22/04/2026
Alhamdulillah, setelah dua bulan bercuti, Warong Sejahtera kembali beroperasi seperti biasa bermula Isnin, 20/04/2026.
Sepanjang tiga hari operasi, kami amat bersyukur atas sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelanggan yang merindui menu Warong Sejahtera.
Namun, terdapat waktu puncak di mana kami tidak sempat menerima atau mengambil pesanan kerana jumlah pelanggan yang tinggi dan kapasiti kami yang terhad.
Sehubungan itu, kami memohon maaf kepada para pelanggan yang telah datang tetapi tidak sempat kami layani. Terima kasih atas sokongan dan kefahaman anda
Wallahu a'lam