Sabah First

Sabah First Gerakan pemikiran dan agenda pembangunan yang mendahulukan Sabah dan rakyatnya.

Projek Pasar Sembang Kinabalu adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk membangunkan sebuah pasar tempatan yang unik di kawasan Kinabalu. Pasar ini akan menjadi pusat komuniti yang mempromosikan dan menjual produk tempatan serta menawarkan pengalaman membeli-belah yang berbeza kepada pengunjung. Selain menjadi platform untuk peniaga tempatan memasarkan produk mereka, Pasar Sembang Kinabalu juga a

kan menjadi tempat untuk menggalakkan interaksi sosial dan pertukaran budaya antara penduduk tempatan dan pelancong. Dengan gabungan elemen tradisional dan moden, pasar ini diharapkan dapat menyokong ekonomi tempatan sambil memelihara dan mempromosikan warisan budaya serta kepelbagaian produk tempatan.

Kepimpinan YB Datuk Ewon Benedick Dalam Menangani Isu Pelabuhan Sepanggar20hb Mei 2026 | Kota KinabaluDi sebalik kesibuk...
20/05/2026

Kepimpinan YB Datuk Ewon Benedick Dalam Menangani Isu Pelabuhan Sepanggar

20hb Mei 2026 | Kota Kinabalu

Di sebalik kesibukan jadual rasmi dan pelbagai tanggungjawab sebagai Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri MINDET, YB Datuk Ewon Benedick terus menunjukkan komitmen yang konsisten dalam menangani isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Sepanggar.

Beliau tidak berhenti berunding dan berkomunikasi dengan semua pihak berkaitan termasuk agensi kerajaan, pemain industri, syarikat perkapalan, operator depo serta syarikat pengangkutan demi memastikan setiap cabaran yang berlaku dapat dikurangkan secara bersama. Pendekatan beliau jelas memperlihatkan bahawa sesuatu masalah besar tidak boleh diselesaikan secara bersendirian, sebaliknya memerlukan kerjasama menyeluruh daripada semua pemegang taruh.

Apa yang dapat dilihat, YB Datuk Ewon Benedick sentiasa percaya bahawa komunikasi yang efektif adalah kunci utama kepada penyelesaian. Sebab itu beliau memilih untuk mengumpulkan semua pihak di satu meja, membuka ruang perbincangan secara terbuka dan mendengar sendiri pandangan daripada setiap pihak yang terlibat. Pendekatan ini bukan sahaja membina keyakinan industri, malah membantu mempercepatkan tindakan penyelarasan terutama ketika berdepan musim cuti panjang yang boleh memberi kesan kepada operasi pelabuhan dan rantaian bekalan di Sabah.

Inilah pendekatan Sabah First yang sering dibawa oleh beliau. Fokus utama bukan mencari siapa yang salah atau menuding jari kepada mana-mana pihak, tetapi memastikan penyelesaian dapat dicapai dengan baik, teratur dan berhemah. Bagi beliau, setiap isu berkaitan pelabuhan adalah tanggungjawab yang perlu dipikul bersama kerana kesannya melibatkan ekonomi Sabah, industri, peniaga dan rakyat secara keseluruhan.

Cara beliau mengurus isu ini memperlihatkan satu bentuk kepimpinan yang matang dan bertanggungjawab. Masalah Sabah dianggap sebagai masalah beliau sendiri, dan setiap penyelesaian yang diusahakan adalah demi memastikan kestabilan ekonomi serta kelancaran pembangunan negeri terus terpelihara.


19/05/2026

KRISIS LOGISTIK PELABUHAN SEPANGGAR: APA YANG SEBENARNYA BERLAKU?

Ramai melihat isu kesesakan di Pelabuhan Sepanggar hari ini sebagai satu masalah biasa, tetapi hakikatnya ia memberi kesan besar kepada rantaian bekalan, pergerakan industri, kos logistik serta ekonomi Sabah secara keseluruhan.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Mengapa kesesakan ini boleh terjadi?

Dan apakah tindakan yang sedang diusahakan oleh Kerajaan Sabah melalui Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah (MINDET) yang diterajui oleh YB Datuk Ewon Benedick?

