Singgora

Call Directions

Singgora Penginapan dan makan ala kampung dalam binaan Rumah Kayu Melayu Kelantan booking in advance for dining
(381)

Ulam dan makanan tradisi.Orang2 tua kita pandai memilih, dan menyesuaikan makanan berkhasiat utk tubuh badan supaya menj...
02/10/2026

Ulam dan makanan tradisi.

Orang2 tua kita pandai memilih, dan menyesuaikan makanan berkhasiat utk tubuh badan supaya menjadi sedap dan berselera kita makan. Jarang org s**a makan ulam mentah. Maka diciptakan p**a budu, sambal belacan atau apa2 sambal supaya mengurangkan rasa kelat, pahit, maung, atau sebarang rasa pucuk2 kayu. Budu dan sambal yg dilengkapi buah kecupu, atau isi durian atau ricihan mangga muda pasti menambah selera makan. Warna ulam p**a pelbagai, ada yg boleh di makan mentah ada yg perlu dicelur. Kepelbagaian warna menjadikan ia menarik dipandang, sedap dimakan sekaligus baik untuk tubuh badan.

Gulai sayur lemak+ kulit rambai.Ada bbrp bahan yg dikategorikan bahan terbuang tetapi masih dijadikan menu makanan tradi...
22/09/2026

Gulai sayur lemak+ kulit rambai.

Ada bbrp bahan yg dikategorikan bahan terbuang tetapi masih dijadikan menu makanan traditional. Salah satunya kulit rambai ( di Kelantan dan Terengganu) , gulai asam rong ( isi biji getah) di Pahang terutama daerah Jerantut dan Temerloh. Terbuang yg boleh dienakkan dengan kemahiran dan kreativiti. Ya lah, kebiasaannya kita akan buang kulit semasa makan isi buah rambai, kan. Tetapi apabila dicelur, ia boleh dijadikan makanan yg enak. Celur bg membuang sedikit rasa masam kulit rambai. Sayur lemak Kelantan yg biasa kita makan, rasanya lemak manis, dan pertambahan kulit rambai akan memberi rasa masam yg enak.

Tetamu yg diberi rasa mencadangkan kulit rambai celur pun boleh dicecah budu. Sedap katanya.

Jom, sama2 kita kembali kan cinta pd rasa dan budaya bangsa.

Singgang daging menu traditional Kelantan - yg menggunakan daging atau tulang rusuk. Rasanya jauh berbeza dengan singgan...
02/07/2026

Singgang daging menu traditional Kelantan - yg menggunakan daging atau tulang rusuk. Rasanya jauh berbeza dengan singgang ikan, bahkan tiada mirip langsung. Bahan2 seperti halia,lengkuas, rempah butir, lada kering dan bbrp bahan lagi. Sedap dimakan bersama sambal durian dan nasi yg panas.

06/04/2026

Chef Farhan anak didik Chef Khairul Taylor University sekarang bertugas di Singapura

19/02/2026

Saksikan Dapur Nenek - jam 430 petang - hari isnin hingga Jumaat bermula 1 Ramadhan. 5 slot rakaman menu bulan puasa dirakam di perkarangan Rumah Singgora.

Satu cerita jalanan dengan 2 pedoman.Tok Wan dan Kak Nab - usianya dlm 70an, berbari cerita pengalaman 40 tahun lampau. ...
20/01/2026

Satu cerita jalanan dengan 2 pedoman.

Tok Wan dan Kak Nab - usianya dlm 70an, berbari cerita pengalaman 40 tahun lampau. Bagaimana iltizam dan semangat mengubah kehidupan. Sekitar masa itu, gaji sehari ialah sekitar rm7.50 ke rm10 sehari, Kerja buruh sebelah pagi sehingga jam 2 rehat seketika sebelum menyambung kerja lain p**a hingga senja. Tujuannya untuk menyara keluarga. Yg ini lokasi kerja masa itu di kawasan Bukit Ibam/Segamat.

