21/02/2022
Jualan Buku Big Bad Wolf dilancarkan di Kuala Lumpur, Malaysia, pada tahun 2009, hasil idea bernas oleh pengasas BookXcess, Andrew Yap dan Jacqueline Ng. Mengikut kata-kata pengasas, misi utama Big Bad Wolf Books adalah untuk memupuk tabiat membaca, meningkatkan literasi Bahasa Inggeris di seluruh dunia, dan membina generasi pembaca baharu dengan menawarkan buku berkualiti dengan harga yang berpatutan dan mudah diakses oleh orang ramai.
Dikenali sebagai Jualan Buku Terbesar di Dunia, jualan buku ini adalah inisiatif advokasi membaca global yang bertujuan untuk mendorong orang dari semua peringkat umur untuk menerokai keseronokkan membaca dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mengejar impian mereka dan, yang penting, memberi mereka pengetahuan untuk merealisasikannya. Kami percaya bahawa pengetahuan yang dimiliki dari membaca akan mendorong seseorang itu untuk meningkatkan minda dan kemajuan diri.
Sejak penubuhannya, Jualan Buku Big Bad Wolf Books telah berkembang dengan pesat, menjadi advokasi global dan telah menjelajah 34 bandar di 13 buah negara, seperti Kemboja, Hong Kong, Indonesia, Myanmar, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Korea Selatan, Thailand, Taiwan, dan Emiriah Arab Bersatu, termasuk Malaysia.
Sehubungan dengan ini, Big Bad Wolf Books akan mengadakan Jualan Buku Big Bad Wolf Kelate 'Mari Baco' yang akan bermula dari 24 Februari hingga 6 Mac 2022 di Lotus's Kota Bharu. Para hadirin akan dapat menikmati lebih daripada 10,000 judul buku dengan diskaun sehingga 95%, dapatkan buku berharga serendah RM3, 5, 8 dan banyak lagi.