Resepi Ibu Kitchen

Resepi Ibu Kitchen Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Resepi Ibu Kitchen, Restaurant, Kepala Batas.

07/09/2021
"KARIPAP RANGUP BY MARIANA ZAINAL"Resipinya6 cawan membukit tepung gandum cap kunci3 sudu besar membukit tepung beras5 s...
11/06/2021

"KARIPAP RANGUP BY MARIANA ZAINAL"

Resipinya
6 cawan membukit tepung gandum cap kunci
3 sudu besar membukit tepung beras
5 sdb marjerin
4 sdb minyak masak
1 1/2 cawan air sejuk dari peti sejuk(jika kurang boleh tambah)
1 sudu teh gula

Caranya
Satukan tepung gandum,tepung beras dan gula dalam besen..
Satukan marjerin dan minyak masak..panaskan hingga berbuih2 dan tuang ke dalam besen yang berisi tepung..gaul perlahan2 hingga jadi macam serbuk..
Masukkan air dan uli tepung hingga lembut..
Bila tepung dah lembut..bulat2kan jadi bebola yang agak kecil..kemudian peram dalam bekas bertutup selama 10 minit-15minit .
Bolehlah buat karipap seperti biasa..(jika ada mesin mee lagi cepat)
Karipap yang dah siap letak inti bolehlah dibakar selama 10 minit suhu 160*-170*jika nak frozenkan..(biarkan sejuk dan frozenkan seperti biasa)

Inti karipap
8-10 biji kentang(potong dadu)
Isi ayam(jangan potong kecil sangat..nanti x berasa ayamnya)
1 biji bawang besar(hiris)
3 ulas bawang putih(hiris)
Daun sup(hiris)
1-2 sudu besar gula
1 sdt garam
Sedikit bahan perasa
2 peket kecil serbuk kari daging(bancuh dengan sedikit air
3 cawan air
2 senduk minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan minyak..tumis bahan hiris hingga layu..
Masukkan serbuk kari,gula,garam dan bahan perasa..masak hingga betul2 naik minyak dan garing..masukkan kentang dan air..
Apabila kentang dah mula lembut..masukkan isi ayam..kacau hingga kentang lembut dan kering(guna api sederhana dan kacau selalu)
Sesuaikan rasa..tabur daun sup..tutup api dan biarkan sejuk..siap..

SILAKAN SHARE..

Credit :Mariana Zainal

Nasi Minyak SimpleBahan untuk Nasi:-4 pot beras-2 sudu marjerin-2 sudu minyak sapi-4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga ...
11/06/2021

Nasi Minyak Simple
Bahan untuk Nasi:
-4 pot beras
-2 sudu marjerin
-2 sudu minyak sapi
-4 sekawan (kayu manis, pelaga, bunga cengkih & bunga lawang)
-5 biji bawang kecil
-4 ulas bawang putih
-1 inch halia
-1 cawan susu cair
-1 sudu serbuk pati ayam knorr
-garam secukup rasa
-pewarna kuning
-air secukupnya
Cara:
-hiris bawang2 & halia. Panaskan marjerin & minyak sapi.
-tumis 4 sekawan. Masukkan bahan hiris dan kacau smpai garing.
-masukkn beras yg dah dibasuh & ditoskan. Kacau rata.
-masukkan susu cair, perwarna kuning, air secukupnya & garam. Kacau rata.
-tutup periuk. Kecilkan api. Biar sampai nasi masak. Kacau sesekali untuk nasi masak sekata. Tutup api bila nasi dah masak.
Ayam Masak Merah
Bahan:
-1 ekor ayam (potong dan bersihkan, perap garam & kunyit, goreng hingga garing)
-7 biji bawang besar
-4 ulas bawang putih
-segenggam lada kering (rendam)
-sos cili & sos tomato secukup rasa
-garam, gula & pes asam jawa secukup rasa
-sedikit air
-minyak goreng ayam tadi
Cara:
-blend 5 biji bawang besar (lagi 2 biji hiris bulat), bawang putih & cili kering dgn sedikit air sampai lumat.
-panaskan minyak. Tumis bhn blend sampai garing.
-masukkan sos sos, perasakn garam, gula & pes asam jawa. Tambh air utk bg kuah sikit.
-kacau rata. Bila semua dah masak dan sebati, masukkan ayam goreng & bawang hiris bulat. Kacau sampai semua rata. Tutup api.
Acar Timun
Bahan:
-1 biji timun (hiris bulat)
-3 biji cili api (hiris)
-2 bawang besar (hiris)
-garam, gula & cuka secukup rasa
Cara:
-gaul semua bahan secukup rasa hingga sebati.
-done.
kredit: ‎Nur Fakhira Mohd Rosli‎

27/05/2021
💖Resepi Daging Masak Hitam (Memang Gerenti Terangkat!)💖Bahan Bahan:1 kg daging – di potong saiz rendang basuh dengan tep...
17/04/2021

💖Resepi Daging Masak Hitam (Memang Gerenti Terangkat!)💖

Bahan Bahan:

