Scrumpciously

Scrumpciously Giving the best value to customer. Our chocojar made from premium chocolate.

TAHUKAH ANDA ADA BEBERAPA CARA UNTUK MAKAN CHOCOJAR?Chocojar ni tak complicated sangat nak makan, tinggal beli je. Tapi ...
30/01/2023

TAHUKAH ANDA ADA BEBERAPA CARA UNTUK MAKAN CHOCOJAR?

Chocojar ni tak complicated sangat nak makan, tinggal beli je. Tapi ada beberapa cara atau "life hack" untuk makan chocojar yang kami sangat recommend👍

➡️ MAKAN TERUS DARI BALANG
- Yang ni simple. Tak payah pening kepala nak prepare benda lain. Sampai je chocojar boleh makan terus dari balang

➡️ MAKAN DENGAN ROTI
- Sediakan roti sandwich yang sudah dibakar (ikut pilihan masing-masing, kalau taknak roti bakar pun boleh), kemudian jadikan Chocojar sebagai inti

➡️ CHOCOJAR + AISKRIM
- Anda boleh jadikan chocojar sebagai topping di aiskrim.

Confirm Sedap kan, tapi mana nak cari CHOCOJAR? Nak tahu chocojar yang berkualiti dan sedap? Jom follow page kami😎

JANGAN LUPA "LIKE" DAN "FOLLOW" PAGE KAMI

RASA KURANG YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI? PASTI setiap individu ingin sentiasa kelihatan menarik sama ada untuk kepuasan di...
11/01/2023

RASA KURANG YAKIN DENGAN DIRI SENDIRI?

PASTI setiap individu ingin sentiasa kelihatan menarik sama ada untuk kepuasan diri, mahu pun untuk menarik perhatian pasangan.
Terdapat pelbagai cara untuk memastikan diri anda sentiasa kelihatan menarik, antaranya dengan lenggok badan yang betul dan cara pemakaian.

TIPS UNTUK TAMPIL MENARIK
1️⃣ Jadi lebih Altruistik
Altruistik’ adalah sifat yang lebih mengutamakan kebahagiaan dan kebajikan orang lain berbanding diri sendiri. Menurut kajian Evolutionary Psychology, lelaki yang berpendapatan rendah kelihatan lebih menarik di mata wanita apabila dia mendermakan kepada yang memerlukan. Jadi, untuk tampil lebih menarik, anda disarankan untuk menunjukkan sifat baik dengan mengutamakan kebajikan orang lain.

2️⃣ Pakai pakaian merah
Pakaian merah dikatakan dapat menarik perhatian jantina berlainan menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Personality dan Social Psychology dan jurnal Experimental Psychology. Menurut kajian tersebut, lelaki yang memakai pakaian merah dapat menunjukkan beliau sebagai seorang yang berjaya dan berdedikasi. Bagi wanita p**a, merah melambangkan seksi buat si pemakai.

3️⃣ Perbaiki cara jalan
Cara berjalan yang betul seperti lenggok badan dapat membantu anda untuk kelihatan lebih menarik. Ini juga dibuktikan dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Science yang menyatakan lenggok berjalan bagi wanita adalah dengan gemalai. Bagi lelaki p**a, jalan dengan mendada dapat memastikan diri anda nampak lebih menarik.

4️⃣ Anggukkan kepala
Manusia dikatakan dilihat lebih menarik pada kadar 40 peratus apabila menganggukkan kepala. Ini kerana, dengan pergerakan ini anda akan kelihatan seakan-akan memahami dan mudah didekati untuk bercerita.

Side note: Tips pertama tadi ada bercakap tentang menjadi lebih altruistik, tips tersebut boleh diterapkan bukan sahaja menderma tetapi juga melalui pemberia seperti makanan terutamanya makanan berbentuk manisan seperti Chocojar!

Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Chocojar yang murah dan berpatutan? Mari follow dan like page kami!

