Tepung Magik

Tepung Magik Direka khas untuk menggoreng cendawan. Kerangupannya kekal berjam-jam lamanya. Malah ia sesuai untuk menggoreng ayam juga.

Boleh digunakan dalam konsep celup tepung untuk udang, ikan, sotong, ketam, mentarang juga. Sayur-sayuran seperti bayam, terung, bendi, asparagus juga boleh digoreng dengan tepung magik ini.

KARIPAP CHEESE  SAUSAGE TMBahan kulit:225gm tepung gandum2 sdm TM80gm margerin70ml air @ secukupnyasedikit garam halusCa...
14/09/2018

KARIPAP CHEESE SAUSAGE TM

Bahan kulit:
225gm tepung gandum
2 sdm TM
80gm margerin
70ml air @ secukupnya
sedikit garam halus

Caranya:
1. Satukan tepung,TM dan margerin, gaul hingga rata .
2. Air dan garam disatukan, kacau hingga garam hancur.
3. Masukkan air dalam adunan dan gaul hingga lembut dan licin (saya guna mixer).
4. Pastikan masukkan air separuh2 . Jika dah ok, tak perlu habiskan. Jika adunan masih keras, boleh tambah sikit lg.
5. Ambil sedikit adunan, bulat2kan kemudian digelek nipis. Letak inti secukupnya, tutup dan kelim ditepinya.
6 . Goreng hingga keemasan dan sedap dimakan panas2....cheese meleleh2!

Bahan inti:
2 biji kentang ~ direbus dan dilecek halus
1 sdm TM
sedikit daun sup
lada sulah secukupnya
mayonis secukupnya
susu cair secukupnya
sausage secukupnya ~ direbus dan dipotong2
cheese cheddar secukupnya ~ dipotong2 ikut citarasa
Sedikit garam

Caranya:
1. Kentang yg dah dilecek, gaulkan bersama lada sulah, daun sup, mayonis, dan susu cair. Masukkan susu cair sikit2, kalau adunan dh lembut dan tak kering sangat.
2. Sausage boleh digantikan dgn jejari ketam jika s**a ataupun campur keduanya sekali lagi sedap.
3. Cheese tu.....kalau s**a banyak, boleh potong 2 @ 3....kalau takut muak, potong kecil je.
4. Dah siap semuanya, bolehlah dimasukkan dalam karipap.
5. Kalau tak nak letak kentang, letak cheese dgn sausage je pun boleh....tp bagi saya, letak kentang lg sedap, tak muak sangat!!!.
6. Yg pasti.......karipap cheese mmng sedap!

selamat mencuba



.wasap.my

Mongolian Beef TMBahan-bahan :500 gram daging¼ cawan TM-Tepung Magik¼ minyak masak1 sudu halia yg ditumbuk1 sudu teh baw...
12/09/2018

Mongolian Beef TM

Bahan-bahan :

500 gram daging
¼ cawan TM-Tepung Magik
¼ minyak masak
1 sudu halia yg ditumbuk
1 sudu teh bawang putih yg ditumbuk
1/3 cawan kicap-low sodium
1/3 cawan air
½ cawan brown sugar
4 batang daun bawang..potong 2 inci ajer ..yg putih tak mo

Cara Memasak:

Potong nipis2 daging dan campur kan dengan TM
perap 10 ke 15 minit

panaskan kuali
api sederhana
Masukkan daging, masak dalam 2 ke 3 minit sahaja
Pastikan setiap bahagian daging masak-atau kena api
Pastu asingkan daging

Masukkan minyak
tumis halia dan bawang putih – 10 ke 15 saat
Masuk kicap, air dan brown sugar..biar sampai mendidih
masukkan daging tadi dan biarkan kah memekat dalam 20 ke 30 saat
Pastu masukkan daun bawang
kacau dalam 20 ke 30 saat

Terus hidang

06/09/2018

APAM ROSE🌹 versi farwizz signature.  Bahan-bahan:Tepung gandum 2cwn.         Susu 4 sudu besar.                Gula 1cwn...
06/09/2018

APAM ROSE🌹 versi farwizz signature.

Bahan-bahan:

Tepung gandum 2cwn.
Susu 4 sudu besar.
Gula 1cwn.
Ovelet 1sudu besar.
Telur 4biji.
Esen vanila 1sudu kecil.
TM 1susu besar.

