27/09/2025
Berbeza rasanya tengok brand lain dekat bangunan kesayangan kami . Rindu betul Hanan Cafe, tapi Masyallah rasa happy tengok bangunan ni kembali bercahaya dengan macam2 menu best sedap pelbagai jenis!
Minggu ni first day ‘Docduck BakeHouse’ beroperasi. Mestilah kami nak jadi customer terawal. Lepas maghrib singgah , dessert and cake dia mmg pro baker ni. Carbonara dia pon marveles. Lempeng kelapa pon ex chef HANAN_cafe approved! Cukup rasa . Air coffee dia pon mmg layan…
So dengan ini saya nak mengajak semua warga Meru , Setia Alam dan seantero dunia untuk cepat2 jejak ke cafe baru (lokasi sama dengan Hanan Cafe)!
Jom kita support new tenant business owner ni 💕Insyallah asbab kita bantu kongsi rezeki ni pasti yg baik2 berbalik kepada kalian.
Share tau!