30/06/2024
- NOTIS TERBARU -
Pertamanya, pihak kami amat menghargai sokongan warga USM Kubang Kerian terhadap minuman & makanan kami. Kami amat terharu, sepanjang keberadaan kami di sini disambut baik oleh anda semua.
Dengan rasa berat hati & dukacita, kami ingin umumkan bermula Julai 2024 akan berlaku sedikit kenaikan harga pada sebahagian minuman.
Sebagai makluman, kebanyakan bahan mentah yang kami gunakan adalah premium dan diimport dari luar negara.
Walaubagaimanapun, kebajikan sosial untuk warga USM kami tidak dilupakan. Kakitangan Hospital & Kampus masih mendapat diskaun sebanyak 5% manakala pelajar undergraduate masih boleh menikmati diskaun sebanyak 7% untuk semua jenis minuman & makanan.
Kami berharap, semua peminat dan Coffee lover memberi sokongan berterusan kepada kami.
Sekian, terima kasih.
Pihak Pengurusan
KB Brewster HUSM
30.6.2024