Anis Coffee Klang Sentral

Anis Coffee Klang Sentral anis coffee Anda peminat coffee, mocha, cuppucino, chocolate dan green tea? Jom singgah Anis Coffee Klang Sentra (Berada di dalam Malindo Cafe)..

Bersebelahan dengan Ramly Burger Klang Sentral.

Buat peminat anis coffee kawasan Klang Sentral yang disayangi..Kami mohon maaf kerana terpaksa menutup operasi di kedai ...
13/05/2017

Buat peminat anis coffee kawasan Klang Sentral yang disayangi..
Kami mohon maaf kerana terpaksa menutup operasi di kedai buat sementara waktu.
Kami sedang mencari lokasi yang lebih sesuai.
Buat masa ini kami beroperasi di rumah (delivery service) dengan minimum order.
Kepada yang berminat berniaga anis coffee botol (3 flavour iaitu coffee, chocolate dan green tea)
boleh whatsapp saya Eda 019-2936976.

15/01/2017
"Senyuman security guard membuatkan saya memberikan anis coffee botol percuma"Petang itu saya menjemput anak balik taska...
23/12/2016

"Senyuman security guard membuatkan saya memberikan anis coffee botol percuma"

Petang itu saya menjemput anak balik taska. Saya terdengar kebaikan memberi makanan dan minuman kepada orang miskin.
Banyak kebaikan antaranya melembutkan hati dan mensucikan jiwa.
Dalam hidup ini, sebenarnya yang paling bermakna bila Allah melembutkan hati agar kita berakhlak mulia.
Berakhlak mulia besar nilainya di sisi Allah. Pandangan Allah terhadap diri lebih diutamakan.

Tanpa saya sedari air mata bergenang. Saya berdoa semoga Allah melembutkan hati saya di atas jalan-Nya.
Kebetulan saya baru ambil 1 botol anis coffee dari shell kapar yang dijangka expired esok hari.

Pada awalnya saya bercadang untuk minum bersama anak-anak. Maklumlah anak-anak memang meminati anis coffee. Kesedapan dan nikmat merasai anis coffee sememangnya tak terkata. Subbahanallah memang sedap.

Tiba-tiba saya tak jadi nak minum, saya ternampak security guard yang menjaga pintu pagar taman tempat di mana saya menghantar anak. Saya menyedari security guard itu sentiasa tersenyum.

Boleh di katakan hari-hari saya melihat security guard itu tersenyum. Seorang lelaki yang agak berumur. Dari jauh saya dapat melihat kepalanya yang beruban. Namun saya memandangnya penuh hormat walaupun dia hanya seorang security guard.

Dalam hati saya memujinya, "Baguslah pak guard ni, senyum aje."

Kemudian saya memberhentikan kereta menghampiri pondok security guard lalu melambainya untuk datang dekat kepada saya.
Saya berkata, "Pakcik, air ni untuk pakcik".
Kemudian dia bersungguh mengucapkan terima kasih kepada saya, "Terima kasih nak". Dia semakin tersenyum.

Dia seperti tidak menyangka ada orang memberikan air botol sejuk yang sesuai diminum sewaktu cuaca yang agak panas ketika itu.

Akhlak pak guard itu membuatkan saya sebak. Saya gembira sangat dapat memberikan air anis coffee botol kepadanya.
Apa entah lagi air yang saya berikan itu saya sendiri meminatinya. Saya gembira dapat melakukan kebaikan sehingga air mata saya bergenang.

Anak saya yang umur 4 tahun bertanya, "Kenapa mumy bagi pakcik tu air?"
Saya menjawab, "Kita perlu melakukan kebaikan seperti memberi orang miskin minum. Allah sayang orang yang sentiasa melakukan kebaikan"
Anak saya menjawab, "Oo.. ingat nak minum anis coffee tu."
Saya menjawab, "Lain kali kita minum ye."
Anak saya terlihat air mata saya yang jatuh ke p**i, membuatkan dia terdiam.

Satu hari saya mendapati security guard itu tidak lagi bekerja di situ. Saya terasa kehilangan. Kehilangan melihat akhlaknya yang sentiasa tersenyum. Sungguh satu kebaikan yang kecil di lihat sangat besar apabila kita kehilangannya.

