22/04/2019
Khasiat CHEESE
7 KHASIAT ‘CHEESE’ BUAT KESIHATAN ANDA
Ramai orang yang mempunyai masalah kesihatan dan berpenyakit walaupun pada usia yang sangat muda dan tidak mengetahui bahawa ‘cheese’ sangat berkhasiat untuk kesihatan mereka.
Jadi, antara khasiat ‘cheese’ untuk badan yang sihat dan bebas dari sebarang penyakit ialah:
MENCEGAH KANSER
Keju mengandungi bahan yang dipanggil Conjugated Linoleic Acid yang dapat membantu tubuh anda mencegah kanser. Vitamin B dalam keju juga membantu melindungi tubuh daripada penyakit.
MENGUATKAN TULANG
Keju adalah sumber terbaik untuk mendapatkan kalsium yang penting untuk mengekalkan tulang yang sihat dan kuat serta mencegah osteoporosis.
MENAMBAHKAN BERAT BADAN
Keju yang kaya dengan protein, kalsium dan lemak adalah cara sihat untuk anda menambahkan otot, lemak, berat dan kepadatan tulang.
MENCEGAH KEROSAKAN GIGI
Kasein yang terdapat dalam keju membantu melindungi enamel gigi dengan membentuk penapis yang nipis pada permukaan gigi untuk menghalangnya daripada rosak.
BAIK UNTUK KULIT
Seperti yang kita tahu, keju kaya dengan vitamin B. ini menjadikan ia sangat baik untuk kulit kerana vitamin B amat diperlukan dalam pertumbuhan sel, menjadikan kulit bercahaya dan mengeluarkan noda yang menyebabkan kulit yang sihat .
MENGEKALKAN KESIHATAN MATA
Keju juga mengandungi vitamin A yang memainkan peranan penting dalam mengekalkan penglihatan yang normal dan mengelakkan rabun.
MENINGKATKAN SISTEM IMUNISASI
Sesetengah jenis keju seperti Blue, Swiss dan Cheddar adalah kaya dengan selenium dan antioksidan yang penting dalam system imunisasi badan anda. Selain itu, vitamin B dalam keju ini akan mengekalkan fungsi badan dan meningkatkan system imunisasi.
Ingin memastikan badan anda sihat dengan cara yang mudah dan tidak leceh ?
Like untuk mengetahui pelbagai tips lain yang lebih menarik!