14/05/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya owner kepada Kluang Western Cafe.
Saya buat video ini untuk menjawab dan memohon maaf secara terbuka berkaitan feedback yang sedang tersebar sekarang.
Pertama sekali, saya minta maaf atas pengalaman yang berlaku kepada customer tersebut. Saya tak akan menegakkan perkara yang memang salah dari pihak kami. Isu layanan staff, komunikasi dan keadaan peralatan memang sedang saya semak semula dan tindakan dalaman sedang dibuat.
Saya juga nak jelaskan satu perkara. Ramai tanya kenapa saya tak reply dekat Facebook atau dalam group yang tengah bincangkan isu ni. Sebenarnya saya sendiri dah lama tak aktif Facebook dan page kedai pun dah lama tak diurus oleh saya sendiri. Sebelum ni memang saya yang urus update page, tapi sekarang saya hanya aktif di TikTok. Sebab itu saya pilih untuk buat penjelasan dan permohonan maaf melalui platform ini.
Untuk reply satu persatu kepada semua kecaman atau komen di Facebook pun agak susah sebab kebanyakannya menggunakan akaun anonymous. Jadi saya rasa lebih baik saya bercakap terus secara terbuka melalui video ini supaya semua orang boleh dengar sendiri daripada pihak saya.
Tentang isu harga p**a, saya cuma nak jelaskan secara jujur bahawa menu terbaru kami sebenarnya ada beberapa harga yang lebih murah berbanding menu lama. Tapi saya faham, bila service tak memuaskan, customer akan rasa semuanya tidak berbaloi. Itu saya terima.
Dalam bisnes F&B, customer tak datang hanya untuk makan. Customer datang nak rasa dihargai, dilayan dengan baik dan makan dalam keadaan selesa. Bila benda itu gagal, maka kami yang perlu perbaiki.
Terima kasih kepada yang masih memberi teguran dengan cara baik. Saya ambil semua ini sebagai peringatan untuk perbaiki operasi, disiplin staff dan kualiti service di Kluang Western Cafe.