Dalam video ini, kita akan rungkaikan satu per satu secara lebih jelas dan mudah difahami supaya rakyat dapat melihat gambaran sebenar situasi semasa, cabaran yang sedang dihadapi serta usaha penyelesaian yang sedang digerakkan bersama pelbagai pihak termasuk pemain industri, agensi kerajaan dan operator pelabuhan.

Apa yang penting, Kerajaan Sabah tidak berdiam diri. Pelbagai langkah interim dan tindakan penyelarasan sedang dilaksanakan bagi mengurangkan kesan kesesakan serta memastikan kelancaran operasi logistik negeri terus terjaga.

Sila tonton video ini sehingga habis untuk memahami keseluruhan situasi dan usaha yang sedang dilakukan demi kepentingan ekonomi serta masa depan Sabah.


18/05/2026

Kepercayaan Ketua Menteri Melambangkan Keyakinan Terhadap Kepimpinan YB Datuk Ewon Benedick

Apabila Ketua Menteri Sabah tidak dapat hadir, amanah untuk mewakili beliau dalam majlis penting seperti perasmian Terminal Feri Jesselton Point yang baharu bukanlah satu tanggungjawab kecil.

Ia mencerminkan keyakinan dan kepercayaan YAB Ketua Menteri Sabah terhadap kemampuan YB Datuk Ewon Benedick untuk membawa suara, pendirian dan aspirasi Kerajaan Negeri Sabah dalam mewakili pemimpin nombor satu negeri.

Dalam ucapan yang disampaikan mewakili Ketua Menteri Sabah, YB Datuk Ewon Benedick turut menyampaikan komitmen Kerajaan Negeri Sabah untuk terus memperkukuhkan pembangunan sektor pelancongan, pengangkutan dan infrastruktur yang mampu memberi impak langsung kepada pertumbuhan ekonomi negeri.

Beliau turut menyentuh bagaimana pembangunan terminal feri baharu ini selari dengan peningkatan ketibaan pelawat ke Sabah yang terus menunjukkan perkembangan positif, sekali gus memerlukan kemudahan yang lebih moden, tersusun dan memenuhi piawaian keselamatan antarabangsa.

Pembangunan ini juga dilihat penting dalam memperkukuhkan pengalaman pelancong ke pulau-pulau sekitar Kota Kinabalu seperti Manukan, Gaya, Sapi dan Mamutik yang menjadi antara destinasi utama pelancongan Sabah.

Perkara seperti ini menunjukkan bahawa YB Datuk Ewon Benedick bukan sahaja diberi amanah untuk hadir mewakili, tetapi turut dipercayai menyampaikan mesej dan hala tuju penting Kerajaan Negeri Sabah kepada rakyat, pemain industri dan pelabur.

Banyak perkara yang semakin menyerlahkan kepimpinan beliau hari ini. Bermula daripada pembangunan keusahawanan, hubungan pelaburan antarabangsa, penyelesaian isu pelabuhan dan pengangkutan, sehinggalah pendekatan beliau yang sentiasa dekat dengan rakyat serta mudah bekerjasama dengan pelbagai pihak.

Keupayaan beliau menggalas amanah besar seperti ini memperlihatkan keyakinan yang semakin kukuh terhadap kepimpinan beliau dalam membawa agenda pembangunan Sabah ke tahap yang lebih baik.


18/05/2026

Institusi Akademik dan Industri Perlu Bergerak Seiring Untuk Memperkasa PMKS Sabah

Komitmen YB Datuk Ewon Benedick untuk terus mendekati institusi akademik dalam agenda pembangunan keusahawanan Sabah jelas dapat dilihat melalui pelbagai sesi libat urus bersama universiti dan tenaga pakar tempatan.

Bagi beliau, pembangunan PMKS tidak boleh hanya bergantung kepada bantuan atau program semata-mata, tetapi perlu disokong dengan ilmu, penyelidikan, pemindahan kepakaran dan pendekatan pembangunan yang lebih mampan. Sebab itu kerjasama bersama institusi seperti Universiti Malaysia Sabah sentiasa diberi perhatian khusus.

