Pusat Kraftangan Sabah

Pusat Kraftangan Sabah To foster cultural diversity through craft-making and skills training, preserving heritage while creating sustainable livelihoods. Kristal Handal Sdn. Bhd.
(369)

Pusat Kraftangan Sabah (Sabah Handicraft Centre) consists of a two-storey building, the ground floor is dedicated to exhibition and retail of handicraft products. "These products are the result of Yayasan Sabah Group's vigorous effort in training local people from all over Sabah. All these products are handcrafted by the handicraft trainees. Other facilites at the ground floor are workshops for machineries, a multi-purpose hall and a cafeteria. On the first floor, more rooms are being allocated for handicraft training purposes, meeting, seminar rooms and offices for Yayasan Sabah Group's of companies. Pusat Kraftangan Sabah (Sabah Handicraft Centre) is a subsidiary of Yayasan Sabah Group. is the marketing arm of Pusat Kraftangan Sabah. It will explore potential businesses, develop business rapport between local and overseas companies, as well as provide a channel for handicraft entrepreneurs to market their products. The centre will be a one-stop centre for training and marketing of handicraft products as well as to develop and nurture entrepreneurship skill among the locals thereby enhances their quality of life.

Bersama anak-anak manis dari Tabika KEMAS Kg.Ria, Keningau dalam Lawatan Pendidikan ke PKS. Seramai 15 orang kanak-kanak...
15/09/2026

Bersama anak-anak manis dari Tabika KEMAS Kg.Ria, Keningau dalam Lawatan Pendidikan ke PKS. Seramai 15 orang kanak-kanak, para ibu -bapa dan guru pengiring telah melawat ke PKS dan mencuba interaktif kraf mewarna Fridge Magnet dan Batik.

Seronok melihat ketekunan anak-anak ini bersama para ibu-bapa menyiapkan interaktif yang disediakan. Hasil tangan mereka ini diharap menjadi kenang-kenangan yang akan menyuburkan lagi minat mereka dalam bidang kraftangan.

Terima kasih adik-adik sudi berkunjung ke PKS!

15 September 2026 | TAMBUNAN PKS DI PAMERAN KARNIVAL PENDIDIKAN SMK TAMBUNAN TAHUN 2026Memeriahkan lagi Karnival Pendidi...
15/09/2026

15 September 2026 | TAMBUNAN

PKS DI PAMERAN KARNIVAL PENDIDIKAN SMK TAMBUNAN TAHUN 2026

Memeriahkan lagi Karnival Pendidikan SMK Tambunan 2026, PKS telah membawakan pameran dan jualan produk kraftangan hasil kerajinan para usahawan kraftangan tempatan. Di pameran ini juga PKS turut berkongsi cerita kejayaan dan langkah para usahawan kraf negeri Sabah yang telah membina kerjaya mereka sebagai usahawan kraf dan artisan . Bukan sahaja sebagai penerus warisan kraf nenek moyang, kini bidang kraf telah menjadi salah satu laluan kerjaya kepada individu yang mempunyai bakat kesenian dan tekad untuk memajukan ekonomi diri melalui seni kraftangan.

Turut dibawakan di pameran ini, interaktif kraf laser cut dari Bengkel Epoksi dan Resin.

Terima kasih SMK Tambunan atas jemputan ini.

# arts

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT KRAFTANGAN SABAH 🎨Pada 11 September 2026, Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menerima ku...
12/09/2026

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PUSAT KRAFTANGAN SABAH 🎨

Pada 11 September 2026, Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menerima kunjungan murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Pekan Tenom bersama guru dan ibu bapa.

Lawatan ini memberi pendedahan kepada para murid tentang seni kraf dan warisan budaya Sabah melalui aktiviti interaktif mewarna fridge magnet. 🖌️✨

Semoga pengalaman ini menjadi kenangan manis serta membuka ruang kepada murid untuk mengenali dan menghargai keunikan seni kraf tempatan.

Fakta Menarik!Menjadi satu kebanggaan buat PKS apabila corak pada latar belakang Kuala Lumpur Fashion Week 2026 yang lal...
10/09/2026

Fakta Menarik!