Saya spontan menangis kerana menyedari senyuman itu satu sedekah. Senyuman security guard tu satu sedekah buat saya! Senyuman itu sedekah yang mudah dilakukan tanpa perlu mengeluarkan tenaga. Hanya menarik sedikit wajah dan bibir sehingga mencipta sebuah senyuman yang indah yang ikhlas dari hati seseorang.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

‎تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

‎“Senyummu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah.” (HR. Tirmidzi 1956, ia berkata: “Hasan ‎gharib”. Dishahihkan oleh Al Albani dalam Shahih At Targhib)

Sumber hadis: https://muslimah.or.id/7165-sedekah-tak-sekedar-rupiah.html



Misi memilih perniagaan (Sambungan Episod 1)❝Betul ke pilihan ini?❞ 😕Setelah beberapa kali menunaikan solat istikharah, ...
09/11/2016

Misi memilih perniagaan (Sambungan Episod 1)

❝Betul ke pilihan ini?❞ 😕

Setelah beberapa kali menunaikan solat istikharah, hatiku seakan kuat untuk meneruskan perniagaan anis coffee. Setelah mendapat call dari pihak anis coffee bahawa permohonan kami untuk menjadi rakan niaga berjaya, hatiku semakin yakin.

Namun aku sangat berharap Allah meredhai pilihan yang aku buat. Sudah beberapa kali aku menangguhkan penulisan buku 📓 Buku itu menjadi misi dakwah melalui penulisan buku. Besar cita-citaku demi agama.

Di saat aku membaca kisah Rasulullah, air mataku sering mengalir melihat kesabarannya dalam perjuangan 😢

Aku berharap masih dapat melakukan kebaikan walau hanya dilihat sebagai seorang penjual minuman ☕

Di atas tikar sejadah. Aku meluahkan segala isi hati kepada Yang Maha Mendengar. Lalu aku membuka terjemahan al-Quran. Air mata berderu mengalir membasahi p**i di saat menghayati Kalam Allah itu 😭. Kalam Allah itu sentiasa menemaniku di saat aku memerlukan kata-kata semangat 💪

[Nota: ketika itu aku membaca surah al-Qasas ayat 22-28]

Firman Allah:
‘Dan ketika dia menuju ke arah negeri Madyan, dia berdoa lagi, “Mudah-mudahan Tuhanku memimpin aku ke jalan yang benar.” ' [Al-Qasas : 22]

Bagai di ajarkan kepadaku apa yang perlu aku ungkapkan saat itu. Saat aku masih berteka-teki dengan pilihan yang aku buat. Aku berterusan berdoa dengan mengulangi ayat di atas dengan linangan air mata sehingga menitis pada helaian terjemahan al-Quran yang aku pegang.

Aku cepat-cepat mengambil tisu dan mengelap air mata yang mengenai terjemahan al-Quran itu.

Kehidupan ini sangat bererti di saat aku dipimpin untuk menuju jalan yang benar. Bagaikan anak kecil yang tersesat jalan mencari-cari arah tujuan, tiba-tiba si ibu terjumpa anaknya lantas memimpin tangannya. Pasti si anak kecil mulai lega apabila tangannya dipegang lalu dipimpin ibunya bukan?

Begitulah perasaanku. Mengharapkan pimpinan dari Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Pemberi Petunjuk.
Aku terus membaca terjemahan al-Quran itu. Air mata semakin laju mengalir membaca ayat 24.

Firman Allah:
“…kemudian dia kembali ke tempat yang teduh lalu berdoa, “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan (makanan) yang Engkau turunkan kepadaku.” [Al-Qasas : 24]

Aku berulang-kali membaca doa di atas. Air mata terus bergenang. Kalam Allah itu seakan tahu apa yang aku perlukan saat itu. Mencari-cari kebaikan dalam mencari rezeki.
Aku terus membaca sehingga ayat ke 28 (surah al-Qasas). Menghayati kisah Nabi Musa pada ayat seterusnya yang banyak memberi pengajaran buat diriku.

Nantikan episod seterusnya bagaimana al-Quran menjawab persoalanku dalam Misi mencari tempat dan lokasi perniagaan❓


Misi memilih perniagaan (Episod 1)Setelah suami diberhentikan kerja, aku dan suami terfikir mahu berniaga. Suami hanya d...
03/11/2016

Misi memilih perniagaan (Episod 1)

Setelah suami diberhentikan kerja, aku dan suami terfikir mahu berniaga. Suami hanya dapat 3 bulan gaji sebagai pampasan.
“Nak berniaga apa ye?”, hati kecilku berkata.

