28/09/2023
Rahmat terbesar dan anugerah paling teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini; kelahiran Nabi Muhammad S.A.W.
Kisah kelahiran Rasulullah didahulukan dengan pelbagai tanda keajaiban. Antaranya peristiwa terpancarnya nur yang menyinari Timur dan Barat.
Detik subuh Isnin, 12 Rabiul Awwal, selepas 50 hari tentera bergajah sang Abrahah kalah lahirlah seorang bayi yang mulia di perkampungan Bani Hasyim.
Rasulullah, sang kekasih Allah yang namanya sudah tertulis sebagai makhluk paling mulia dan martabat yang setinggi-tinggi tingkat di sisi Allah.
Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul kepada seluruh umat Islam. Marilah kita sentiasa meneladani Baginda dalam segenap aspek kehidupan dan bersama-sama memanjangkan rasa syukur, salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.
Salam Maulidur Rasul.