30/06/2024
✨✨ APPRECIATION POST✨
Hai warga Ranau! Khususnya regular customer kami, TERIMA KASIH kami ucapkan kepada kamu semua diatas sokongan padu kamu selama kami beroperasi di Ranau.
Sebagai anak muda yg baru memulakan usaha sendiri, kami sangat terharu dengan sokongan yg kami dapat sepanjang tahun 2021 sehingga kini.
Kami sangat menghargai semua pujian dan cadangan untuk penambahbaikan yang kami terima sepanjang kami menyajikan sajian utk kamu. Semua tu kami titik beratkan utk peningkatan kualiti dalam menu kami.
Setelah 3 tahun, kini tiba masanya untuk kami meneruskan usaha di ‘gelanggang yg lebih besar’ di Kota Kinabalu.
Kami kini mengorak langkah kehadapan untuk terus membawa nama Ranau Ngiu Chap di market yang lebih luas.
Doakan kami agar terus dapat memberikan yang terbaik buat para pelanggan kami di Kota Kinabalu.
Sekali lagi, jutaan terima kasi kami ucapkan kepada semua pelanggan kami. Samada yg berada di Ranau mahupun yg datang dari seluruh pelusuk sabah dan semenanjung.
Tanpa sokongan kamu, kami tidak akan dapat melangkah sejauh ini.
-ini sedikit gambar kenang kenangan yg sempat kami ambil sepanjang kami beroperasi di Ranau. Terlalu banyak lagi memori yg tidak sempat kami rakamkan sepanjang beroperasi di Ranau.