D Tanjak Cafe & Restaurant

D Tanjak Cafe & Restaurant Tengah cari makanan ala-ala Krabi?⁉️Singgah di D’Tanjak Cafe & Restaurant‼️
🦐Shellout
🌶️Thai Food
🍔Western
🍛Masakan Panas. Turut tersedia Dewan Sri Tanjak

Nikmati taman bonsai,ruang berhawa dingin atau terbuka. kami menyediakan bilik VIP siap aircond

03/08/2026

Merdeka ‼️

🏆 Selamat Maju Jaya KEMAS Daerah Kuala Krai! ⚽Alhamdulillah, D’Tanjak Cafe & Restaurant berbesar hati menaja jamuan maka...
31/07/2026

🏆 Selamat Maju Jaya KEMAS Daerah Kuala Krai! ⚽

Alhamdulillah, D’Tanjak Cafe & Restaurant berbesar hati menaja jamuan makan petang untuk pelajar, guru dan penyelia KEMAS Daerah Kuala Krai yang menyertai Kejohanan Futsal Peringkat Daerah Kelantan di MRSM Panji.

Sumbangan ini sebagai tanda sokongan dan penghargaan atas jasa KEMAS dalam mendidik anak bangsa.

Semoga berjaya dalam pertandingan dan dipermudahkan segala urusan.

Ikhlas daripada,
❤️ D’Tanjak Cafe & Restaurant

30/07/2026

Desert Pulut Mangga menjadi pilihan foodies Thaifood

Restoran kami pengurusan mesra islamik
27/07/2026

Restoran kami pengurusan mesra islamik

D' Tanjak Cafe Tawar Shellout serendah RM38

Kota Bharu : Pada saat kos bahan mentah semakin meningkat, seorang peniaga di Kampung Peringat ini masih mampu menawarkan set menu makanan 'Shellout' atau makanan laut serendah RM38 sebagai usaha membantu masyarakat mendapatkan hidangan pada harga yang mampu milik.

Mohd Nor Hamdan atau lebih dikenali sebagai Pak Teh, yang sebelum ini mengusahakan kedai jual kereta, membuka restoran dikenali sebagai D Tanjak Cafe yang terletak di Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, Kampung Peringat, Ketereh, Kelantan sejak tahun 2021.

Peniaga itu berkata, restorannya yang beroperasi dari jam 11 pagi hingga jam 1 pagi pada setiap hari, menawarkan pelbagai pilihan menu selain 'Shellout' seperti masakan Thai, 'western' dan lain-lain.

Justeru, dia berkata tidak menumpu kepada keuntungan semata-mata, sebaliknya mahu memastikan semua lapisan masyarakat mampu menikmati makanan pada harga berpatutan

Tinjauan TVK di saluran Tiktok D Tanjak Cafe rata-rata pelanggan yang pernah berkunjung ke restoran itu memberikan komen yang positif dan memuji masakannya berkualiti serta sedap.

Antara menu pilihan ramai ialah, shellout original kari, shellout buttermilk, shellout 3 rasa, siakap thai, chicken chop, air special dan coconut shake.

Selain itu, Pak Teh yang mengusahakan restoran ini bersama 22 orang tenaga kerja berkata, D’Tanjak Cafe & Restaurant sentiasa berusaha menjadikan perniagaan bukan sekadar tempat mencari rezeki, malah sebagai medium untuk berkongsi manfaat kepada masyarakat melalui pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.

Menurut beliau, setiap pelanggan yang hadir bukan sahaja menikmati hidangan yang disediakan, malah secara tidak langsung turut menyokong usaha-usaha kebajikan yang dijalankan. Harapannya, setiap rezeki yang diperoleh membawa keberkatan, memberi manfaat kepada lebih ramai insan, serta menjadi saham kebaikan buat semua yang terlibat.

25/07/2026

sek awak jupo kedai makan sedap dekat area Kampung Peringat Kota Bharu nihh, ada menu western, masakan thai dan shellout sedap dooh, hok penting kedai dia vibes zaman² dulu awak weh, suasana best makan pun jadi dooh 😋🙌🏻🔥

Menu Pilihan:
✅ Couple Set Ori – RM38.00
✅ Set Tiram 6 pcs – RM29.00
✅ Miang Seafood Talam – RM95.00
✅ Miang Harimau Menangis – RM30.00
✅ Meatball Swedish Ala Tanjak – RM18.00

✅ ABC – RM6.50
✅ Coconut Shake (M) – RM7.90

Address

Lot 720 Jalan Pasir Puteh Kota Bharu, Kampung Peringat Melor , Kota Baharu
Kota Bharu
16400

Opening Hours

Monday 11:30 - 01:00
Tuesday 11:00 - 00:00
Wednesday 11:00 - 01:00
Thursday 11:30 - 01:00
Friday 11:30 - 01:00
Saturday 11:30 - 01:00
Sunday 11:30 - 01:00

Telephone

+601169346706

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D Tanjak Cafe & Restaurant posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category