KING TAKO

KING TAKO Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KING TAKO, Fast food restaurant, Jalan Madrasah Gombak Setia Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.

17/07/2025

Jemput datang gaizzz..
Lokasi: Warung Depan JPJ Wangsa Maju

12/07/2025
12/07/2025
10/07/2025

Jemput gaiz ke warung baru saya.. char Kuew Teow Lejen Berapi ORi Penang.juga ada masakan panas sprti
NG ayam crispy,
NG daging
NG Udang
NG Sotong
NG KG
NG Cili Api
NG Pataya
NG Paprik/USA/tomyam
Nasi Putih Ayam crispy belado(sambal Hijau)
Mee goreng/hailam/kungfu
Dan b*k lagi Menu2 menarik.. Inshallah..

Lokasi depan pintu masuk JPJ Wangsa Maju sebaris warung Ayam penyet Kak rose

Salam sejahtera..setelah sekian lama tdk bersiaran kami nk beritahu kami dah berpindah ke lokasi baru..Lokasi terkini di...
03/07/2025

Salam sejahtera..setelah sekian lama tdk bersiaran kami nk beritahu kami dah berpindah ke lokasi baru..
Lokasi terkini di depan Pintu masuk JPJ Wangsa Maju Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...Char Kuew Teow Lejen Berapi juga beroperasi sprti biasa bermula jam 9pagi hingga 11 malam..jutaan terima kasih kami ucapkan kpd smua pelanggan dgn harapan dpt mengubat rindu pengggemar King Tako yg selalu bertanya "bile nk buka?"..hehehe 🤗🤗🤗

Alhamdulillah siap tempahan untuk jamuan hari raya dari cikgu sekolah  SK wangsa maju zon R10 Sedia menerima tempahan un...
24/04/2025

Alhamdulillah siap tempahan untuk jamuan hari raya dari cikgu sekolah SK wangsa maju zon R10



Sedia menerima tempahan untuk sebarang majlis.

14/04/2025
Salam sejahtera buat smua customer yg dihormati..untuk pengetahuan CKT Lejen Berapi sudah berpindah ke lokasi baru di de...
14/04/2025

Salam sejahtera buat smua customer yg dihormati..untuk pengetahuan CKT Lejen Berapi sudah berpindah ke lokasi baru di depan pintu masuk JPJ wilayah Kuala Lumpur jln genting Klang atau area Kem wadieburn sebelum simpang 4 traffic light setapak Sentral..harap Maklum ya🥰

25/03/2025

BINTANG TIGA BALAS DENDAM DALAM 'PERISTIWA 14 HARI'...

Peristiwa 'Perang 14 Hari' antara orang Melayu dengan tentera 'Bintang Tiga' yang juga terkenal sebagai 'Perang Parang Panjang' tercetus sekitar bulan Ogos 1945 sebaik pihak Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu.

Kekejaman tentera Bintang Tiga ini mendapat liputan luas Utusan Melayu sehingga memaksa orang Melayu mengasah parang dan 'mengasap kemenyan' selain memakai selempang merah bagi mempertahankan diri masing-masing daripada keganasan tentera Malayan People's Anti-Japanese Army (MPAJA) atau Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya (TAJRM).

Menurut Ishak Haji Mohamad dalam bukunya Memoir Pak Sako Putera Gunung Tahan (1997), Perang Parang Panjang merupakan kebangkitan orang Melayu menentang keganasan tentera Bintang Tiga yang bermaharajalela ketika itu.

Ishak menceritakan, sejurus Jepun menyerah kalah, maka sekonyong-konyong keluarlah askar bintang tiga memakai uniform, bertopi 3 bucu lengkap dengan senapang dan bom tangan sambil mengarak babi panggang untuk menunjukkan kekuatan. Selepas itu tentera Bintang Tiga menangkap orang Melayu dan India yang kononnya telah melakukan kesalahan.

