15/10/2026
2 Tahun Keadaan Sampah di Laluan Pejalan Kaki Sekolah Berlarutan
Hari ini, wakil komuniti telah turun ke lokasi bagi membuat pemerhatian, siasatan dan catatan berkenaan keadaan sisa sampah sarap yang terdapat di laluan pejalan kaki pelajar sekolah rendah.
Perbualan dan rujukan turut dibuat bersama beberapa pengawal keselamatan di dua buah sekolah bagi mendapatkan maklumat serta maklum balas berkenaan keadaan tersebut.
Menurut maklum balas yang diterima, longgokan sampah ini telah berlaku hampir 2 tahun, dipercayai sejak berlakunya kerosakan pada jentera troli di SJK(C) Chung Hwa.
Keadaan ini bukan sahaja boleh menjejaskan imej kawasan bandar, malah menyebabkan pelajar sekolah rendah dan ibu bapa berdepan gangguan bau serta kehadiran anjing liar yang menyelerakkan sampah di sekitar luar pagar sekolah. Keadaan ini juga menyukarkan pihak kebersihan dan kontraktor bandar untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan lebih teratur.
Wakil komuniti daripada Hiyaz akan menyalurkan maklumat serta aduan ini kepada pihak sekolah dan pihak berkaitan, di samping mencari penyelesaian yang bersesuaian bagi mengembalikan kebersihan, keceriaan dan keselesaan pelajar ketika hadir dan pulang dari sekolah.
Dalam masa yang sama, masyarakat berhampiran juga dinasihatkan agar tidak membuang sampah di laluan pejalan kaki, demi keselamatan, kebersihan dan keselesaan bersama.
📍TBP: SJK Chung Hwa , SMJK Chung Chen
Transformasi Bandar Pendidikan
“Membina Bersama Komuniti”
Bahagian Aduan & Siasatan
Hiyaz Komuniti Kota Bharu