29/05/2026
MENUJU UTARA TANAHAIR
Salam. Saya sekarang dalam perjalanan ke destinasi dalam poster.
Inshaallah malam ini sesi perkongsian diteruskan dalam menziarahi rakan-rakan di Utara.
Sesi pertama pada jam 9 (rujuk poster) di Bertam Street Market.
Esok (30 Mei 2026) sesi lepas Subuh di Masjid Permatang Janggus, Penaga, Pulau Pinang.
Sesi lepas Maghrib p**a di Masjid Al Muhsinin di Kampung Raja, Sungai Petani Kedah.
Pada 10 malamnya, sesi santai di Rancak Kafe Sungai, Petani
Ahad (31 Mei) waktu petang -- Inshaallah sekiranya Shamomar Ramli bersetuju; akan ada sesi bersama beliau.
Pada Ahad 9 malam -- saya adakan sesi di kampung laman; di Jalan Lumpur, Alor Setar.
Saya sudah meminta pada penganjur di Bertam supaya soal jawab malam nanti; hos penganjur secara berdeoan eloklah menyentuh hal-hal kritis.
Isu-isu yang menjadi perbincangan awam mengenai Misi Sumud Flotilla supaya ruang ini menjadi diskusi sihat.
Pada Tuan Syamomar Ramli juga saya komen di ruang Facebooknya supaya sesi soal jawab berjalan secara sihat dan bermanfaat untuk yang hadir mendengar dan mengikuti strim langsung.
Saya raikan konsep muhibbah; duduk bersama dan strim secara terbuka dengan menjadikan perbezaan pandangan -- satu peluang memanfaatkan kita semua.
Manakala sesi di masjid fokus utama ialah An Nakbah dan Ghazzah serta Masjidil Aqsa.
Isnin -- saya masih berhajat berada di Utara; sekiranya ada pihak sudi menjemput; dengan rendah hati boleh inbox.
*Semua poster disediakan penganjur.
Inshaallah admin akan cuba aturkan. Cuma, lokasi terhad di sekitar negeri Kedah dan Perlis.
Moga Allah mudahkan usaha kita semua; menjelaskan isu Ghazzah serta meningkatkan upaya kita dalam berdiskusi atas perbezaan.