22/03/2022
πππππππ ππππ ππππ πππ ππππ ππππ πππππππ ππππππππ?
Soalan ringkas tetapi susah untuk kita menjawabnya. Namun bila kita dah tahu jawapannya, ia akan membuat hidup kita semakin βterbakarβdengan semangat untuk bersungguh-sungguh mencapainya.
Untuk hal ini, maka terciptalah WHY MAP.
Ramai orang meletakkan motivasi dalam bentuk material seperti duit, kereta, rumah sebagai dorongan untuk mereka melakukan apa yang mereka lakukan. Ini semua adalah motivasi kering yang akan membuat kita cepat penat dan kecewa.
Tidak semestinya perlukan duit untuk mencapai matlamat. Kita harus beranggapan duit ini hanya sebagai alat, manakala WHY adalah matlamat.
Why map terbahagi kepada 3 iaitu Strong Why, Big Why dan Grand Why.
1. π¦π§π₯π’π‘π πͺππ¬
Perkara yang kita lakukan untuk membahagiakan diri kita dan diri orang yang tersayang di sekeliling kita. Contohnya kita mahukan rumah yang selesa, pendidikan terbaik untuk anak-anak, dapat menghantar ibu ayah membuat haji, membeli kereta idaman dan sebagainya. Hal-hal ini dikatakan sebagai ekonomi rumah.
Strong Why ini penting dan bagus tapi tak cukup untuk meningkat martabat kita sebagai manusia. Kita perlu membuat sesuatu yang lebih mendatangkan manfaat pada kita dan orang lain kerana kita hidup bermasyarakat bukan?
2. πππ πͺππ¬
Kenapa kita wajib kaya? Supaya kita bukan sahaja fokus pada ekonomi rumah tetapi juga fokus pada ekonomi ummah. Inilah dimaksudkan big why.
Apakah perasaan apabila anda boleh menceriakan anak yatim dan menyediakan peluang pekerjaan kepada yang memerlukan?
Apakah impak kepada kehidupan mereka dengan bantuan yang anda berikan?
Berapa banyak jiwa yang anda ubah?
Inilah perjuangan anda. Inilah BIG WHY iaitu perkara yang dapat membantu kumpulan yang tiada pertalian darah dengan anda. Contohnya menaja rumah anak yatim, membantu ibu tunggal, membantu rumah orang tua, membina masjid dan maahad tahfiz, dan macam-macam lagi.
3. ππ₯ππ‘π πͺππ¬
Sungguhpun begitu, semua yang kita buat ini bukan mengharap pujian manusia, untuk dikenali orang ramai, atau mendapat nama baik dan pangkat. Kita buat untuk mendapat redha Allah.
Strong why dan Big why ini adalah sebagai usaha kita menanam amal soleh di dunia, untuk memaksimumkan ganjaran akhirat agar dapat balasan syurga yang kekal abadi.
Inilah yang dinamakan grand why.
Bila kita tahu sebab dan matlamat hidup, kita akan lebih rasa bahagia dengan kehidupan kita. Sebab kita tahu, apa yang kita buat ini menyumbang kepada masyarakat dan dapat mewujudkan suatu kepuasan yang akan membuka tahap baru kepada tujuan dan makna hidup dalam kehidupan kita.