CHOCOJAR KAMI 100% PREMIUMPremium chocojar bukan sahaja dari nama, tapi dari pelbagai aspek contoh dari segi packaging c...
11/01/2023

CHOCOJAR KAMI 100% PREMIUM
Premium chocojar bukan sahaja dari nama, tapi dari pelbagai aspek contoh dari segi packaging container chocojar kami siap di seal supaya lebih tahan lama dan tak masuk angin, chocochips yang rangup, chocolate syrup yang berkualiti dan macam2 lagi laa admin sendiri pun terkagum. Dan yang paling syok korang boleh dapat semua ni dengan harga RM10 sahaja, boleh tak macam tuu?!

Antara kelebihan chocojar kami ialah:
🍫 Bertih jagung rangup dan berkualiti
🍫 Prosedur pembuatan yang bersih dan dijamin halal
🍫 Lapisan coklat yang berlambak tak kedekut punya
🍫 Cukup rasa manis dan sedap sangat
🍫 Sesuai untuk kudap-kudapan di masa bosan, study dan kerja
HARGA SEBALANG 400ML - RM19 SAHAJA!!
BELI CEPAT!!! STOK DAH NAK HABIS NI😰😰
💬 PM kami di messenger sekarang!!

TEMPAT PERCUTIAN MENARIKMesti sebahagian ramai daripada kita amat teruja ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) telah p...
11/01/2023

TEMPAT PERCUTIAN MENARIK

Mesti sebahagian ramai daripada kita amat teruja ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) telah pun dimansuhkan. Ini kerana setelah 2 tahun terkurung, kita akhirnya bole melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik dan bercuti menjadi salah satu aktiviti yang dilakukan oleh ramai orang. Berikut merupakan tempat-tempat percutian yang menarik menurut admin.

3 TEMPAT PERCUTIAN MENARIK

1️⃣ Sabah
Bagi yang inginkan tempat pelancongan di p**au yang paling menarik di Malaysia, sangat dicadangkan untuk membuat survey di rangkaian p**au-p**au yang ada di Sabah seperti Pulau Sipadan, Mabul & banyak lagi. Hidupan marin di sini di memang sangat menarik dan susah nak dijumpai di tempat lain di Malaysia.

2️⃣ Kuching
Negeri yang terbesar di Malaysia ini mempunyai khazanah alam semuljadi yang cukup menakjubkan bahkan diperakui oleh dunia sebagai salah satu hutan tropika yang paling tropika di atas muka bumi ini. Selain kaya dengan flora fauna di hutan simpan, Sarawak juga terkenal dengan kebudayaan suku kaum tempatan yang pelbagai.

3️⃣ Melaka
Walaupun Melaka mempunyai keluasan yang tidak sebesar kebanyakan negeri lain, namun kalau bercakap dari segi pop**ariti destinasi pelancongan, Melaka lebih terkenal berbanding negeri-negeri lain. Tempat menarik di Melaka lebih kearah kawasan tapak peninggalan bersejarah, kebudayaan dan juga muzium-muzium yang menarik untuk diterokai.

Kalau dah syok bercuti tengok-tengok tempat menarik tu mesti susah nak ingat makan oleh itu admin nasihatkan bawa makanan ringan seperti keropok atau pun Chocojar.

Nak tahu mana nak cari chocojar yang sedap dan murah? Follow page kami untuk maklumat lanjut.

MARI LIHAT PERSONALITI ANDA BERDASARKAN COKLAT KEGEMARAN🍫🍫Tahukah anda, jenis coklat yang korang gemari akan sedikit mem...
11/01/2023

MARI LIHAT PERSONALITI ANDA BERDASARKAN COKLAT KEGEMARAN🍫🍫

Tahukah anda, jenis coklat yang korang gemari akan sedikit mempengaruhi personaliti anda. Jom tengok betul atau tidak=

🍫 Coklat susu - Milk Chocolate
- Periang dan s**a cabaran
- S**a akan perhatian
- Berani dan bijak

🍫 Coklat Gelap - Dark Chocolate
- Sangat teliti Dan teratur
- Bertanggungjawab
- Sentiasa tegas dan bertenaga

🍫 Coklat Susu - White Chocolate
- Kreativiti
- Agak sensitif dan memahami perasaan orang
- Empati yang tinggi

Jadi macam mana? betul tak? BTW, kalau nak cari Chocojar yang guna coklat yang sedap, ada satu Chocojar ni memang perghh.

