Char Kuey Teow Al Ustaz

Char Kuey Teow Al Ustaz Kami menyediakan Char Kuey Teow mengikut resepi turun temurun kami. Yang pasti pelanggan akan berpuas hati. Kenikmatan yang lain daripada yang lain.

Kami juga bersedia untuk menerima sebarang tempahan untuk sebarang majlis keraian Selain daripada menjual Char Kuey Teow, kami juga menyediakan servis untuk memenuhi undangan sebarang majlis. Kami bersedia untuk membawa booth kami ke majlis-majlis untuk menyediakan Char Kuey Teow. Harga berpatutan dan rasa yang sangat memukau. Resepi pes kicap dan sambal adalah resepi tersendiri yang tiada ditempat lain. Kami menyajikan menu2 yang luar biasa seperti Char Kuey Teow Kambing, Char Kuey Teow Ayam, Char Kuey Teow Combo dan lain2. Boleh melakukan melalui "button whatsapp" yang kami sediakan atau terus menghubungi 0174196100 untuk berurusan terus dengan pemilik kedai.

SubhanAllah
28/07/2024

SubhanAllah

05/07/2024

Andai Rasulullah S.A.W bersama kita waktu ini?

12/06/2024

InsyaAllah jam 11.30 pagi hari ni, LIVE brtajuk Izhar Syafawi akan d adakan

09/06/2024

InsyaAllah dalam 15 minit lg sy akan LIVE santai bertajuk "Idgham Kamil"

05/06/2024

Bagaimana Imam Bukhari Wafat?

Imam Bukhari mendapat tekanan keras di akhir hayatnya dari penguasa kota-kota muslim. Lebih tepatnya kota Naisabur, Bukhara, dan Samarkhan.

Di antara sebabnya:

- Imam Bukhari menolak mengajarkan anak-anak mereka di istana. Beliau selalu berkata: "Ilmu itu didatangi. Bukan dibawakan ke pintu-pintu"

- Rasa iri sebagian orang terhadap Imam Bukhari kerana kemasyuran dan sejarah yang ditulisnya.

Sebab-sebab lainnya.

Ketika Imam Bukhari berumur 62 tahun, penguasa Naisabur memerintahkannya untuk keluar dari kota dan berkata bahawa keberadaannya tidak lagi diharapkan.

Beliau pun meninggalkan Naisabur hingga sampai di tanah lahirnya, Bukhara. Orang berbondong-bondong menyambutnya di gerbang kota dengan harta dan gula.

Masyarakat biasa, penuntut ilmu, dan sebagian ahli hadis berkumpul di sana meninggalkan majlis ahli hadis lain sehingga hal itu membuat panas hati sebahagian orang.

Tetapi tidak berselang lama, kemasyuran itu membuat murka penguasa Bukhara, di samping datangnya surat dari penguasa Naisabur bahawa Imam Bukhari harus segera diusir dari Bukhara sebagaimana beliau diusir sebelumnya dari Naisabur.

Utusan penguasa Bukhara sampai di depan rumah dan meminta Imam Bukhari untuk segera meninggalkan Kota. Perintahnya berbunyi "Sekarang juga" beliau harus keluar!.

Imam Bukhari bahkan tidak diberi waktu untuk sekadar mengumpulkan dan merapikan buku-bukunya. Beliau terpaksa keluar kemudian berkemah di sempadan Kota selama tiga hari untuk merapikan buku-bukunya sedangkan beliau tidak tahu entah kemana mahu pergi.

Imam Bukhari akhirnya memutuskan berangkat ke arah Kota Samarkhan. Tidak sampai masuk ke Kota, beliau berbelok ke arah salah satu kampung disekitarnya, kampung Kartank melawat sebahagian kerabatnya di sana. Kali ini beliau ditemani oleh Ibrahim bin Ma'qil.

Tetapi hal itu tidak berlangsung lama. Pengawal penguasa Samarkhan pun sampai di depan pintu rumah tempat Imam Bukhari melawat.

Kali ini perintah dari penguasa Samakhan adalah: Imam Bukhari harus keluar dari Samarkhan dan kampung-kampung sekitarnya. Padahal saat itu adalah malam Idul Fitri. Sayangnya, beliau disuruh untuk keluar "Sekarang" bukan setelah Idul Fitri.

