makan sorang tau.
Sape kat sini nak sangat makan ikan bakar berempah tapi taknak kelaur modal besar? Kalau makan kat kedai paling kurang kena belanja Rm300-Rm400 untuk satu family. Sekarang boleh buat sendiri je kat rumah.
Resepi yang saya bakal tulis ni untuk sekor ikan merah atau kerapu 1-1.5kg je tau. Kurang atau lebih puan boleh set sendiri lepas ni.
Bahan kisar :
1. 3 inci halia
2. 3 inci lengkuas
3. 12 biji bawang merah
4. 1 setengah bawang holland
5. 4 batang serai besar
6. 2 sudu kecil udang kering
7. 3 biji cili merah besar
8. 4 helai daun limau purut
9. 6-10 cili kering
Kisar semua bahan kat atas. Pastikan betol2 lumat ye. Kalau tak rasa dia kurang 'umphh' orang kata.
Bahan tambahan
1. 5 sudu cili kisar
2. 2 keping asam keping
3. 1 sudu kecil gula melaka
4. Gula putih
5. Garam
6. Penambah perisa (Knorr)
7. Sedikit minyak
Cara penyediaan pes
1. Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar tadi sampai naik aroma yang wangi. Pastikan warna tu dah jadi sedikit kekuningan.
2. Then masukkan asam keping dan cili kisar dalam tu. Gunakan api sederhana je untuk beberapa minit, tumis sampai pecah minyak.
3. Kemudian, masukkan gula melaka dan serbuk perasa. Tunggu sehingga pecah minyak sekali lagi, akhirnya pes sudah siap. ๐Ÿค—
Kemudian makcik saya ajar cara betol bakar ikan menggunakan pes yang kita buat tadi
1. Siang ikan dan basuh betol2. Musim corona ni, utamakan kebersihan ye. Tapi jangan p**ak basuh dengan sabun. Gosok je banyak kali dengan air bersih.
2. Sediakan daun pisang besar2. Takut ada pes yang mengalir keluar lepas bakar. Letak ikan atas daun pisang dan lumurkan pes tadi atas ikan. Kalau boleh lumur dalam perut sekali sampai rata. Bagi rasa pes tu masuk dalam isi ikan sekali.

Address

Bukit Antarabangsa
Kuala Lumpur
86000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Mok Teh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category