Di Omakmasak, kami membawakan rasa asli Dendeng dari Kuala Lumpur sebagai hidangan istimewa kami. Misi kami adalah untuk menawarkan anda hidangan lazat yang mengingatkan anda kepada keenakan masakan tradisi dari hasil air tangan ibu. "Kasih sayang dalam setiap hidangan" merupakan tagline yang kami gunakan sebagai simbolik daripada masakan seorang ibu yang penuh dengan keikhlasan dan kasih sayang.
Masakan ibu yang sentiasa menitik beratkan kualiti dan keenakan yang menjanjikan. Buat masa ini apa yang kami tawarkan adalah :
1. Dendeng Keramat - menggunakan daging halal bahagian batang pinang yang lembut dan enak. Rasa yang dapat mengikat hati pada setiap peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa.
2. Sambal Geprek - sambal yang berasal dari Minang ini diolah dengan beberapa bahan bagi mengikut citarasa rakyat Malaysia.
3. Nasi Dendeng - menu tengahari yang lengkap bersama telur dadar, dendeng keramat, sambal geprek, ulaman dan keropok bawang yang dapat mengikat selera makanan tengahari anda. Anda boleh mendapatkan produk-produk kami yang segar dimasak setiap hari di Gerai Nasi Dendeng Omakmasak yang bertempat di AU 5d Lembah Keramat. Selain itu anda juga boleh mencari kami di aplikasi Grabfood & Shopeefood mengikut hari dan waktu operasi kami iaitu Buka Isnin hingga Sabtu bermula jam 11:00 pagi hingga 7:00 petang. Ikuti kami di Instagram, Facebook, Tiktok dan Shopee untuk mendapatkan kemas kini terkini, promosi dan kandungan makanan yang lazat. Maklum balas anda sangat penting bagi kami, jadi jangan ragu untuk berkongsi pendapat dan cadangan anda. Terima kasih atas sokongan berterusan anda. Kami berharap dapat menyajikan anda dengan keenakkan yang dapat memberikan sedikit kebahagian buat anda seisi keluarga.