"Di antara kesalahan-kesalahan yang kononnya boleh mereka itu tangkap, bicarakan dan diputuskan dengan hukuman-hukuman berat ialah "tidak membayar hutang seringgit dua' kepada para peniaga dan peraih-peraih iaitu hutang-hutang kecil yang lama 10, 20 tahun yang lampau" (Ishak Haji Mohamad 1997/181).

Menurut Abdul Samad Idris dalam bukunya 25 tahun Merdeka (1982), 'Perang 14 Hari' itu timbul akibat syak wasangka orang Cina terhadap kejujuran orang Melayu yang sengaja ditiupkan oleh pihak komunis.
"Dalam masa 14 hari itu tentera Bintang Tiga mengamuk, bertindak kejam dengan membunuh orang-orang Melayu yang didakwa mereka menjadi polis rahsia Jepun."

"Mereka membalas dendam tanpa berperikemanusiaan sekalipun orang Melayu yang dibunuh itu adalah jiran mereka. Ada antara kejadian-kejadian tersebut tentera Bintang Tiga menyeksa orang-orang Melayu kerana anjingnya dibunuh". (Abdul Samad Idris/1982: 360).

Akibatnya, sebilangan besar orang Melayu merasakan perbuatan orang-orang Cina dalam tentera Bintang Tiga itu seolah olah 'ayam jantan berkokok yang menyombong di kampung orang'.

"Mereka terlupa bahawa mereka adalah kaum pendatang yang seharusnya berterima kasih kepada orang-orang Melayu kerana membenarkan menumpang di negara ini." (Abdul Samad Idris 1982: 360).

Akibat provokasi melampau, orang Melayu pun bangkit menentang sehingga tercetusnya 'Perang 14 Hari' sekitar bulan Ogos 1945. Perang itu mula tercetus di Batu Pahat (Johor), Kuala Pilah (Negeri Sembilan) November 1945, Parit dan Teluk Intan (Perak) 24 Disember 1945, Batu Malim (Pahang) 11 Februari 1946 dan Kuala Kangsar (Perak) 6 Mac 1946.

Di Batu Pahat muncul Kiyai Salleh atau Panglima Salleh (Selempang Merah) memimpin orang-orang Melayu menentang keganasan orang-orang Cina yang dipengaruhi komunis. Nama sebenar beliau ialah Dato' Penghulu Haji Muhammad Salleh Haji Abdul Karim.

Orang-orang Melayu Batu Pahat di bawah pimpinan Kiyai Salleh berperang habis-habisan menggunakan parang panjang melawan orang-orang Cina komunis yang lengkap dengan kelengkapan senjata moden.

Abdullah CD dalam bukunya Memoir Abdullah C.D.: Zaman Pergerakan Sehingga 1948 menceritakan semua penduduk di Lambor di Perak turut menganggotai kumpulan parang panjang yang dikatakan mahu 'perang sabil.'

"Mereka memakai selendang merah dan bersenjatakan parang panjang serta mengamalkan ilmu kebal" (Abdullah CD 2005: 113).

Selepas itu berlakulah pertempuran sengit antara orang Cina dan Melayu di Lambor.

"Mereka yang terkorban itu dianggap mati syahid dan diadakan upacara pengebumian secara besar-besaran," cerita Abdullah CD.

Pergaduhan perkauman itu dapat diredakan apabila pihak Inggeris memaksa MPAJA menyerahkan senjata dan membubarkan tentera Bintang Tiga yang dikuasai komunis.

Sumber :
Rencana '1939-2019 PERJUANGAN & PENGORBANAN',
Akhbar Mingguan Malaysia, 13 Jan 2019.
Sahidan Jaafar & Mohd. Saiful Mohd. Sahak.
Malaysia Kita Dulu-dulu

Oleh
Lovers Of the World Military & Defense.

24/03/2025

Address

Jalan Madrasah Gombak Setia Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 19:00
Tuesday 09:00 - 19:00
Wednesday 09:00 - 19:00
Thursday 09:00 - 19:00
Friday 09:00 - 19:00
Saturday 09:00 - 19:00
Sunday 09:00 - 19:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KING TAKO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share