Dapur CIkEfa

Dapur CIkEfa Menerima dan menyediakan tempahan makanan untuk rasa family, mengikut bajet anda Bole runding2 harga ikot bajet anda.

Segala tempahan boleh di buat dengan menghantar email kepada alamat [email protected] atau menghubungi saya di 019.3057981 or sms or wassup yee.. Setiap tempahan yang telah dipersetujui wajib deposit 50% dr nilai keseluruhan.

31/05/2022

Memang senang sangat nak buat. Semuanya perlu gaul saja, tak perlu guna mixer. Rasanya juga rangup, lembut, tak terlalu manis dan ada sedikit rasa pahit

18/05/2022

Alhamdulillah betul-betul sedap resepi Nasi Arab nie. Tanpa guna rempah yang dijual pun. Resepi dari group nie jugak. Husband dan anak-anak puji sedap dan sama macam makan kat kedai. Terbaik resepi nie.

18/05/2022

Kek kukus chocolate moist. Memang sangat² moist.. lembut basah2 🤤🤤🤤

3 biji telor
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat (Saya kurangkan)
1 cawan susu cair
1 cawan gula
Semua di atas ni blender. Blend tak payah beria.. Agak² dah sebati je.

1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar rata baking powder
1 sudu besar rata soda bicarbonat
Semua di atas di ayak.

Dah settle semua, campurkan je kacau rata. Loyang sapu minyak/majerin. Kukus 45 minit atau sampai masak cantik.

18/05/2022

RESEPI KEK BUTTER CUP

1 1/2 ketul butter (250+125)
3/4 cawan gula kastor(nama pn kek org tua2 jgn ko tibai satu baldi icu terus😂)
5 biji telur A
1 sudu kfc esen vanila( sebab tu mak beli kfc, mesti cakap sudu lebih satu🤣
1/2 cawan susu pekat(ikut la xnak letak pn xpe)
2 1/2 cawan tepung gandum(220+60g)
1 sudu (k) baking powder
3 sb susu tepung( kot ko nak letak xnak pn xpe xde kene penjara😂

Cara-cara:-
Gula+butter+esen vanila putar dengan kelajuan tinggi selama 15 minit sampai gebu. Masukkan telur sebiji2, akhir sekali putar bg sebati. Kemudian masukkan susu pekat dan susu tepung dan putar sebati jer. Masukkan tepung sedikit2 sambil perlahankan mixer
Speedkan laju balik dan putar selama 3-4 mnt.
Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama. Turunkan suhu pada150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal...
mak jamin kalau ko nak kawin takut nak cakap ko bg makan kek ni maka mak ko mesti lembut ati selembut kek ni agitu😜😜😜😜

kredit:empunya resepi

18/05/2022

LAKSAM PUTIH LICIN
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air ( 3 cawan air panas+ 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam
( Adunan ni dapat dalam 10 batang laksam)

Cara:
Satukan kesemua bahan, kacau sehingga adunan tak berketul. Lepas kacau,Tapis adunan.

Panaskan pengukus. Letakkan tudung periuk didalam kukusan beserta dgn sedikit minyak masak (Tapi tia guna pinggan ikea shja sebab tak ada tudung periuk). Lepastu masukkan 2 senduk bancuhan ke atas tudung periuk tadi dan kukus sehingga masak. Adunan masak dalam 2-3 minit. Angkat dan biarkan seketika, baru gulung. Ulang langkah sehingga adunan habis. Siap ✅

Untuk kuah putih :

Ikn kembong 5/6 ekor ( ikan bersize sedang, jangan ikan yg kecil) ( Rebus ikan bersama asam keping dan garam, lepas tu ambil isi ikan dan blend bersama bawang putih, bwg merah dan lada hitam)

Santan kotak brand M&S 400gram (2 kotak kecil-kotak warna kuning)

Lada htam 3 sudu stengah ( sukatn sudu kfc atau sudu kecil) - (Blend bersama ikan)

Gula 2 sudu besar @ 1 sudu 1/2 sudu besar ( jangan penuh sangat)

Bwg putih 3 ulas ( Blend bersama ikan)

Bawang merah 4 biji ( Blend bersama ikan)

Ajinomoto jika mahu

Garam secukupnya

Air secukupnya ( dalam 2 cawan ) *campur semua bahan dlm periuk, kacau sehingga mendidih. Siap ✅ *doublekan bahan jika buat banyak

Makan bersama Ulam :

Kacang panjang - hiris
Bunga kantan - hiris
Daun kesum - hiris
Kobis - hiris
Timun batang - cincang dan hiris
Taugeh
( Gaulkan sekemua ulam)

Tambahan bahan lain : ( Tak nak pun tak apa)
Belacan
Ciliboh
Garam

P/s : Kalau nk mkn jnis ada pedas2 skit, Kalau tak nak mkn laksam dgn ciliboh, boleh juga makan dengan sambal lada : Resepi - Ambil cilipadi merah 15 biji, 2 biji lada besar merah, sedikit garam & gula. Blend guna blender kering. Masukkan dlm mangkuk, letak sedikit cuka n air panas. Gaul rata. Siap ✅

P/s : Contoh pinggan ikea yg digunakan untuk mengukus ada di gambar yang terakhir 💚 Jika tak ada tudung periuk, so boleh la guna pinggan ikea yea 😍

Boleh juga makan bersama laksa ✅

Selamat Mencuba
Kredit Tia Rizz

18/05/2022

Petang nie first time buat lasagna. Alhamdulillah, rasanya tak mengecewakan… Sedap dan tak payah susah-susah pakai kepingan lasagna, kita guna roti keping tu ja. Resepi ini telah dikongsikan oleh Shah Shatry.

