16/06/2020
PERMOHONAN SIJIL HALAL
Mula bertugas sebagai guru pada pertengahan 1980 dan pencen pada 2016. Matapejajaran utama ialah kimia.
Dari 1980 hingga akhir 1990 an, hanya beberapa kali sahaja pemantauan ke atas tugas tugas dilakukan oleh JPN. Bermula 2000, setiap guru dikehendakki menyediakan beberapa fail bagi setiap bidang tugas bagi tujuan pemantauan. Beban tugas guru bertambah. Namun bagitu fokus utama p n p tidak diabaikan, penyediaan rancangan pengajaran dan menanda latihan dan laporan amali dilakukan seperti biasa.
Tanpa disangka setelah 4 tahun bersara, sekali lagi berhadapan dengan pemantauan, kali ini untuk mendapat sijil HALAL Malaysia bagi produk Serbuk Kari Jalan Bayam oleh SY NIKSAH.
Banyak juga fail yang perlu disediakan. Aspek aspek dengan beberapa kriteria perlu dipatuhi dan diikuti. Pengalaman semasa bertugas disekolah sangat banyak membantu.
Sebagai pengusaha muslim, walaupun tanpa sijil HALAL adalah menjadi tanggungjawab untuk memastikan produks adalah suci mengikut kehendak islam tanpa mengabaikan kebersihan fizikal.
Daripada pengeluaran pertama tahun 1971, semua bahan mentah dibasuh. ini untuk memastikan produks bebas dari pada najis dan sentuhan haiwan semasa di negara asal.
Memiliki sijil HALAL adalah satu kelebihan untuk bersaing pada era sekarang. Pengusaha muslim patut berusaha untuk mendapat sijil ini.
Esok, 17 Jun 2020 pasukan pemantau halal JAKIM akan datang ke premis syarikat untuk membuat pemantauan.In sya allah, keputusan penilaian akan memihak kepada syarikat ini. Amiin.
Kamaruzaman Mohamad
Syarikat Niksah
Jalan Bayam