18/03/2025
Alhamdulillah tiap tahun x menang tgn buat tempahan biskut coklat urai ni.
Saya Jual RM 18/30+-Pcs
Area Seremban,Rembau,Senawang,Sepang.
Resepi saya guna dari google sahaja
250 g butter/majerin
1 biji telur kuning
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung jagung
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanila
Hiasan
Coklat masakan
Coklat urai
Cara Memasak:
1
Kacau butter dan kuning telur – saya guna senduk je.,kacau sebati
2
Masukkan gula halus dan esen vanilla. Kacau lagi
3
Kemudian masukkan serbuk koko, tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tambah tepung kalau adunan lembik tapi jangan keras sangat. Sedang-sedang tak lekat di tangan. Uli sebati
4
Tekap adunan dan Bakar pada suhu 160°c selama 20 minit (ikut oven masing-masing)
5
Selepas biskut masak boleh lah hiaskan dengan coklat masakan yg dicairkan mnggunakan kaedah double boil atau microwave kemudian taburkan dengan coklat urai.
Semoga Bermanfaat
Kredit Empunya resepi
Terima Kasih
Semoga Murah Rezeki Selalu