05/01/2021
5 FUNGSI TELUR DALAM BAKING
1. Penguat struktur dan pengikat
Apabila kita menghasilkan satu-satu adunan, gabungan elemen yang akan terlibat adalah element cair seperti butter dan gula, dan juga element gam seperti tepung memerlukan satu element pengikat antara kedua-dua element ini iaitu telur. Seperti yang kita tahu, telur cenderung untuk mengeras jika terdapat haba disekitarnya. Jadi inilah yang akan berlaku kepada adunan yang diletakkan telur. Disebabkan itulah ianya digelar sebagai bahan pengikat.
Tanpa telur, adunan cookies anda akan menjadi sangat rapuh dan tidak lembab. Malah ianya akan menghasilkan tekstur yang keras. Dengan kehadiran telur, tekstur cookies lebih lembab dan lembut sekali gus menaikkan selera keluarga anda.
Sama juga seperti aunan kek, yang mana ianya lebih cair berbanding cookies,telur akan digunakan untuk menguatkan struktur adunan ketika dimasak sekaligus wujudkan tekstur yg basah dan lembut.
2. Rasa dan warna
Dalam kebanyakan orang, telur kuning merupakan satu makanan yang digilai ramai oleh kerana rasa dan teksturnya yang sangat unik. Apabila telur kuning dicampurkan kedalam adunan anda, ianya akan memberi rasa yang lebih menyengat sekaligus memberikan warna yang menarik kepada adunan. Siapa tidak s**a kepada warna diraja.Betu ke tak betul?
3. Sebagai ejen penaik
Dalam fikiran kita selalu teringatkan baking pawder dan soda bicarbonate kalau bab-bab ejen penaik ni. Sebenarnya, putih telur juga berfungsi menaikkan adunan pastry, cookies atau kek anda. Telur akan memerangkap udara yang dan menyebabkan adunan cantik dengan gebunya.
4. Ejen kekayaan dan kemewahan
Rasa yang diberikan oleh telur kuning sememangnya tiada tandingan. Rasa yang penuh kemewahan membuatkan kita nak lagi dan lagi. Malah rupanya dan warnanya juga penuh dengan ciri-ciri yang elegen.
5. Kemasan kecantikan
Selalu tak anda Nampak chef-chef akan menyapukan telur ke atas pastry yang mereka hasilkan? Okey kenapa perlunya telur dilapisan atas pastry anda? Ianya bertujuan untuk mencantikkan dan mengilatkan permukaan pastry anda selepas dibakar. Rupa yang cantic pada pastry akan menaikkan selere pembeli atau si pemakan.