NAK TAHU LEBIH LANJUT JOM FOLLOW DAN LIKE PAGE KAMI SEKARANG!!!!

JAGA KESELAMATAN DIRI ANDAMakin hari kes-kes seperti gangguan seksual semakin menjadi-jadi. Contohnya seperti kes baru-b...
11/01/2023

JAGA KESELAMATAN DIRI ANDA

Makin hari kes-kes seperti gangguan seksual semakin menjadi-jadi. Contohnya seperti kes baru-baru ini yang berlaku kepada seorang perempuan berumur 19 yang dicabul oleh pemandu perkhidmatan penghantaran tular di laman media sosial dan menjadi perbicaraan hangat di kalangan masyarakat. Oleh itu admin sediakan beberapa tips untuk memastikan wanita di luar dapat menjaga keselamatan diri mereka.

1️⃣ Waspada
Anda perlu sentiasa peka mengenai situasi di sekeliling anda. Jika anda peka dalam perkara ini, anda boleh mengelakkan apa-apa hal tidak baik daripada berlaku kepada anda. Kesedaran anda boleh membantu anda kekal berada di dalam zon yang selamat dalam kehidupan.

2️⃣ Belajar teknik pertahanan diri
ara terbaik untuk kekal selamat adalah dengan mempelajari teknik pertahankan diri. Belajar beberapa asas pertahanan diri supaya anda boleh mengelakkan serangan yang mungkin berlaku ke atas diri anda. Ia juga mampu memberikan keyakinan pada diri anda untuk keluar dan berasa selamat.

3️⃣ Kuatkan diri
Kekal kuat dalam apa-apa keadaan yang boleh mencetuskan masalah. Jika anda panik atau menunjukkan kebimbangan pada wajah anda, anda sebenarnya akan mendapat lebih kesusahan.

4️⃣ Hati-hati dengan media sosial
Jangan sekali-kali menyiarkan gambar seksi anda di laman media sosial kerana mereka akan mudah disalahgunakan. Pastikan pilihan privasi anda adalah peribadi dan bukannya awam.

5️⃣ Guna semburan lada
Semburan lada merupakan senjata pertahanan diri paling mudah yang boleh anda gunakan saat berada dalam situasi berbahaya. Ini adalah cara yang paling selamat untuk pertahankan diri anda daripada masalah yang tidak diduga.

Selain daripada semburan lada ada juga orang yang gunakan pistol taser, tapi kadang tidak semua orang berkemampuan untuk beli barang seperti demikian oleh itu admin juga dapat suggest untuk guna kan barang-barang yang keras contohnya balang chocojar, tiberrr.

Kalau kamu peminat chocojar bolehlah like dan follow page kami!

TIPS SARAPAN YANG MUDAH🥣Setiap hari kebanyakkan semua pun sibuk untuk bersiap-siap pergi kerja/sekolah. Kami faham, kemu...
11/01/2023

TIPS SARAPAN YANG MUDAH🥣

Setiap hari kebanyakkan semua pun sibuk untuk bersiap-siap pergi kerja/sekolah. Kami faham, kemungkinan besar memang tak sempat nak sediakan sarapan yang berkhasiat untuk keluarga. Tapi jangan risau, sini kami kongso beberapa idea sarapan yang mudah💡

1️⃣ ROTI BAKAR + TELUR
- Resepi ni sangat mudah dan tak perlu nak sediakan banyak bahan. Hanya perlu sediakan roti sandwich, telur, mentega kaya dan garam. Pertama, bakar roti sehingga perang mengikut kes**aan anda dan sapu dengan mentega atau kaya. Kemudian, sediakan dengan telur yang sudah digoreng.

