21/11/2025
Energy maintain, fokus padu, badan ringan, itulah vibe Mori+
https://www.tiktok.com/.holdings
Moringa/Shilajit/Ashwagandha/Roselle/Madu
🌿 Bahan Utama Dalam Mori+
1. Moringa (Daun Kelor) – “Pokok Ajaib”
Pokok Moringa oleifera, atau pokok kelor, ialah tumbuhan tropika yang tumbuh subur di Asia dan Afrika, termasuk Malaysia dan Indonesia. Ia digelar “Miracle Tree” kerana kaya dengan nutrien penting dan puluhan antioksidan.
Kelebihan:
Kaya dengan vitamin A, C, E, kalsium dan zat besi untuk tenaga dan kesihatan menyeluruh.
Membantu menurunkan kolesterol dan mengawal gula dalam darah.
Sesuai untuk mereka yang mudah letih atau kurang bertenaga.
Menjadikan kulit lebih sihat, berseri dan awet muda.
Antioksidan tinggi membantu memperlahankan proses penuaan dan menguatkan sistem imun.
2. Shilajit – Tenaga dari Gunung
Bahan semula jadi yang terbentuk daripada pereputan tumbuhan dan mineral di pergunungan tinggi. Ia keluar dalam bentuk resin hitam pekat dan dikenali juga sebagai “minyak gunung”.
Digunakan sejak berabad lamanya dalam perubatan Ayurveda.
Kelebihan:
Meningkatkan tenaga dan stamina.
Anti-penuaan dan tinggi antioksidan.
Menyokong hormon lelaki & wanita serta bantu kesuburan.
Menguatkan daya ingatan dan fokus.
Membantu menurunkan kolesterol jahat dan melancarkan peredaran darah.
Anti-radang dan menyokong kesihatan sendi.
3. Ashwagandha – Tenang, Fokus & Bertenaga
Dikenali juga sebagai Indian Ginseng, digunakan dalam Ayurveda untuk meningkatkan tenaga, fokus dan keseimbangan hormon.
Kelebihan:
Mengurangkan stres dan kebimbangan dengan menurunkan hormon kortisol.
Memberikan tenaga dan membantu tidur lebih nyenyak.
Meningkatkan daya tumpuan dan fokus.
4. Roselle (Hibiscus Sabdariffa) – Si Merah Menawan
Roselle berasal dari keluarga bunga raya, tetapi yang digunakan ialah kelopak bunganya yang merah pekat. Ia sering dijadikan jus, jem dan teh herba — serta terkenal dengan khasiat kecantikan dan kesihatan.
Kelebihan:
Tinggi antioksidan dan vitamin C untuk kulit berseri & sistem imun kuat.
Membantu menurunkan tekanan darah dan kolesterol.
Membantu detoksifikasi badan dan kurangkan risiko batu karang.
Baik untuk pencernaan dan mengelakkan sembelit.
Kombinasi antioksidan dan vitamin C membantu kulit kekal glowing.
5. Madu – Superfood & Makanan Sunnah
Madu bukan sekadar pemanis semula jadi, tetapi juga sumber tenaga dengan pelbagai enzim, vitamin, mineral, asid amino dan antioksidan.
Kelebihan:
Memberi tenaga segera dan semula jadi.
Menguatkan sistem imun badan.
Menyokong sistem pencernaan dan kesihatan dalaman.