08/11/2022
Susulan Fenomena Gerhana Bulan Penuh yang dijangka berlaku pada
8 November 2022 (Selasa)
6.54 petang hingga 8.49 malam
JAWI menyarankan agar semua masjid (termasuk Masjid Al-Akram Datuk Keramat), surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya melaksanakan solat sunat serta Khutbah Gerhana selepas solat Maghrib pada hari tersebut.
Sesungguhnya fenomena gerhana adalah sebahagian daripada tanda-tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT di dalam penciptaan alam yang perlu diinsafi dan dijadikan iktibar dalam kehidupan umat Islam.