14/09/2026
- Less is more -
Hampir tahun ke-7 kami buka kedai kopi ini, kami masih lagi melihat kopi menjadi padanan sempurna pada dua perkara sahaja berdasarkan apa yang ingin kami sampaikan di kedai kopi ini.
Manisan dan juga sarapan pagi.
Semua dilakukan dengan niat untuk memastikan kopi yang kami seduh, manisan/sarapan pagi yang kami hidang dapat dinikmati sepenuh oleh tetamu di Icepresso.
Secara tidak lansung, tidak merisaukan tentang perkara yang tidak ada kaitan dengan apa yang ingin kami sampaikan.
Apa yang kami seduh dan hidang, adalah apa yang kami sendiri nikmatinya sendiri di sini. Kami gembira untuk kongsikan dunia kopi ini buat anda semua di sini.
Jemput singgah di kedai kopi kami ya jika inginkan kopi sedap. 😬 semoga berjumpa