2️⃣ NASI GORENG
- Yang ni sangat simple, takkan nak minta Resepi lagi kan?🤣 OK baik, anda boleh gunakan bahan-bahan kegemaran anda masak NASI goreng. Dah lah mudah, jimat bahan lagi👍

3️⃣ BIJIRIN SARAPAN (CEREAL) ATAU OAT
-Makanan cereal pun cukup sinonim dengan sarapan. Penyediaan yang sangat mudah, hanya perlu tambah susu ke dalam bijirin sarapan, Dan boleh terus di makan. Tak payah nak masak-masak lagi.

Kalau sarapan Chocojar pun sedap jugak kan? 💡Tinggal buka balang dan boleh terus makan🤤 NAK TAHU Di mana nak cari Chocojar yang murah dan sedap?

JOM FOLLOW PAGE KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT!!!!

KESIHATAN MENTAL PENTINGKesihatan mental bukan perkara yang boleh diremehkan, saban hari kes bunuh diri semakin meningka...
11/01/2023

KESIHATAN MENTAL PENTING

Kesihatan mental bukan perkara yang boleh diremehkan, saban hari kes bunuh diri semakin meningkat di negara kita dan kebanyakannya berpunca daripada terjejasnya kesihatan mental dan emosi seseorang individu tersebut. Admin secara peribadi sangatlah memandang berat berkenaan isu ini, oleh itu admin ada berikan beberapa cara untuk menjaga kesihatan mental korang.

1️⃣ Senaman
'Hormon Gembira' iaitu Dopamine akan terhasil mellui senaman yang mengeluarkan peluh. Oleh itu admin nasihatkan korang untuk bersenam sekurang-kurangnya 5 kali seminggu.

2️⃣ Komuniti
Korang juga boleh melibatkan diri dengan komuniti terdekat korang untuk mewujudkan komunikasi yang positif. Contohnya sertai kump**an mempunyai minat yang sama, menyertai program s**arelawan atau cuba untuk bina hubungan sosial dengan orang lain

3️⃣ Seimbang
Stress itu bagus, sebagai tanda untuk kita kenal pasti batasan diri kita. Oleh itu kendali stress anda dan seimbangkan kehidupan seharian korang.

4️⃣ Bantuan
Stigma mengenai penyakit mental perlu dihapuskan sepenuhnya. Penghidap penyakit mental itu bukan gila atau lemah iman. Korang tidak perlu malu untuk memohon bantuak berkaitan kesihatan mental.

5️⃣ Makanan
Pemakanan yang sihat boleh membawa kepada fizikal dan mental yang sihat oleh itu jaga permakanan korang!

Admin kalau stress buat kerja admin slalunya akan cari makanan yang manis lepas tu baru boleh sambung kerja. Makanan apa yang admin selalu makan? Snack kegemaran admin buat masa ni chocojar, rangup-rangup dan manis.

Nak tahu chocojar jenama apa yang admin makan? Tekanlah butang follow dan like tu dulu baru dapat maklumat lebih lanjut.

3 FAKTA MENARIK TAPI PELIK TENTANG COKLAT😮Coklat sudah menjadi kes**aan ramai sejak dari dulu lagi. Tapi tahukan anda, c...
11/01/2023

3 FAKTA MENARIK TAPI PELIK TENTANG COKLAT😮

Coklat sudah menjadi kes**aan ramai sejak dari dulu lagi. Tapi tahukan anda, coklat selain dijadikan makanan ianya pernah diguna untuk perkara lain😮. Untuk posting kali ini, kami akan kongsi beberapa fakta tentang coklat yang akan sedikit pelik dan unik=

1️⃣ COKLAT SEBAGAI MATA WANG? 🧐
- Dikatakan pada Zaman Mayan, biji koko digunakan sebagai mata wang kerana dianggap bernilai. Jadi, mereka akan had kan penanaman biji koko supaya nilai koko tak jatuh.

