15/04/2021
很荣幸YB林立迎莅临本店用餐,希望您会喜欢我们用心烹煮的皇帝咖喱面💚
Semenjak pandemik COVID19, ramai orang memulakan perniagaan sendiri, lebih-lebih lagi dalam bidang penjualan makanan. Di kawasan Kepong, banyak gerai-gerai makanan. Ada burger, pisang goreng, popia basah, donut, dan macam-macam lagi. Syabas saya ucapkan!
Teringat p**a satu cerita berkaitan seorang peniaga burger di kawasan Kepong. Gerainya terletak di sebelah bahu jalan besar dan terletak di tepi sebuah kedai kopi.
Taukeh kedai kopi tersebut tiada masalah dengan gerainya yang dibuka di tepi kedainya. Malahan taukeh telah menasihatinya mencari lokasi yang lebih strategik kerana di kawasan tersebut sedikit sukar untuk kereta dan motor parkir. Takut tak ramai p**a orang datang nanti.
Alangkah terkejutnya taukeh apabila abang burger memberitahu dia bahawa gerai burger yang dia buka itu hanya sekadar buat syarat. Gerai burger itu dia buka dengan tujuan mahu mendapatkan bantuan RM3k daripada kerajaan. Setelah dia dapat bantuan tersebut, maka gerai itu akan ditutup.
Haiya orang macam ini pun ada liao.