Kerjasama berkaitan pematuhan ESG yang akan dilaksanakan bersama UMS dilihat sebagai satu langkah penting untuk membantu usahawan PMKS Sabah lebih bersedia menghadapi perubahan pasaran dan kehendak industri masa kini. ESG kini semakin menjadi antara penanda aras utama dalam pembangunan perniagaan, pelaburan dan rantaian bekalan global.

Pendekatan ini juga memperlihatkan bagaimana MINDET Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan di bawah kepimpinan YB Datuk Ewon Benedick mahu memastikan usahawan Sabah bukan sahaja berkembang dari sudut jualan dan operasi, tetapi turut mempunyai daya tahan, tadbir urus yang baik serta kesedaran terhadap aspek kelestarian.

Beliau juga sentiasa percaya bahawa universiti bukan hanya pusat pendidikan, tetapi rakan strategik penting dalam membina masa depan ekonomi Sabah melalui pembangunan bakat, inovasi dan keusahawanan.


18/05/2026

Jambatan Kerjasama Negeri dan Persekutuan Terus Diperkukuh

Walaupun YB Datuk Ewon Benedick kini memikul amanah sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah di bawah Kerajaan Negeri Sabah, hubungan baik serta kerjasama beliau bersama agensi-agensi di bawah KUSKOP sebelum ini terus kekal erat dan profesional.

Pengalaman beliau menerajui kementerian di peringkat Persekutuan memberi kelebihan besar dalam membina jambatan kerjasama yang lebih tersusun antara Kerajaan Negeri Sabah dan agensi-agensi pembangunan keusahawanan negara. Perkara ini dapat dilihat melalui kunjungan PERNAS ke MINDET bagi membincangkan pelbagai agenda pembangunan usahawan di Sabah.

Komitmen YB Datuk Ewon Benedick jelas konsisten, iaitu memastikan usahawan Sabah tidak terpinggir daripada pelbagai peluang, program dan inisiatif yang disediakan di peringkat Persekutuan mahupun Negeri. Pendekatan beliau sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi yang mampu membawa manfaat kepada rakyat Sabah khususnya komuniti usahawan.

Kerjasama seperti Program Franchisor and Business Engagement Session (FBES) 2026 Sabah dan Program Apprentice menunjukkan kesinambungan usaha memperkasa pembangunan keusahawanan di Sabah terus diberi perhatian serius.

Inilah pendekatan kepimpinan yang mengutamakan hasil dan manfaat kepada rakyat tanpa melihat sempadan kementerian atau perbezaan pentadbiran. Apa sahaja yang baik untuk Sabah akan terus disokong dan dipermudahkan.


17/05/2026

Kebersamaan Jadi Kekuatan, Itulah Pendekatan YB Datuk Ewon Benedick

Dalam setiap program yang dihadiri Ewon Benedick, perkara yang sentiasa dapat dilihat ialah pendekatan beliau yang mengutamakan kebersamaan rakyat tanpa mengira latar belakang politik, kaum mahupun fahaman.

Semasa sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kota Belud di Kadamaian Square, suasana itu sekali lagi dapat dirasai apabila pelbagai lapisan masyarakat hadir bersama-sama meraikan pesta rakyat yang penuh dengan semangat perpaduan dan kekitaan.

Bagi beliau, pembangunan sebuah daerah tidak boleh digerakkan hanya oleh satu kelompok sahaja. Kerajaan, pemimpin masyarakat, penjawat awam, usahawan, belia dan rakyat biasa semuanya mempunyai peranan masing-masing dalam membangunkan Kota Belud dan Kadamaian. Sebab itu pendekatan beliau sentiasa terbuka, mesra rakyat dan mudah didekati tanpa terlalu menonjolkan batas politik.

Apa yang menarik, beliau juga tidak hanya hadir merasmikan program semata-mata, tetapi turut berkongsi perkembangan sebenar pencapaian pembangunan di Kadamaian sejak tahun lalu. Ini menunjukkan beliau mahu rakyat melihat sendiri hasil usaha dan perancangan yang sedang dilaksanakan melalui Pelan Induk Pembangunan Kadamaian 2020–2035.