2️⃣ COKLAT PUTIH BUKAN COKLAT?
- Coklat putih tidak mengandungi pepejal koko tanpa lemak (yang merupakan unsur utama bagi coklat mentah). Ianya terdiri daripada mentega koko, gula, dan pepejal susu. Hah, sebab tu coklat ni warna putih.

3️⃣ COKLAT PALING BESAR DI DUNIA
- Bar coklat paling besar yang pernah direkodkan ialah seberat 5.7 tan. Ianya dibuat oleh sebuah syarikat di Amerika sempena Ulang Tahun yang ke-100.

Ada satu lagi fakta tentang coklat, tahukah anda chocojar kami mengandungi coklat yang berkualiti🤤🤤🍫

NAK TAHU LEBIH LANJUT JOM FOLLOW DAN LIKE PAGE KAMI SEKARANG!!!!

CHOCOJAR MURAH-MURAH ❤️❤️CHOCOJAR dari kami sangat sedap!!! tak sempat nak sampai rumah dah habis makan dekat kereta🤤 De...
11/01/2023

CHOCOJAR MURAH-MURAH ❤️❤️

CHOCOJAR dari kami sangat sedap!!! tak sempat nak sampai rumah dah habis makan dekat kereta🤤 Dengan coklat yang berkualiti Dan bertih beras yang rangup, memang memukau habis😍😍😍

Antara kelebihan chocojar kami ialah:
🍫 Bertih jagung rangup dan berkualiti
🍫 Prosedur pembuatan yang bersih dan dijamin halal
🍫 Lapisan coklat yang berlambak tak kedekut punya
🍫 Cukup rasa manis dan sedap sangat
🍫 Sesuai untuk kudap-kudapan di masa bosan, study dan kerja

HARGA SEBALANG 300ML - RM19

KAMI BARU CHECK STOCK, LAGI TINGGAL SIKIT SAHAJA😢
JOM ORDER SEBELUM HABIS!!!

💬 PM kami di messenger sekarang!!

CARA STUDY GROUP YANG BERKESAN📊📝Kepada mana-mana follower-follower yang bergelar pelajar, ini posting khas untuk anda. P...
11/01/2023

CARA STUDY GROUP YANG BERKESAN📊📝

Kepada mana-mana follower-follower yang bergelar pelajar, ini posting khas untuk anda. Pernah tak rancang nak buat study group? kadang-kadang bila kita buat study group, ada yang tak fokus belajar, ada yang maim game, bercerita dan sebagainya. Jadi, sini kami kongsi beberapa tips belajar secara berkump**an yang berkesan=

1️⃣ AHLI KUMPULAN TIDAK BOLEH TERLALU RAMAI
- Bilangan ahli kump**an yang ideal ialah antara 4 hingga 6 orang. Kalau terlalu ramai, memang bercerita lah jawabnya🤣 Dan mungkin akan mengganggu rakan yang lain.

2️⃣ RANCANG TOPIK DAN TEMPAT YANG SESUAI
- Rancang topik yang akan dipelajari, jangan main ajak kawan je buat study group. Tentukan masa dan tempat yang sesuai.

3️⃣ AHLI KUMPULAN YANG BERBEZA KEPANDAIAN
- tak semua orang ada kepakaran dan kepandaian yang sama. Ada yang pandai dalam matematik, ada yang fasih berbahasa, ada yang pandai dalam teknologi. Jadi kalau dikumpulkan di dalam satu kump**an, akan lebih banyak idea dan pendapat.

4️⃣ WAKTU REHAT DAN WAKTU BELAJAR
- Tentukan masa rehat dan masa belajar. Contoh, kalau study group 2 Jam, mungkin rehat 10 minit setiap jam.

Kalau masa rehat bawak member makan Chocojar pun best jugak kan? 🤤 Nak tahu mana nak cari Chocojar yang sedap dan murah?

FOLLOW DAN LIKE PAGE KAMI SEKARANG!!!

Address

Kota Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Scrumpciously posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category