Caranya.
Pukul telur ,gula ,ovelet sampai kembang, mas**an esen vanila,susu tepung dan TM.pukul lagi sampai sebati. Lps tu panas kan kukusan. Masukkan adunan dlm bekas bunga ros🌹.
selamat mencuba.

Bihun Dilanggar Todak(Cg. Milah Cikgu BM)_Bahan-Bahan:_½ bungkus bihun(direndam hingga lembut & tos)2 ulas bawang putih(...
04/09/2018

Bihun Dilanggar Todak
(Cg. Milah Cikgu BM)

_Bahan-Bahan:_
½ bungkus bihun(direndam hingga lembut & tos)
2 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
1 ulas bawang merah(ditumbuk halus)
1 sudu udang kering(ditumbuk halus)
1 cawan udang basah
1 keping dada ayam(dihiris nipis)
1 sudu kecil lada hitam(di tumbuk)
1 sudu kecil TM
1 cawan taugeh
½ batang lobak merah(di parut kasar)
Garam secukup rasa
3 sudu sos tiram
2 biji telur
Minyak secukupnya

_Cara Memasak:_
Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi. Tabur TM bila minyak pecah.

Masukkan udang dan ayam. Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.

Masukkan lada hitam, sos tiram dan sedikit garam. Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan lobak merah.

Gaul sebati hingga masak. Akhir sekali masukkan telur hancur, gaul sehingga rata.

Tutup api, angkat dan hidangkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, dan cili merah.

Kari Sotong ApolloBahan-bahan- 9 ekor sotong potong bulat2- 🍯Planta 1 senduk- Rempah kari Udang & Ikan 2 sudu makan- Ser...
04/09/2018

Kari Sotong Apollo

Bahan-bahan

- 9 ekor sotong potong bulat2
- 🍯Planta 1 senduk
- Rempah kari Udang & Ikan 2 sudu makan
- Serbuk Cili 1 sudu
- TM 2 sudu➕1 cawan air
- Santan pekat 1 cawan
- Bendi 9 batang
- Tomato 1 biji(potong 4)
- Pati Asam Jawa 1 sudu makan

Bahan Blender

- 4 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 1 inci halia

Bahan Rempah Tumis

🍳kayu manis(sebtg je)
🍳bunga lawang(sekuntum je)
🍳buah pelaga(3 je)
🍳daun kari(setangkai)

Cara Masak

Panaskan minyak di dalam periuk.Masukkan bahan rempah tumis dan diikuti bahan blender. Masak sehingga kekuningan dan naik bau.

Masukkan rempah dan serbuk cili dan kacau sehingga warna rempah menjadi sedikit gelap dan pecah minyak. Tambah sedikit air jika rempah terlalu kering supaya tidak hangus.

Masukkan sotong, pati asam jawa dan kacau beberapa minit.Masukkan TM dan masak sehingga mendidih.

Masukkan p**a santan pekat, bendi dan tomato. Apa2 serbuk perasa macam tak payah je. Tapi kalau jenis s**a masin, tambah la garam sikit.

Apabila mendidih, angkat dan hidangkan.

30/08/2018

Bihun Dilanggar Todak
(Cg. Milah Cikgu BM)

Bahan-Bahan:

½ bungkus bihun(direndam hingga lembut & tos)
2 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
1 ulas bawang merah(ditumbuk halus)
1 sudu udang kering(ditumbuk halus)
1 cawan udang basah
1 keping dada ayam(dihiris nipis)
1 sudu kecil lada hitam(di tumbuk)
1 sudu kecil TM
1 cawan taugeh
½ batang lobak merah(di parut kasar)
Garam secukup rasa
3 sudu sos tiram
2 biji telur
Minyak secukupnya

Cara Memasak:

Panaskan sedikit minyak, masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan udang kering yang telah ditumbuk hingga wangi. Tabur TM bila minyak pecah.

Masukkan udang dan ayam. Goreng sebentar, kalau perlu masukkan sedikit air.

Masukkan lada hitam, sos tiram dan sedikit garam. Kemudian masukkan mee hoon, taugeh dan lobak merah.

Gaul sebati hingga masak. Akhir sekali masukkan telur hancur, gaul sehingga rata.

Tutup api, angkat dan hidangkan dengan bawang goreng, hirisan daun bawang, dan cili merah.

