Sehidang Kopi & Buku

Sehidang Kopi & Buku Kedai buku & kopi di sebuah kampung pinggir bandaraya Kuala Lumpur. Jalan Kampung Padang Balang, Kampung Bandar Dalam. 51100 KL. Agar buku dan kopi terus hidup!

Kita tiada wi-fi, kami menggalakkan interaksi sesama pelanggan, barista, kopi & buku. Ruang ‘dining’ di dalam yang kecil dan terhad. Maksimum 8 orang dalam satu masa, tapi kami punya ruang laman yang sesuai untuk mereka yang mahu duduk di luar. Parkir kereta juga sangat terhad kerana kami terletak di kawasan kampung. Demi menghormati sensitiviti dan privasi masyarakat setempat, kami mohon anda bersabar dan mencari ruang parkir yang bersesuaian (sekali lagi, perlu berhati-hati letak kenderaan agar tidak mengganggu penduduk setempat) biarpun jauh sedikit. Berkongsi kenderaan atau menggunakan pengangkutan awam amat digalakkan. Kami ada tingkap khusus untuk membuat pesanan dari luar kedai tanpa perlu masuk ke dalam. �

Sejahtera tanahairku!Moga makmur dalam apa jua keadaan.Selamat Hari Malaysia. 🌺
16/09/2026

Sejahtera tanahairku!
Moga makmur dalam apa jua keadaan.

Selamat Hari Malaysia. 🌺

15/09/2026

Kami mulai bercuti hari ini sehingga 20 September, jumpa semula minggu hadapan kawan-kawan.

Sementara itu, kami kongsikan bacaan puisi oleh kepala barista kami Ilham Danish menyahut kempen sempena Hari Malaysia dan bulan hari kebangsaaan.

Judul puisi: Seri Perdana
Buku: LELAKI oleh Imlan Adabi

Ayuh sama-sama kita kongsikan video puisi masing-masing!

Hello, kami akan berehat beberapa hari minggu ini bermula hari Rabu hingga Ahad. Esok (Isnin) masih beroperasi:3.30 peta...
13/09/2026

Hello, kami akan berehat beberapa hari minggu ini bermula hari Rabu hingga Ahad.

Esok (Isnin) masih beroperasi:
3.30 petang hingga 11.30 malam.

Jumpa esok!

Jadual minggu ini, tiada perubahan kecuali tutup Isnin dan Jumaat. Kami akan bercuti beberapa hari pada minggu hadapan m...
09/09/2026

Jadual minggu ini, tiada perubahan kecuali tutup Isnin dan Jumaat.

Kami akan bercuti beberapa hari pada minggu hadapan mulai 16 hingga 20 September 2026. Akan kami umum secara rasmi nanti.

Hello, salam bulan nasional tanahairku dan warga Malaysia! Sedikit informasi terkini, jadual operasi seperti yang terter...
01/09/2026

Hello, salam bulan nasional tanahairku dan warga Malaysia!

Sedikit informasi terkini, jadual operasi seperti yang tertera. Manakala menu Nasi Minyak Utara yang kami sajikan Ahad lepas, kami bawa lagi untuk hari Sabtu & Ahad ini untuk menu sarapan.

Kuih Bakar Ba'im juga kami pilih untuk dijadikan menu tetap setiap hari.

Selamat menikmati!!

Untuk jenis biji kopi yang kami guna minggu ini, akan kami kongsi dari masa ke semasa terutamanya di ruang Stories.

Selamat ulangtahun kemerdekaan, rumahku — Malaysia. Salam Merdeka!   🇲🇾
30/08/2026

Selamat ulangtahun kemerdekaan, rumahku — Malaysia.

Salam Merdeka!

🇲🇾

Salam ulangtahun kemerdekaan ke - 69, Malaysia.Esok kami buka, jumpa esok!
30/08/2026

Salam ulangtahun kemerdekaan ke - 69, Malaysia.

Esok kami buka, jumpa esok!

Menyajikan hidangan tradisi yang sederhana dan ringkas sentiasa menjadi matlamat kami. Projek Sehidang Sarapan di Hujung...
26/08/2026

Menyajikan hidangan tradisi yang sederhana dan ringkas sentiasa menjadi matlamat kami. Projek Sehidang Sarapan di Hujung Minggu kali ini membawakan Nasi Minyak Utara oleh Kak Nor.

Nasi minyak utara berlaukkan ayam masak merah yang berbungkus siap, sesuai untuk dinikmati cepat dengan nikmat.

Di akhiri p**a sarapan pagi dengan Cik Robayah (roti bakar mentega kaya 'signature' kami) ataupun Kuih Bakar Ba'im, dipadan sama kopi hitam dari seleksi biji kopi pilihan dari profil rasa yang beraneka setiap minggu.

Semoga pagi Ahad nanti berseri, seperti *merdunya sunyi di Kuala Lumpur.




*pesan Megat Fazly dalam lagunya 'Berseri'.

Salam Maulud, esok kami buka! Waktu macam biasa.Kecuali Sabtu ada sedikit perubahan. Jumpa nanti!
24/08/2026

Salam Maulud, esok kami buka!

Waktu macam biasa.

Kecuali Sabtu ada sedikit perubahan.
Jumpa nanti!

Istimewa dari Wes-Ngopi? - Guatemala Santa Felisa Red Bourbon Natural. Sedia minggu ini. Jangkakan sedikit penambahan ha...
20/08/2026

Istimewa dari Wes-Ngopi? - Guatemala Santa Felisa Red Bourbon Natural. Sedia minggu ini. Jangkakan sedikit penambahan harga dari menu asal untuk kedua-dua pilihan kopi susu atau kopi hitam.

Barista kami Ilham menyukai ia dibuat iced black, ada segar masam manis buah plum, manakala 'admin' bang Harun sukakan ia dibuat kopi susu panas.

Terdapat manis buah beri hitam diikuti buah-buahan tropika, diakhiri dengan rasa masam manis buah plum, koko & kacang hazel. Agak 'robust' dan 'kaya' cirinya.

Mahukan pengalaman menikmati kopi ini dengan lebih bergaya dan berciri? Pesan sahaja espresso! 😁


Address

Jalan Kampung Padang Balang
Kuala Lumpur
51100

Opening Hours

Wednesday 16:30 - 22:30
Thursday 15:00 - 23:00
Friday 15:00 - 23:00
Saturday 15:00 - 23:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sehidang Kopi & Buku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category