09/04/2024
Alhamdulillah, Syawal 2024 yang bermakna buat kami semua. Kami Seluruh Warga Arabkitchen mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AIdilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua umat Islam di Seluruh Dunia ❤️
AR AB GROUP SDN. BHD., RAKAN RASMI KDA FC MUSIM 2024-25
KDA FC dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Rakan Rasmi Sang Kenari, AR AB Group Sdn. Bhd. untuk musim 2024/25 dengan penajaan bernilai RM100,000.00 meliputi slot Penaja Utama Jersi Pra-Musim 2024/25 dan pelbagai aktiviti bersama KDA FC sepanjang musim ini. Antaranya penjualan merchandise usahasama antara KDA FC x ARAB STREET, diskaun buat ahli Kepak Kenari di ARAB KITCHEN / ARAB STEAKHOUSE dan beberapa lagi program dałam peringkat perbincangan kedua-dua pihak.
AR AB Group Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan dibawah beberapa jenama, antaranya, ARAB STREET yang menawarkan produk bundle, preloved dan vintage di Jalan Sultan Badlishah (tapak Kedah Shopping Center dahulu) dan ARAB KITCHEN & ARAB STEAKHOUSE, restoran makanan dan minuman atau berkonsepkan ‘shellout’ terkenal di Kedah beroperasi di Kepala Batas, Pendang, Sungai Petani, Kulim dan Kangar, Perlis.
Jersi Pra-Musim 2024/25 Sang Kenari edisi terhad akan dilancarkan selepas Hari Raya nanti dan akan dibuka untuk tempahan kepada peminat sebagai koleksi barangan cenderahati KDA FC.
Seiring dengan usaha menarik ramai lagi usahawan dari Kedah untuk bekerjasama dengan KDA FC, kesudian pihak AR AB Group Sdn. Bhd. amatlah dihargai, menyuntik sokongan dan motivasi kepada pihak pengurusan untuk terus mencipta ekosistem perniagaan sihat bersama syarikat tempatan. Kepercayaan yang dizahirkan menterjemah sokongan semua pihak berkepentingan tanpa had amaun tertentu di Kedah mampu membantu ekosistem penajaan bola sepak bersama KDA FC.
Ingat ARAB, anda sentiasa keluarga Sang Kenari!
Arab Kitchen Alor Setar Arab Street Alor Setar