24/08/2022
๐ข๐ฃ ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ ๐๐ง | ๐ฆ๐๐ข๐ฅ๐๐ก๐ ๐ก๐๐๐๐ฌ๐๐ก ๐๐๐ฆ๐ฌ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ก๐ ๐๐ ๐ฃ๐๐ฅ๐๐๐ฅ๐๐ก ๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐๐
๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ฅ๐๐จ, ๐ฎ๐ฐ ๐ข๐ด๐ผ๐ - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Kuala Kurau telah melaksanakan operasi pencarian seorang nelayan yang disyaki hilang di perairan Kuala Gula, petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Najhan bin Azman Hamid berkata, menurut laporan Polis yang diterima, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Langkawi telah mengaktifkan OP CARILAMAT petang semalam dan bot Maritim PERKASA 1239 telah di atur gerak ke lokasi bagi melakukan penugasan pencarian.
Berdasarkan maklumat, mangsa didapati hilang oleh rakan-rakannya dan telah memaklumkan perkara itu kepada adik mangsa setelah abangnya masih tidak pulang dari keluar menjaring ikan seorang diri dengan menaiki sampan berwarna biru yang tidak diketahui nombor pendaftarannya, di perairan Kuala Gula pada jam 11.00 malam, Isnin lalu.
Berikutan itu, satu laporan Polis telah dibuat oleh keluarga mangsa untuk tindakan lanjut.
Identiti mangsa yang hilang ialah Rajah a/l Rajagopal, warga tempatan yang berumur 43 tahun.
Memasuki hari kedua pencarian, aset yang diatur gerak adalah Bot BENTENG 3 dan Pengkalan Hadapan CARILAMAT (PHC) Maritim Malaysia diaktifkan di Jeti Pasukan Polis Marin Kuala Kurau.
Operasi ini turut dibantu oleh aset daripada Pasukan Polis Marin (RH 34), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BP 54), Jabatan Perikanan Malaysia (PL 38) dan 10 buah bot komuniti nelayan setempat.
Pencarian hari ini dibahagikan kepada empat sektor yang merangkumi keluasan 100.8 batu nautika persegi.
Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua yang berhasrat melakukan aktiviti di laut agar mengambil langkah-langkah keselamatan terlebih dahulu, seperti memakai jaket keselamatan, merujuk ramalan kaji cuaca, memastikan bot dalam keadaan baik dan membawa Personal Locator Beacon (PLB).
Sebarang maklumat mengenai inisden kecemasan dan kemalangan di laut, orang ramai boleh melaporkannya di talian kecemasan MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kuala Kurau (05-7279919) untuk tindakan segera.
KKementerian Dalam Negeri (KDN)