Dalam masa sama, beliau terus membawa naratif bahawa sambutan Kaamatan bukan sekadar acara kebudayaan, tetapi ruang untuk memperkukuhkan hubungan sesama rakyat Sabah. Semangat inilah yang menjadikan pendekatan beliau dekat di hati masyarakat kerana rakyat dapat merasakan bahawa mereka diraikan bersama tanpa membezakan siapa penyokong kerajaan atau pembangkang.

Pendekatan sederhana, santai dan mengutamakan rakyat seperti ini antara sebab ramai melihat kepimpinan beliau mampu menyatukan pelbagai kelompok masyarakat demi masa depan Sabah yang lebih baik.


16/05/2026

Pikirnya sudah mahu balik, tapi sempat lagi YB Datuk Ewon Benedick singgah support geng busker di Buhavan Square.

Datin pun sporting ikut sama santai duduk dengar mereka menyanyi dan berhibur bersama orang ramai.

Inilah gaya santai yang rakyat sekarang mudah dekat dan senang rasa mesra. Tidak dibuat-buat, tidak fake, hanya jadi diri sendiri dan menikmati suasana bersama masyarakat.

Yang paling menarik, walau dalam suasana santai begitu, ramai tetap datang bersalam dan menyapa YB DEB. Itu menunjukkan hubungan beliau dengan rakyat memang dekat dan natural, bukan hanya ketika program rasmi semata-mata.


16/05/2026

Kebersamaan Pemimpin Bersama Rakyat, Jiwa Ewon Bersama Masyarakat Penampang

Kebersamaan seorang pemimpin bersama rakyat bukan diukur melalui ucapan di pentas semata-mata, tetapi melalui kesanggupan untuk hadir, duduk bersama, menyantuni dan terus bersama rakyat sehingga selesai sesuatu program.

Itulah yang dapat dilihat dalam diri YB Datuk Ewon Benedick merangkap Ahli Parlimen Penampang ketika sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Penampang. Dari awal program sehingga ke penghujung majlis, beliau tetap bersama rakyat tanpa meninggalkan ruang kebersamaan itu.

Bukan semua pemimpin sanggup meluangkan masa sepanjang hari untuk bersama komuniti. Ada yang hadir sekadar merasmikan program dan terus beredar kerana jadual yang padat. Namun pendekatan YB Datuk Ewon Benedick berbeza. Beliau memilih untuk terus berada di tengah-tengah rakyat, menyapa pengunjung, bergaul dengan masyarakat pelbagai lapisan dan menikmati suasana Kaamatan bersama-sama warga Penampang.

Di situlah rakyat dapat melihat sisi kepimpinan yang dekat dengan masyarakat. Tidak terlalu dibatasi protokol, tidak mewujudkan jurang antara pemimpin dan rakyat. Suasana santai itu sendiri membuatkan ramai berasa dihargai kerana dapat berinteraksi secara terus dengan seorang pemimpin negeri.

Semangat Kaamatan bukan hanya tentang sambutan budaya, tetapi tentang perpaduan, kebersamaan dan menghargai masyarakat tanpa mengira latar belakang. Kehadiran beliau dari mula hingga akhir majlis menggambarkan bahawa rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

Kerana bagi seorang pemimpin yang benar-benar memahami denyut nadi rakyat, tiada perkara yang lebih penting selain meluangkan masa bersama mereka, mendengar sendiri suara masyarakat dan meraikan kebersamaan itu hingga ke penghujung program.


15/05/2026

Banyak Nilai Kepimpinan Boleh Dipelajari Daripada YB Datuk Ewon Benedick

Ada banyak perkara yang boleh dipelajari daripada cara kepimpinan Datuk Ewon Benedick, terutama bagaimana beliau membawa diri ketika bersama rakyat.

Antara yang paling jelas ialah cara beliau menghormati dan melayan orang-orang tua. Beliau sentiasa melihat golongan warga emas seperti ibu bapa sendiri. Cara bercakap, cara menyantuni dan layanan yang diberikan sangat lembut serta penuh hormat. Sebab itu ramai warga kampung cepat merasa dekat dan selesa apabila bertemu beliau.