1 kg daging – di potong saiz rendang basuh dengan tepung gandum
Sedikit minyak masak untuk tumis
Bahan Kisar
5- 10 batang serai ikut s**a
15 tangkai cili kering – boleh tambah jika s**a pedas
Sejengkal halia – 4 ke 5 inci
5-6 biji bawang besar / bawang besar kuning
5 biji buah keras untuk rasa lemak
1 labu bawang putih

Bahan Perasa:

1/2 botol kecil kicap pekat Jalen warna merah / kicap kipas udang merah
2 sb Gula pasir
5 sb Gula merah masak dgn air sikit tapis buh dalam daging/ gula melaka
3 sudu besar air asam jawa
Sedikit garam
Bawang besar mayang – hiasan

Cara cara Memasak:

Panaskan minyak
Kemudian masukkan bahan kisar dan daging yg di potong tadi. Biarkan masak sehingga daging lembut dan pecah minyak.

Akhir sekali masukkan air asam jawa dan gula, air gula merah serta garam, perasakan ikut rasa. Masak sehingga kuah agak pekat bersalut. Jika s**a, masukkan sekali bawang besar hiris sebagai hiasan
Bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan.

Nota 1 : (Tips nak cepat empuk masukkan garfu dalam bahan masak tadi) tutup periuk masak api sederhana kacau sesekali sehingga daging empuk/lembut

14/04/2021
Resipi Kek Sarang Semut BeronggaBahan-Bahan:3 Biji telur1 sudu kecil Esen VanilaSetengah cawan susu pekat manis125gram M...
15/02/2021

Resipi Kek Sarang Semut Berongga

Bahan-Bahan:
3 Biji telur
1 sudu kecil Esen Vanila
Setengah cawan susu pekat manis
125gram Mentega (cairkan)
1 cawan gula
1 cawan Air Panas
1 cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bikarbonat

Cara Membuat:

1. CARAMEL
Gula secawan - hanguskan jangan sampai hangit nanti pahit.. Dah jadi caramel tuang air panas secawan.. Kacau sebati.. Suamkan ketepikan.

2. Cairkan mentega 125g.Ketepikan

3. Ayak tepung dengan soda bikarbonat.Ketepikan

4. Ambil besen yang kering dan bersih..Pecahkan 3 biji telur.. Kacau-kacau sahaja guna whisk.. Kemudian masukkan esen vanila.. Masukkan setengah cawan susu pekat.. Kacau lagi bagi sebati.
5.Tuangkan mentega cair tadi dalam adunan.. Whisk kan.. 6.Kemudian masukkan tepung gandum dan Soda Bikarbonat.
Kemudian masukkan gula hangus tadi.. Kacau sampai takda ketulan tepung...
Bakar api bawah dahulu 25minit suhu 140
Kemudian tukar api atas bawah 25minit suhu 170

SELAMAT MENCUBA!

kredit resepi :ummydarwisha Mansor

sagu gula Melaka 1 adunan 2 versi..nk mkn dgn sos kastard atau pun dgn kelapa.cikza bgi resepi sekali.3 cwan sagu direbu...
03/02/2021

sagu gula Melaka 1 adunan 2 versi..nk mkn dgn sos kastard atau pun dgn kelapa.
cikza bgi resepi sekali.

3 cwan sagu direbus separuh masak dn di lalu bwah air mengalir untuk buang kanji ketepikan.
dlm periuk masukkan 3 keping nise atau pun gula Melaka sedikit gula pasir,air dan daun pandan disimpul.air dlm 1 litter.dh menggelegak masukkan sagu tdi kacau sampai masak dh x ada yg biji putih2.angkat dn boleh lah masukkan kedlm loyang.betul2 sejuk bru potong..

sos kastard.

1 tin susu cair
1 Sb tpg kastard
sedikit garam dan daun pandan
masak diatas api sampai menggelegak.

kelapa ambil yg putih sahaja dn dikukus skjp.
gaul garam.potong kuih sagu yg disejukkan terlebih dahulu golek2 kn dgn kelapa siap.
Sumber : Noriza awang hamat

Resepi Sambal totokBahan:1/2 gengam ikan bilis kopek(basuh dan rendam)*30 tangkai cili padi merah+hijau*1 biji bwng besa...
31/01/2021

Resepi Sambal totok

Bahan:
1/2 gengam ikan bilis kopek(basuh dan rendam)
*30 tangkai cili padi merah+hijau
*1 biji bwng besar
*3 ulas bwng putih
*sedikit belacan
Sedikit garam
1biji limau nipis
Goreng bahan bertanda * hingga layu dlm minyak yg sedikit

Cara:
Tumbuk semua bahan yg d goreng td dgn sedikit garam
Tumbuk pecah2 manja je...
Masukkan ikan bilis yg dah d toskan dan tumbuk sebati..
Perahkan limau dan gaul sebati..
Siap!!!mkn plk dgn nasi panas...terangkat!!!

Kredit: Mazliza Ahmad

Address

Kepala Batas
13200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Resepi Ibu Kitchen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category