Bab kedua - Tok Wan kembali ke Kota Bharu berkerja di Majlis perbandaran sebagai mandur untuk memastikan kebersihan sekitar bandar. Gaji sekitar rm80 ke seratus lebih sebulan.

Berkawan dengan rakan Cina org Pendek,Salor ( jarak dlm 10 km ke KB)- katanya demo kena tanam pise gallo banyak kalu demo nak kaya( dptlah lebihan duit selain gaji) Tok Wan ingat 200 pokok tu banyak doh. Cina tu kata- Dok,demo kena tanam 3000 pokok.Sambungnya lagi,kalu demo takdok duit ,royat ,kawe bui pitih kawe dulu.Maka bermulalah episod kerja kuat, memajak tanah jiran dan sepupu yg tidak diusahakan di pinggir Sungai Kelantan, Keluasan berbelas ekar juga. Tanam 3000 pokok pisang gallo( pisang yg guna daun utk buat kuih tu), dan 2000 pokok pisang buah. 8 bulan kemudian, hasil sudah ada. Drp pisang gallo, ada 3 hasil jualan , daun utk kedai nasi atau kuih, jantung utk ulam atau kerabu dan buah pisang untuk masak acar. Boleh lah guna utk bayar ansuran kereta. Berapa harga seikat daun. Rm2 shj. Tp kalau 100 ikat berapa bro? 30 /40 tahun lepas nilai itu besar.

Tanah2 yg dipajak, sedikit demi sedikit dibayar melalui hasil jualan. Yg nilaian sekarang ratusan ribu juga.

Pertama kita dpt lihat bagaimana kerja kuat dan tepat akan memberi p**angan yg berbaloi.

Kedua - kita di Kelantan, hidup harmoni, antara kaum. Demo kawe adalah kehidupan 'pegi mari' yg berjiran, bersahabat walau berlainan agama dan bangsa. Jadi yg berasa ada unsur2 rasis tu, datang dan lihat bagaimana kehidupan kami di sini.

Nota : pegi mari ditafsirkan sebagai bertoleransi, sama2 tolong menolong.

Fenomena Rembayung KA dan tempias kpd Singgora Abemat Pop**ariti KA tidak dpt disangkal. Apabila sy menulis antara Remba...
16/01/2026

Fenomena Rembayung KA dan tempias kpd Singgora Abemat

Pop**ariti KA tidak dpt disangkal. Apabila sy menulis antara Rembayung dan Singgora,banyak juga komen positive drp tetamu2 yg lepas dan membantu nama Singgora berada dlm radar segment f&b.

Kelebihan KA yg menaiki tangga kejayaan drp kecil sehinggalah tahap sekarang dan bijak mengeksploitasi dunia media social sangat membantu.

Tulisan kali ini sikit sahaja ingin ulas perkaitan pemilihan bahan2 dalam menentukan rasa seterusnya menterjemahkan citarasa sebenar keaslian masakan Melayu. Kebiasaan,org lihat kunyit itu semata2 kunyit walhal ada pelbagai jenis kunyit. Yg saya tahu, kunyit sawa,kunyit emas, kunyit tahi ayam dan kunyit kampung . Yg paling sedap mengikut pengalaman saya ialah kunyit sawa. Kuningnya lebih terang, tiada pahit di hujung rasa dan saiz sedikit besar.

Dan pemilihan bahan yg baik pasti berkait dengan kos ditambah proses cuba rasa try and error yg melalui masa yg panjang.

Apapun, melihat kpd trend peralihan iaitu memilih makanan Melayu/ traditional memberi perasaan agak teruja dan gembira dan semoga masa depan makanan traditional berada pd landasan yg betul dan semakin diterima. Alhamdulillah

Foto ehsan HONOR dr lensa Azmihan iaitu sambal kecuphu masak antara sambal traditional di Negeri Kelantan

Singgora milik abemat Singgora dan Rembayung milik KARembayung gah di tengah kotaraya, manakala Singgora kekal dlm binaa...
10/01/2026

Singgora milik abemat Singgora dan Rembayung milik KA

Rembayung gah di tengah kotaraya, manakala Singgora kekal dlm binaan tradisional Melayu di pinggir bandar Kota Bharu.