18/05/2022

RESEPI POPIA BASAH
Bahan-Bahan Kulit Popia:
2 cawan tepung gandum
1 biji telur putih
3/4 cawan air
2 sudu mkn cuka
Secubit garam
Cara membuat kulit popia:
Masukkn semua bhn ke dlm mangkuk, gaul sebati. Bole guna tngn @ sudu. Jika adunan nmpk pekat, bole tmbah air sdikit.
Tutup dn perap 30 minit.
Slps 1/2 jam, panaskn kuali l***r@ non stick ambil sejemput adunan dn lengserkn di ats kuali nipis2.
Biar seketika, kmudian angkat perlahan dgn menarik kulit popia dr tepi. Ulng proses ini hingga hbis.
Kulit popia ni bole letak bertindan ya..sbb dia tk melekat.
Bahan Sos Popia:
12@14 cili kering, buang biji, rebus dn toskn kmudian di kisar dgn 1 cawan air..kisar halus
1 biji bwng besar
5 ulas bwng putih
2-3 sudu gula perang
1 sudu gula pasir
1 sudu kicap manis
Minyak utk menumis
Cara-Cara Buat Sos:
Kisar bwng besar dn bwng putih hingga halus. Panaskn minyak dlm periuk. Tumis bhn kisar hingga wangi. Masukkn cili dn masak hingga pecah minyak. Masukkn gula perang, gula pasir dn jg kicap manis. Masak hingga pekat menggunakn api perlahan. Tambah garam secukupnya.

Bahan-Bahan Inti Popiah:
Sengkuang( jika suks hiris nipis @ memanjng
Taugeh- bersihkn
1/2 biji kubis - racik halus
1 btng carot- hiris memanjng
Segemggam udang. Buang kepala dn ekor- potong kecil
1/2 labu bwng besar cincang halus
2 ulas bwng putih - cincang halus
Udng kering( yg ni su tambah- tumbuk halus
Garam dn minyak utk menumis
Cara-Cara Sediakan Inti:
Panaskn 2 sudu besar minyak dlm kuali, tumis udng, bwng besar dn bwng putih hingga wangi. Guna api sederhana. Masukkn kubis dn carot. Kacau hingga layu.
Masukkn tauge, sengkuang, udng kering dn garam. Kacau sebati dn rasa garamnya. ( masak sekejap je bhn inti ni)
Bahan tabur:
Kacang tanah di sangai, buang kulit dn tumbuk
Udang geragau kering, di sangai dn tumbuk halus.
Bawang goreng
Sediakan kulit popia dn sapukn sos sedikit, dn masukkn inti..gulung kemas..buat smp hbis. Curahkn sos di atas popia td, tabur dgn bhn tabur..siap

Credit : Ziela Lewis

31/03/2022

Hidangan tempe memang kegemaran ramai, bukan anak Jawa saja. Macam macam menu boleh dibuat dengan tempe ini, dan ia tetap sedap. Jika selalu beli siap, kita juga sebenarnya boleh buat sendiri tempe ini di rumah. [...]

31/03/2022

Kek cheese 3 bahan azlina ina.. 🥞🥞

Cheese 250grm

Telur 4 biji

Susu pekat 1cawan@1/2 tin

Cara:

1)putar cheese dengn susu blh tambah esen vanilla kalau nak.. Pastikn cheese berada dalam keadaan suhu bilik

2)asingkan putih telur dengan kuning telur

3)putar telur putih sampai marigue.. Nak tau dah jd marigue tu cuba terbalikkn.. Kalau tak jatuh jadilah tu..

4)cheese yg diputar dicmpur dengn kuning telur.. Kacau pakai sudu jee

5)ambil cheese tu cmpur dengn putih telur sambil kaup balik..

6)masukkn dlam loyang dan bakar ikut water bath.. Lapik kertas minyak siap2 tau..

7)panaskn dulu oven dan bakar suhu 170 masa 50-60 minit ikut oven masing2..

8)30 minit lepas tu tutup loyang kek dengn aluminium foil untuk mengelakkn. Hangit di atas..

9)simpan dalam peti ais kejap lpas tu dah boleh hidang..

SELAMAT MENCUBA..
Kredit : Azlina ina

30/03/2022

Resepi Biskut Almond London Sukatan Cawan 😊😘

BAHAN A:
1 cawan buttercup
3/4 cawan gula ising – kalau tak nak manis, boleh kurangkan
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

BAHAN B:
2 ½ cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu makan tepung beras
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu makan serbuk badam

BAHAN C:
2 cawan coklat masakan – cairkan guna kaedah double boiler
Kacang badam secukupnya – panggang dalam ketuhar pada suhu 150'C selama 15 minit

CARA MEMASAK:

1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli. Kalau doh lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh tambah sedikit mentega. Uli jangan lama. Cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan sahaja.

2. Cubit doh, gentel dan masukkan 1 biji kacang badam. Saiznya ikut kesukaan anda. Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar.

3. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.

4. Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk, boleh celupkan
dalam coklat.

5. Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.

kredit:empunya resepi

Address

Kota Kinabalu
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dapur CIkEfa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dapur CIkEfa:

Share

Category