11/06/2026
Dari sebuah kantin kecil di Stesen Keretapi Kluang pada tahun 1938, ke Menara Sentral RAC di Kuala Lumpur.
Sebagai sebuah jenama yang lahir dan membesar di persekitaran stesen kereta api, pembukaan outlet ini membawa makna yang cukup istimewa buat kami. Perjalanan yang bermula di landasan kereta api Kluang kini membawa kami ke Menara RAC Sentral, lokasi yang menempatkan organisasi dan pihak-pihak yang memainkan peranan penting dalam pembangunan serta pengurusan pengangkutan dan aset rel negara.
Kami berbesar hati menerima kunjungan YB Tuan Anthony Loke, Menteri Pengangkutan Malaysia, sempena majlis perasmian outlet terbaru kami.
Kepada yang bekerja, tinggal atau berkunjung ke sekitar Brickfields dan KL Sentral, kami menantikan kunjungan anda untuk menikmati secawan kopi dan hidangan kegemaran Kluang RailCoffee!