KUAH PECAL CIKGU MILAH(Jawa Sabak Bernam)Sayur yang di gunakan:Pucuk UbiPucuk PakuKangkungPaku RawanNangka mudaJantung p...
30/08/2018

KUAH PECAL CIKGU MILAH
(Jawa Sabak Bernam)

Sayur yang di gunakan:

Pucuk Ubi
Pucuk Paku
Kangkung
Paku Rawan
Nangka muda
Jantung pisang
Taugeh

Cara Menyediakan:

Sediakan besen berisi air + ais untuk merendam sayur yang di celur bagi mengelakkan sayur menjadi layu selepas dicelur ( over cooking)

Celur semua sayur dan toskan supaya kering. Tauhu di goreng. Timun dipotong.

Cara Buat Kuah Pecal:

500gm kacang tanah India
10biji bawang kecil ros
5biji bawang putih
1/2inch belacan
3 cawan air
2 sudu tepung magik
2 sudu asam jawa
1 keping gula kabung

Cara Menyediakan:

Goreng kacang tanah dengan sedikit minyak sehingga perang dan ketepikan. Kemudian goreng bawang ros dan bawang putih dengan minyak lebihan kacang tadi sehingga perang dan ketepikan. Goreng belacan sehingga garing ketepikan. Goreng cili kering sehingga garing ketepikan. Blender bahan satu persatu dengan 3’cawan air dan kemudian satukan di dalam kuali yang di gunakan tadi. Asam jawa di ramas bersama air tadi kemudian di mas**an ke dalam kuali.

Makan ngan nasik panas2 sedap niDaging bulgogiBahan-bahan:- 500g daging btg pinang- 1 sudu besar gula perang- 2 ulas baw...
28/08/2018

Makan ngan nasik panas2 sedap ni

Daging bulgogi

Bahan-bahan:

- 500g daging btg pinang
- 1 sudu besar gula perang
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 inci halia (dikisar)
- 1 sudu kecil garam
-1 sudu besar tm
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu besar kicap masin
- 1/2 biji bawang kuning (dihiris)
- Bijan
- Daun bawang

Cara-cara:

1. Di dalam mangkuk, masukkan daging btg pinang, gula perang, bawang putih, halia kisar, garam, tm,lada hitam, kicap masin dan bawang kuning. Perapkan semalaman.
2. Panaskan kuali. Kemudian, masukkan daging yang sudah diperap.
3. Masak hingga kuahnya menjadi pekat.
4. Taburkan bijan dan daun bawang.

selamat mencuba😁

RESEPI CUCUR UDANG500gm tepung gandum 250gm taugeh150gm daun bawang - potong kecil150gm bawang besar - slice 1 sudu teh ...
27/08/2018

RESEPI CUCUR UDANG

500gm tepung gandum
250gm taugeh
150gm daun bawang - potong kecil
150gm bawang besar - slice
1 sudu teh garam. 2 sudu besar tm
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 biji telor

Udang - buang kulit

Lobak merah - optional
Cili merah - optional

Cara cara:
1. Campurkan semua bahan bahan bersama air sedikit demi sedikit sehinga sebati

2. Biarkan batter selama 30 minit sebelum menggoreng

Nota:
1. Goreng dengan api perlahan supaya garing di luar dan lembut di dalam

Daging Black Pepper TMBahan-bahannya1/3 kilo daging(dipotong nipis dan dibasuh dan ditoskan)1 sudu teh lada hitam(ditumb...
27/08/2018

Daging Black Pepper TM

Bahan-bahannya
1/3 kilo daging(dipotong nipis dan dibasuh dan ditoskan)
1 sudu teh lada hitam(ditumbuk)
3 biji bawang merah(kisar)
2 ulas bawang putih(kisar)
Sedikit halia(kisar)
Garam dan sedikit gula
Sedikit cuka
1sudu makan TM

Gaulkan semua bahan pada daging dan perap seketika

Bahan tumis
Seinci halia(mayang halus)
Selabu bawang besar(potong bulat)
Sebiji biji lada benggala(potong)
Sedikit carrot(potong memanjang)
1 atau 2 sudu teh lada hitam(tumbuk)
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
1 TM dibancuh dengan air
Minyak untuk masak daging

Panaskan minyak dan tumis halia dan masukkan daging.Kalau nampak kering berminyak kena tambah air.
Pastikan goreng sampai daging empuk.
Masukkan lada hitam. sos tiram dan kicap.
Masukkan lada benggala dan bawang besar.
Akhir sekali masukkan bancuhan TM. Siap untuk dihidangkan.

Address

No 10, Jalan Sungai Keramat 1c, Taman Klang Utama
Klang
42100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tepung Magik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share