04/07/2021
Ya Allah selamatkanlah kami. Kami sungguh-sungguh memohon ampun dan bertaubat padaMu. Hanya padaMu tempat kami bergantung dan berserah dengan sebenarnya.
Ya Allah, Sesungguhnya Engkau tahu bahawa kami bukanlah hambaMu yang meminta ujian ini. Kami redha dengan ujianMu yang berat ini ya Allah. Janganlah Engkau berikan kami ujian melebihi kemampuan kami. Ya Allah,Tenangkanlah hati, jiwa dan fikiran kami. Berikan kami kekuatan untuk gagah menjalankan tanggungjawab kami di muka bumi ini.
Ya Allah, Berikanlah kefahaman kepada ibu bapa kami, ahli keluarga kami,serta rakan-rakan kami untuk memahami erti ujianMu ini. Jauhkan mereka daripada sifat judgmental dan menghukum. Ampunkanlah mereka jika mereka masih jahil ya Allah, bukakanlah pintu hati mereka untuk melihat kebenaranMu.
Aamiin Yarabal alamin..