Dalam banyak program juga, beliau sering mengetepikan protokol untuk bersama rakyat secara terus. Tidak kisah duduk di gerai kecil, berjalan di tamu kampung atau makan bersama komuniti setempat. Pendekatan santai seperti inilah yang membuatkan rakyat melihat beliau bukan sekadar seorang menteri, tetapi seorang pemimpin yang benar-benar mahu mendengar dan memahami kehidupan masyarakat di lapangan.

Satu lagi perkara yang sangat ketara ialah sikap beliau yang sentiasa mengutamakan kebersamaan dan s**a berkongsi rezeki. Tidak kira dalam program besar atau kecil, beliau sering membeli jualan usahawan kecil untuk dikongsikan bersama pengunjung dan masyarakat sekitar. Bagi beliau, membantu peniaga kecil bukan perlu tunggu musim tertentu, tetapi boleh dilakukan bila-bila masa.

Beliau juga tidak pernah menunggu orang lain untuk tampil ke depan apabila melibatkan bantuan dan sumbangan kepada rakyat. Dalam banyak keadaan, beliau sendiri yang terlebih dahulu menghulurkan bantuan kepada komuniti, rumah ibadat, persatuan, jawatankuasa kampung mahupun golongan yang memerlukan.

Mungkin sebab itu ramai rakyat mudah merasa dekat dengan beliau. Cara kepimpinan yang sederhana, mudah didekati dan sentiasa mengutamakan rakyat menjadikan beliau antara pemimpin yang mempunyai sentuhan tersendiri di hati masyarakat Sabah.


15/05/2026

Komitmen YB Datuk Ewon Benedick Memperkasa Ekonomi Luar Bandar Sabah

Pendekatan Datuk Ewon Benedick yang sentiasa dekat dengan rakyat terus dapat dilihat menerusi lawatan beliau ke Tamu Desa Tawaiyari Ulu Segama bagi menyempurnakan perasmian premis tamu tersebut.

Kemudahan yang dibina melalui peruntukan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ini menjadi satu lagi usaha memperkukuhkan ekonomi komuniti luar bandar, khususnya melibatkan penduduk daripada 10 kampung di kawasan mukim berkenaan.

Apa yang menarik, YB Datuk Ewon Benedick turut berkongsi bagaimana ilham pembangunan Tamu Desa ini mula diperkenalkan ketika beliau menerajui kementerian berkaitan keusahawanan di peringkat Persekutuan sebelum diteruskan pelaksanaannya sehingga hari ini khas untuk Sabah dan Sarawak.

Jelas beliau melihat Tamu Desa bukan hanya tempat berniaga, tetapi sebagai ruang penting menggerakkan ekonomi akar umbi, membuka peluang pendapatan dan memperkukuhkan hubungan komuniti setempat.

Dalam lawatan tersebut, beliau turut meluangkan masa menyantuni ibu-ibu yang berniaga di tamu berkenaan dengan membeli sendiri produk jualan mereka untuk dikongsikan bersama pengunjung yang hadir. Pendekatan santai dan mesra rakyat seperti ini sememangnya menjadi antara gaya kepimpinan beliau yang dekat di hati masyarakat.

Sebagai tanda sokongan berterusan kepada komuniti setempat, beliau turut menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Jawatankuasa Tamu Desa bagi menambah baik kemudahan yang diperlukan. Selain itu, sumbangan RM5,000 turut disampaikan kepada Gereja Roh Kudus Kg Pandising untuk keperluan kelengkapan gereja serta penyerahan bakul makanan kepada warga emas di kampung tersebut.

Usaha seperti ini memperlihatkan bagaimana pembangunan ekonomi, kebajikan rakyat dan keharmonian komuniti terus bergerak seiring dalam aspirasi “Sabah First” yang dibawa beliau.


Address

No. 1 Jalan Pintas, Kepayan
Kota Kinabalu
89500

Telephone

+60162802998

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah First posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sabah First:

Share