Aku mula berfikir sedang aku duduk di sofa ruang tamu rumahku. Aku mula membelek-belek handphone tercari sesuatu. Tiba-tiba ternampak iklan ‘Business Preview Anis Coffee’. Anis Coffee kini memiliki lebih dari 30 cawangan di seluruh Malaysia. Hatiku seakan berminat menjadi rakan niaga Anis Coffee.

“Ya Allah, engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buatku dan suami”, hatiku berkata lagi.

Aku teringat firman Allah:
“Boleh jadi kamu bencikan sesuatu, padahal ia baik bagimu, dan boleh jadi kamu sukakan sesuatu, tetapi ia tidak baik buatmu. Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
[Al-Baqarah : 216]

Aku lalu menunaikan solat istikharah. Selesai solat, aku membaca doa solat istikharah.

Kata Jabir Bin Abdullah r.a, “Rasulullah SAW mengajar kami beristikharah dalam semua pekerjaan seperti baginda mengajar kami satu surah dalam al-Quran, sabdanya, ‘Apabila seseorang kamu mempunyai rancangan untuk melakukan sesuatu hendaklah dia melakukan solat sunat dua rakaat, kemudian bacalah doa ini (yang bermaksud):
“Ya Allah, aku memohon petunjuk-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon ketentuan-Mu dengan kekuasaan-Mu dan aku memohon limpah kurniaan-Mu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa, sedang aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkau Maha Mengetahui segala perkara ghaib. Ya Allah, seandaainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan…) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatkanlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku cepat atau lambat, maka jauhkanlah ia daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhakanlah aku terhadapnya.” [Al-Bukhari 7/162]

Tidak akan menyesal sesiapa yang bertanya Penciptanya dan berbincang dengan orang-orang mukmin kemudian berhati-hati menangani persoalannya.’”

Allah berfirman:
“Dan berbincanglah dengan mereka (para sahabat) dalam urusan itu (peperangan, ekonomi, politik). Dan apabila kamu telah membulatkan tekad, bertawakallah kepada Allah” [Ali ‘Imran : 159]

Sungguh indah doa yang diajarkan Rasulullah SAW di atas. Air mataku pantas mengalir menghayati setiap ayat. Sungguh aku menyedari yang aku sememangnya tidak punya kuasa dan tidak mengetahui. Aku mengharap limpah kurnia Allah dan memberikan kebaikan buatku dalam apa jua keadaan. Semoga aku redha menerima ketentuan Allah.

Apakah petunjuk yang aku dapat? Bagaimanakah al-Quran menjawab persoalanku? Nantikan sambungannya…

Hot Cup Serve Here..
18/10/2016

Hot Cup Serve Here..

Anis Coffee Klang Sentral beroperasi di dalam Malindo Cafe.  https://youtu.be/_B-FKsmkVjY
19/09/2016

Anis Coffee Klang Sentral beroperasi di dalam Malindo Cafe.




https://youtu.be/_B-FKsmkVjY

Lokasi : No.7-G, Jalan Klang Sentral 10/KU5 Klang Selangor. (Bersebelahan Ramly Burger Klang Sentral Outlet)-- Created using PowToon -- Free sign up at http:...

Anis coffee Klang Sentral bakal menyediakan coffee dan chocolate panas (Selain dari yang sejuk).
15/09/2016

Anis coffee Klang Sentral bakal menyediakan coffee dan chocolate panas (Selain dari yang sejuk).

Anis Coffee Klang Sentral akan beroperasi semula pada 19 September 2016 (Isnin).Kami berada di dalam Malindo Cafe.
15/09/2016

Anis Coffee Klang Sentral akan beroperasi semula pada
19 September 2016 (Isnin).

Kami berada di dalam Malindo Cafe.


Anis Coffee Klang Sentral akan beroperasi semula pada 15 September 2016.Kami berada di dalam Malindo Cafe.   https://you...
09/09/2016

Anis Coffee Klang Sentral akan beroperasi semula pada 15 September 2016.
Kami berada di dalam Malindo Cafe.





https://youtu.be/8QPbn-2R8KY

Lokasi : No.7-G, Jalan Klang Sentral 10/KU5 Klang Selangor. (Bersebelahan Ramly Burger Klang Sentral Outlet)-- Created using PowToon -- Free sign up at http:...

Address

Klang
41050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anis Coffee Klang Sentral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category