KakCik Sambal

KakCik Sambal Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KakCik Sambal, Food Delivery Service, Kuala Lumpur.

26/08/2022

Tiba2 teringin sambal bilis

24/08/2022

35 Cara untuk perbaiki diri serta merta:

1. Solat awal waktu.
2. Solat taubat setiap hari.
3. Set matlamat hidup.
4. Baca buku 10 mukasurat sehari.
5. Jangan menghukum orang.
6. Makan makanan berkhasiat.
7. Cintai diri sendiri.
8. Bangun 2 jam lebih awal.
9. Menulis jurnal harian.
10.Tinggalkan tabiat buruk.
11. Sentiasa tanya maklumbalas orang.
12. Belajar skil baru setiap hari.
13. Percaya dengan diri sendiri.
14. Mulakan rutin baharu setiap hari.
15. Rancang strategi baharu.
16. Sentiasa lihat perspektif berbeza.
17. Belajar melabur.
18. Jangan buat alasan.
19. Jangan bertangguh!
20. Rekod dan semak kewangan.
21. Fokus positiviti.
22. Belajar bahasa baharu.
23. Persoalkan setiap benda yang kita teringin.
24. Jangan bandingkan hidup kita dengan orang lain.
25. Fokus 1 hal dalam 1 masa.
26. Perhati kelemahan diri dan perbaiki.
27. Tinggalkan comfort zone kita.
28. Tukar social circle kita kepada yang lebih positif.
29. Bina rutin senaman yang bersepadu.
30. Mulakan hidup dengan lebih tersusun.
31. Buat surat kepada 'versi masa depan kamu'.
32. Tonton video yang bermanfaat selalu.
33. Buat senarai matlamat hidup.
34. Tolong orang walaupun kecil.
35. Berhenti dari melakukan hal sia-sia.

Anak cucu Tok abah,

Jadikan senarai ini checklist kehidupan kita ya mulai hari ini. Setiap perkara nampak kecil tetapi besar impaknya pada kehidupan dan dunia kamu kelak.

Yakinlah.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Bersemangat dan bangkit!

08/07/2022

Bila dah kahwin..
- Jangan halang atau larang isteri daripada balik ke rumah org tuanya.
- Jangan halang atau larang isteri daripada menjaga org tuanya ketika mereka sakit.
- Jangan halang atau larang org tua isteri datang ke rumah kita.
- Jangan halang atau larang isteri bagi duit kpd org tuanya.
- Jangan halang atau larang isteri berbakti kpd org tuanya.
- Jangan sesekali menghina atau merendahkan keluarga isteri.
- Jangan sesekali pisahkan isteri dgn keluarganya.
Xde isteri yg s**a jika tugasnya sebagai seorang anak kpd org tuanya dihalang suami...xde isteri yg mahu jika suaminya memisahkan dia dgn keluarganya tanpa sebarang sebab musabab yg dibenarkan syarak.
Ingat, kegembiraan isteri penentu kebahagiaan dlm rumahtangga...sekiranya kita melakukan perkara2 diatas atas sebab pentingkan diri sendiri atau menggunakan kuasa veto sebagai suami, maka ianya tidak akan menggembirakan isteri.
Isteri takkan teragak2 utk memilih keluarganya sendiri berbanding diri suami.
Bertoleransilah sebagai seorang suami.
Ps: Isteri bukan hamba, yang setelah kahwin perlu mengabdikan diri sepenuhnya kepada suami, dia masih milik tuhan sama macam suami, dia hanya Amanah yg Allah titipkan kepada suami utk disayangi dididik kejalan yg diredhai, dan suami sbgai pemimpin yg Allah perintah dihormati, dipatuhi oleh isteri selagi mana perintahnya tidak melanggar syarak, maka wajib isteri patuh.
"Isteri perlu disayangi, manakala suami perlu dihormati" ❤️❤️❤️🤗.
Kakcik sambal homemade❤️❤️

08/07/2022

Akikah anak lelaki bukan 2 ekor kambing. 1 ekor sahaja.

Ramai yang salah faham. Akikah untuk anak lelaki 1 ekor kambing. Dan anak perempuan turut 1 ekor kambing.

Yang afdhal, akikah anak lelaki dibuat 2 ekor kambing. Faham molek. Bukan satu kewajipan dibuat 2 ekor.

Situasi :
Dia nak buat akikah 2 ekor kmbing untuk anak lelaki tahun ni tapi pitih tak cukup. So dia nak buat tahun ni 1 ekor. Tahun depan 1 ekor. Boleh tak?

Jawapan : Boleh. Tahun ni jadi akikah. Tahun depan jadi sedekah. Sebab akikah tidak dibuat ansuran 2 kali. Hanya sekali seumur hidup.

- Ustaz Azhar Idrus

Kakcik sambal homemade❤️❤️

08/07/2022

Laporan Kewangan untuk Kontraktor

Saya senaraikan Dokumen Akaun Projek

1. Surat Setuju Terima (Letter of Award - LOA)
2. Penyata Ketidakpatuhan (Non Compliance Statement)
3. Laporan Kemajuan Kerja (Progress Report)
4. Rekod Perbelanjaan (Record of Payment)
5. Ringkasan Tuntutan
6. Arahan Perubahan Kerja (Pindaan/ VO)
7. Perakuan Kelewatan & Lanjutan Masa (EOT)
8. Perakuan tidak siap kerja (CNC)
9. Perakuan Penyiapan Praktikal (CPC)
10. Tempoh Liabiliti kecacatan (DLP)
11. Perakuan Siap membaiki kecacatan (CMGD)
12. Rekod Upah dan Gaji (Wages Records)
13. Perakuan Ganti rugi tak siap kerja (LAD)
14. Sijil perakuan penyiapan dan pematuhan (CCC)
15. Akuan berkanun (SD)
16. Perakuan Muktamad (Final Account)
17. Wang Tahanan (Retention Fund)

Dokumen semua ini apabila dikeluarkan mesti disimpan dengan baik dalam file Projek.

Perlu juga difahami bahawa Dokumen Akaun Projek ini. Tidak akan beri kesan transaksi jika tidak di lampirkan bersama Dokumen Perniagaan. Seperti perkongsian saya sebelum ini.

Contoh VO. Jika ada tambahan caj kita perlu keluarkan Inbois. Pada inbois itu kita lampirkan keterangan VO.

Setiap Dokumen Akaun Projek mesti ada Dokumen Perniagaan bersama untuk jadikan transaksi Akaun dalam Laporan Kewangan.

Perkongsian saya seterusnya akan kongsikan bagaimana Usahawan Kontraktor susun Carta Akaun Perniagaan untuk Laporan Kewangan Perniagaan mereka.

Nak tanya?

SYCO
Zainhasim

*saya juga melalui sendiri pengalaman angkat tanah 😂

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60146430856

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KakCik Sambal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share