Singgora dengan konsep booking mulai awal sedikit drp Rembayung dan kebaikan nya melebihi kaedah makan biasa dtg, order dan makan. Makan, kalau sedap sekali pun, jika terpaksa menunggu lama akan merosakkan selera dan keinginan makan. Putus angin ore kata. Walaupun begitu, Singgora kekal hidang kan lauk2 yg masih panas jika hadir sebagaimana waktu booking, salah satu faktor kesedapan juga.

Harga, dek kerana tahap keaslian rasa masakan Melayu-Kelantan utk Singgora dan Melayu Malaysia di Rembayung - pemilihan bahan yg segar pasti memberi rasa yg lebih sedap. Hatta santan kelapa import drp Acheh rasanya berbeza jika dibandingkan dengan santan kelapa tempatan terutama drp tepian pantai. Lebih lemak. Sebolehnya kita minimakan bahan perasa - yg mak2 tok nenek kita x guna pun, agar rasa asli lebih menonjol dan ini pasti berkait dengan kos.

Sekian dulu, terima kasih kawan2 yg hadir konon2 vibe Rembayung. Tahniah juga pd KA.

Nak bawa makanan tradisional pd tahap ini, bukan mudah. Merah telinga juga - apapun perjuangan memartabatkan makanan Melayu Kelantan kekal membuak. Agar generasi lama masih dpt rasa keaslian nya, dan generasi baru kenal apa itu budaya kita - bukan sekadar kata2.

Terima kasih dan mohon maaf jika ada kekurangan.

Foto semasa sesi rakaman TV al hijrah utk tayangan Ramadhan akan dtg

31/12/2025

Joeyy - org Pontian menetap di Perak. Kali kedua dtg makan di Singgora dalam tempoh seminggu. Peminat budu - ada budu di rumah sebagai pencicah ulam. Anaknya kali pertama makan collek buah di Singgora lalu sudah makan bbrp kali di luar. Namun katanya rasa berbeza tak sama. Sy maklumkan, collek kalau boleh tambah sedikit budu sebagai umami . Bg tips - aduss lagilah ketagih budu.

Akhir2 ni - katanya Durian Musang King/kunyit murah pd tahun sebelumnya. Durian dan dunia masakan Melayu 1.Pertama dijad...
28/12/2025

Akhir2 ni - katanya Durian Musang King/kunyit murah pd tahun sebelumnya.

Durian dan dunia masakan Melayu

1.Pertama dijadikan sambal durian atau sambal tempoyak yg tujuan utamanya sebagai penambah perisa/selera makan. Sambal durian lebih kpd rasa manis durian+ pedas manakala rasa tempoyak p**a antara masam dan pedas.. Keduanya akan menambah selera pd pengemarnya.

2.Durian masak dijadikan campuran dlm kuih seperti jemput/cekodok, serawa, pengat pisang+ durian, pulut durian dan mungkin bbrp menu lg

3. Bahan tambahan dalam masakan- yg paling pop**ar ialah patin/baung masak asam pedas + tempoyak

Rasa manis durian dan bau bukan semua org s**a,namun bagi pengemarnya ia adalah bahan yg menyelerakan.

Kita biasanya guna durian yg harganya murah/durian kampung sahaja. Masa durian musang king murah ni boleh cuba perbezaan rasa masakan durian versi musang king

Address

Rumah Melayu
Kota Bharu
15150

Opening Hours

Monday 11:30 - 17:00
Tuesday 11:30 - 17:00
Thursday 11:30 - 17:00
Friday 11:30 - 17:00
Saturday 11:30 - 17:00
Sunday 11:30 - 17:00

Telephone

0199009535

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Singgora posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share