Imam Bukhari takut membuat masalah kepada kerabat yang sudah memuliakannya. Ibrahim bin Ma'qil merapikan buku beliau di salah satu tunggangan beliau dan menyiapkan tunggangan lainnya untuk Imam Bukhari.

Ibrahim bin Ma'qil kembali ke rumah, barulah Imam Bukhari keluar dalam keadaan terpaksa. Keduanya berjalan menuju tunggangan.

Setelah 20 langkah, Imam Bukhari merasakan letih yang amat sangat. Beliau meminta Ibnu Ma'qil menunggunya sebentar untuk beristirahat.

Imam Bukhari duduk di tepi jalan kemudian tertidur. Beberapa minit setelahnya, ketika Ibnu Ma'qil ingin menbangunkan beliau, ternyata ruh beliau sudah diangkat ke sisi Allah.

Imam Bukhari wafat di tepi jalan pada malam Idul Fitri, 1 Syawal 256H. Dalam keadaan terusir dari satu kota ke kota lain di usia tuanya, 62 tahun. Beliau dimakamkan selepas zohor pada Hari Raya Idul Fitri.

Hari ini, tidak ada yang mengenali nama penguasa Naisabur, Bukhara, dan Samarkhan ketika itu. Tetapi semua kenal dengan Imam Bukhari.

Semoga Allah merahmati Imam Bukhari dan mengangkat darjatnya di syurga yang tinggi bersama para nabi, syuhada, dan orang-orang salih.

Beliau dikebumikan di Bukhari Mausoleum, Samarkand, Uzbekistan. Gambar oleh Safe Tourism.

Sumber: ๐Ÿ“”Siyar A'lam An-Nubala 12/468
via Muhammad Yusuf Rustam

Anda juga boleh dapatkan info di saluran telegram kami. Link di komen.

04/06/2024

InsyaAllah jam 11.30pagi selepas ni kt mulakan LIVE asas tajwid kt episod ke-2

02/06/2024

Assalamualaikum smua shabat n saudara maya sy. InsyaAllah malam ini, jam 9 mlm sy akan adakan LIVE brkenaan Pengajian Asas Tajwid.

07/05/2024

Ya Allah kau selamatkanlah umat Islam di bumi Palestin daripada kezaliman israhell laknatullah.

Amin ya rabb

06/05/2024

Assalamualaikum semua kenalan2 alam maya yang Allah kasihi.

Mohon sebarkan supaya sama2 kita mendapat manfaat di dunia dan akhirat, InsyaAllah.

Kini Pusat Pengajian Quran Com telah buka pendaftaran baru untuk kelas pengajian Al-Quran atau Iqra kepada golongan dewasa, serta untuk lelaki dan wanita.

Pusat pengajian ini terletak di dan . Untuk mendapat lokasi yang lebih tepat, sila pm di nombor telefon yang disediakan di bawah. Masa pengajian adalah flaksibal dan boleh d bincangkan untuk keselesaan pelajar.

Dari segi bayaran, adalah seikhlas hati. Kami hanya menyediakan tabung sahaja. Kaedah pembelajaran secara berkumpulan iaitu seramai 7 ke 8 orang untuk satu kumpulan.

Lelaki dan wanita akan d asingkan. Serta kelas pengajian Al-Quran dan Iqra juga akan d asingkan.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Ustaz Kazim di talian 017-4196100.



๐ŸŽŠ๐ŸŽŠnanti kan update terbaru dari Char Kuey Teow Al Ustaz coming soon๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰
04/04/2023

๐ŸŽŠ๐ŸŽŠnanti kan update terbaru dari Char Kuey Teow Al Ustaz coming soon๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰๐ŸŽ‰

Address

Kampung Bayam
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 16:00 - 12:00
Tuesday 16:00 - 12:00
Wednesday 16:00 - 12:00
Thursday 16:00 - 12:00
Friday 16:00 - 12:00
Sunday 16:00 - 12:00

Telephone

+60174196100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Char Kuey Teow Al Ustaz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Char Kuey Teow Al Ustaz:

Shortcuts

Share