19/10/2016
⚽Ingin bertemu lagenda kesayangan anda?
⚽Ingin saksikan pertemuan dua legasi tanah air yang pernah mencipta nama di pentas dunia?
⚽Ingin merakam kenangan bersama lagenda yang disegani?
⚽Ingin melihat artis kesayangan anda bertarung di stadium keramat?
*************
Ayuh, Apa tunggu lagi!!!
Saksikan perlawanan istimewa era 70-an & 80-an antara pasukan Ex- Kelantan/PKINK menentang Ex- Malaysia bertempat di "gelanggang keramat" Stadium Sultan Muhammad IV pada 6 November nanti.
Perlawanan ini mengimbau kembali zaman kegemilangan pasukan Kelantan/PKINK yang rata-ratanya adalah pemain Kelantan yang disegani suatu ketika dahulu dan juga pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia yang berjaya memasuki Sukan Olimpik Moscow 1980.
Antara lagenda Malaysia dan Kelantan/PKINK yang akan bermain adalah :-
Ex - Malaysia :-
-Dato' Soh Chin Aun
-Dato' Santokh Singh
-Dato' Hassan Sani
-Dato' James Wong
-Dato' Jamal Nasir
-Khalid Ali
-Dollah Salleh
-Kamarulzaman Yusoff
Ex - Kelantan/PKINK :-
-Hashim Mustapha
-Zahasmi Ismail
-Zamri Mohd Nor
-Hamid Ramli
-Apendi Yusoff
-Anuar Rajib
-Aziz Mahmud
-Nik Fadli Nik Leh
Selain itu turut menampilkan Ketua Pasukan Kelantan, Piya dan artis Kelantan, Z Zamri Gerak Khas, Danny X-Factor, Syed Aiman dan Gambit.
Turut memeriahkan perlawanan itu ialah lagenda bola sepak Kelantan era 60-an, Dali Omar dan 3 bekas pemain Kelantan yang mewakili Skuad Olimpik Malaysia 1972.
Jangan ketinggalan juga bersama kami untuk memeriahkan Karnival PKINK@50 yang akan berlangsung di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV pada 5 November 2016 bermula jam 8 pagi hingga 6 petang.
Pelbagai hadiah cabutan menarik menanti anda!!!
Jadikan diri anda sebahagian daripada Sambutan Kemuncak Jubli Emas PKINK.
Sebarang maklumat boleh hubungi PKINK di talian 09-7414141
~Menyusuri 50 Tahun Sebagai Kemudi Untuk Mendepani Cabaran 50 Tahun Mendatang ~
@50