11/07/2025
๐ข NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA GERAI ADAM STATION
Assalammualaikum & salam sejahtera,
Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, kami ingin memaklumkan bahawa gerai Adam Station Pekan Kuala Kurau akan ditutup buat sementara waktu.
Setelah sekian lama beroperasi dan menerima sokongan yang luar biasa dari anda semua, kini tiba masa untuk kami berehat seketika.
Buat masa ini, kami belum pasti bila akan kembali beroperasi. Tapi InsyaAllah, jika ada rezeki dan ruang, kita jumpa lagi suatu hari nanti .
Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada perjalanan Adam Station . Terima kasih atas setiap senyuman, pesanan dan sokongan yang diberikan selama ini.
Setiap kenangan bersama anda semua sangat kami hargai dan akan dikenang selalu. ๐ค
โ Dengan penuh penghargaan,
Adam Station
โจ Berita baik: Anda masih boleh support Adam Station melalui tempahan puding dll. Sedia terima tempahan untuk pelbagai majlis ๐ซฐ๐ป๐ซถ๐ป