D'Bertam Coffee Classic Kulim

D'Bertam Coffee Classic Kulim kopi kampung, rasa mewah, harga warong.... sahabat cafe

AssalamualaikumKami D'Bertam Coffee Classic Kulim memerlukan pekerja segera, keutamaan kepada warga bertam putra, dekat ...
23/05/2022

Assalamualaikum

Kami D'Bertam Coffee Classic Kulim memerlukan pekerja segera, keutamaan kepada warga bertam putra, dekat tempat kerja..

Waktu kerja 2pm sampai 10pm
Upah hari rm35 minimun... Ikut sale, sale b*k dpt komisen...

KOMUNITI BANDAR PUTRA BERTAM, KEPALA BATAS, PENANG

Lepasan sekolah, tnggu SPM ka... Elok sgt... Kija x berat... Setup kedai 10 minit siap... Kemas 10 minit siap... Ehh mudah la sgt... Kija bancuh ayaq ja...

Kalau ada yg nak permanent lg bgus... Kita boleh adjust KWSP n SOCSO jugak kalau dah lepas 3 bulan...

www.wasap.my/60135201120/KerjaCCK

Business Account

08/03/2022

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kahwin 20 ribu belanja, sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya.
Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang dipanggil Datuk pada usia 47 tahun, dan ada yang dah ada cucu di umur yang sama.
Malah ada yang baru menimang cahaya mata pertama di umur yang sama.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Siapa nak jaga kita bila kita dah tua?

Ada orang, dia susah hati kerana belum bertemu jodoh.
Difikirannya siapalah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, dah berkahwin tapi belum punya anak, pun terfikir siapakah yang akan jaga aku bila aku dah tua nanti.

Ada orang, ada anak, tapi hanya seorang, pun terfikir, kalau dia kerja jauh siapalah yang nak jaga aku nanti.

Ada orang, anaknya semua lelaki.
Juga terfikir siapalah yang akan jaga aku nanti.
Nak ke menantu perempuan aku nanti jaga aku.

Ada orang, anaknya semua perempuan, sama juga.
Terfikir kalau semua tu nanti ikut suami masing masing, siapalah yang nak jaga aku nanti.

Apa masalah kita sebenarnya?

Kita letakkan masa depan kita di tangan manusia.
Di tangan anak.
Di tangan suami.

Walhal yang jaga kita itu ALLAH.

Berapa ramai orang yang anaknya ramai, cukup nisbah lelaki perempuannya, namun masih terabai hidup bersendirian di rumah usangnya sehingga meninggalnya juga seorang diri.

Berapa ramai juga orang yang saya jumpa hidupnya tidak bertemu jodoh, namun pada usia 60 70 80 masih sihat, boleh urus diri jauh lebih baik daripada orang yang usianya baru jejak 50-an namun sudah sakit lutut jalan bertongkat walau anak anak ada di sisi menjaga.

Itulah kita kata rezeki.
Dan rezeki itu hak Allah.
Yakin.
Yakin.
Yakin.

Jangan runsingkan kerja Allah.
Runsingkan kerja kita yang asik tak siap ni.

Jangan runsing belum ketemu jodoh
Jangan ribut belum ada zuriat
Jangan sedih hanya kerana beranak sorang
Jangan kalut kalau hanya ada anak lelaki
Jangan cemas jika hanya ada anak perempuan.

Lebih dari itu jangan takbur sangat kita ada jodoh, anak ramai, cukup laki perempuan.

Jangan pertikaikan
"eh nanti tua siapa nak jaga kau."
Kita sendiri pun belum tahu nasib kita nanti
Sempat ke kita tua?

Masa depan kita sentiasa di tangan Allah.
Dan Allah itu adil.
Setiap orang akan dapat apa yang Allah kata dia layak dapat.
Kuatkan pergantungan kpd Allah, itu yg paling penting.

Pendek kata
ALLAH ADA.
Jangan takut

AssalamualaikumAngpa pernah ka rasa kopi nampak biasa2 tapi rasa mewah..... Mai dulu rasa baru tau tara mana mewah D'Ber...
05/03/2022

Assalamualaikum

Angpa pernah ka rasa kopi nampak biasa2 tapi rasa mewah..... Mai dulu rasa baru tau tara mana mewah D'Bertam Coffee Classic Kulim

Lokasi, kat sebelah speedmart bertam putra jer... Sambil2 mai beli kerepek mai singgah sat rasa kopi mewah nie..

Kami ada beberapa pilihan utk angpa.. latte, mocha, cappuchino, hazelnut...

Skrg kami ada promosi, angpa beli 4 cup coffee dpt burger GTR satu... Ayam/daging...

Promosi bulan mac 2022 yer.. lepas pukul 4, gerai GTR burger bukak.. kita bagi free burger ayam,atau daging dengan pembe...
04/03/2022

Promosi bulan mac 2022 yer.. lepas pukul 4, gerai GTR burger bukak.. kita bagi free burger ayam,atau daging dengan pembelian 4 cup air coffee classic kulim

Thanks kerana selalu selalu support D'Bertam Coffee Classic Kulim ...Sapa² belum cuba ,wajib singgah mai rasa coffee kay...
01/03/2022

Thanks kerana selalu selalu support D'Bertam Coffee Classic Kulim ...

Sapa² belum cuba ,wajib singgah mai rasa coffee kayangan hnya di jalanan..😋😋😋

Hujan lebat hari nie yer... Mai kona blkg nooraz pi beli ayaq kopi classic kulim... Sebelah speedmart bertam putra jer.....
24/02/2022

Hujan lebat hari nie yer... Mai kona blkg nooraz pi beli ayaq kopi classic kulim... Sebelah speedmart bertam putra jer....

23/02/2022

Hari nie kami cuti yer.... RABU 23.2.22

Address

Jalan Bertam
Kepala Batas
13200

Opening Hours

Monday 14:30 - 19:15
20:00 - 21:30
Tuesday 14:30 - 19:15
20:00 - 21:30
Thursday 14:30 - 19:15
20:00 - 21:30
Friday 14:30 - 19:15
20:00 - 21:30
Saturday 14:30 - 19:15
20:00 - 21:30
Sunday 14:30 - 19:15
20:00 - 21:30

Telephone

+60135201120

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when D'Bertam Coffee Classic Kulim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to D'Bertam Coffee Classic Kulim:

Share

Category