09/07/2021
Salam Jumaat semua
Hari ni hantar satu bantuan dekat sorang kakak ni, dalam banyak² misi bantuan yang saya terlibat kisah kakak ni betul² menyentuh hati saya 😔
Whatsapp kakak ni tadi sebelum hantar bantuan sebab mau tanya alamat dia.
Dia risau tanya mana saya dapat number dia, sebab dia malu untuk meminta tapi ini jalan terakhir yang ada demi anak 2 orang yg kecil².
Kakak ni sewa bilik atas rumah kedai, anak sorang baby sorang lagi dlm umur 3 - 4 tahun.
Turun bertiga dengan anak untuk ambk bantuan, saya dengan husband saya berfikir macam mana kakak ni mau angkat naik atas barang² ni dengan dukung baby lagi. Then kami offer untuk angkat kan sampai atas, akak tu tanya "nda apa ka dik, sebab rumah akak tingkat paling atas" husband saya cakap tidak apa, kami tolong.
Then sampai atas ja, saya tengok muka kakak tu memang speechless. Then kakak tu cakap suami dia ada dlm bilik, sakit terlantar 3 tahun sudah. Saya memang diam nda terkata, husband saya yang tanya macam2.
Then kami turun la, masuk kereta ja memang saya nangis. Banjir air mata, masa tengah type ni pun menangis lagi teringat kakak tu dgn anak²nya. Allahu 😭😭😭
Sekali habis hantar bantuan tempat kakak ni, kami balik ke kedai. Sampai kedai kami di maklumkan pagi tadi, ada beberapa family yg datang untuk ambk foodbank tapi TAMAK. first husband turun dulu then ambk, then wife dia turun, then anak la, makcik semua ambk. Kamu satu family seja sudah 40kg beras dan 4 bakul bantuan.
TOLONG LAH KAMI MERAYU, MERAYU SANGAT JANGAN ADA SIFAT TAMAK! Ambil apa yg kamu perlu, jangan berlebih²! Jangan sebab sifat tamak kamu tu, orang yang betul² perlu tidak dapat.
Sorry guys, teremosi sis hari jumaat ni 🙏🏻