Menjadi satu kebanggaan buat PKS apabila corak pada latar belakang Kuala Lumpur Fashion Week 2026 yang lalu diinspirasikan dari corak kain Batik Sabah karya anak-anak negeri di PKS!

Ternyata bakat anak-anak negeri Sabah punya aura dan potensi untuk mendunia!

3 September 2026 | KENINGAUTerima kasih TLDM Labuan atas kesudian singgah ke PKS!Para pelawat sempat melihat dengan lebi...
04/09/2026

3 September 2026 | KENINGAU

Terima kasih TLDM Labuan atas kesudian singgah ke PKS!

Para pelawat sempat melihat dengan lebih dekat koleksi kraf warisan Sabah di Galeri Saging dan Tekstil selain membeli beberapa tanda mata kunjungan ke PKS.

Jemput datang lagi🙏

3 SEPTEMBER 2026 | KENINGAU 🌿 LAWATAN SAMBIL BELAJAR IJ CENTRE KE PUSAT KRAFTANGAN SABAH 🌿Pusat Kraftangan Sabah (PKS) t...
04/09/2026

3 SEPTEMBER 2026 | KENINGAU

🌿 LAWATAN SAMBIL BELAJAR IJ CENTRE KE PUSAT KRAFTANGAN SABAH 🌿

Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menerima kunjungan IJ Centre, Sook sempena Lawatan Sambil Belajar yang melibatkan seramai 78 orang murid serta 45 orang guru dan ibu bapa/pengiring.

Menariknya, para murid berpeluang menyertai aktiviti interaktif kraftangan antaranya:

🎨 Mewarna Batik
🔑 Key Chain Manik
🧺 Anyaman Bakul Rotan Mini
🪡 DIY Linangkit Sulam Tradisi

Aktiviti sebegini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada para pelawat, malah menjadi ruang untuk mereka mengenali, mencuba dan menghargai seni serta warisan kraftangan Sabah secara lebih dekat.

Terima kasih kepada IJ Centre atas kunjungan ke PKS. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan bermakna dan mencetuskan minat generasi muda untuk terus mengenali serta memelihara warisan kraftangan Sabah.

01/09/2026

🧺✨ Jom Kenali Bakul Tradisi Sabah!

Bukan sekadar bakul, setiap anyaman menyimpan cerita, budaya dan warisan masyarakat Sabah. 🌿❤️

Kenali kraf kita, hargai warisan kita! ✨



Kredit reels:Team LI PKS💪💪

✨ PUSAT KRAFTANGAN SABAH (PKS) MENYERTAI RISE SDG 2026 ✨Pusat Kraftangan Sabah (PKS) berbesar hati menyertai Rising Impa...
25/08/2026

✨ PUSAT KRAFTANGAN SABAH (PKS) MENYERTAI RISE SDG 2026 ✨

Pusat Kraftangan Sabah (PKS) berbesar hati menyertai Rising Impact through Sustainable Empowerment (RISE) 2026 anjuran APPGM-SDG sebagai salah satu agensi yang terlibat dalam inisiatif pembangunan kapasiti dan pemerkasaan komuniti.

RISE SDG 2026 merupakan platform pembangunan kapasitasi strategik yang memberi fokus kepada pengukuhan keupayaan, tadbir urus, perkongsian pengetahuan serta peningkatan impak projek berasaskan komuniti, selari dengan aspirasi Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Sebagai agensi yang komited terhadap pembangunan industri kraftangan, PKS menyokong usaha memperkasa komuniti melalui pembangunan kemahiran, inovasi, keusahawanan, kelestarian dan pengembangan potensi produk kraftangan.

🤝 Penyertaan ini diharap dapat membuka ruang kepada perkongsian ilmu, jaringan strategik dan kolaborasi antara agensi serta komuniti dalam membina ekosistem kraftangan yang lebih berdaya tahan, inovatif dan mampan.

🌱 Memperkasa Komuniti | Mengangkat Kraftangan | Membina Masa Depan Lestari

✨ PENYERTAAN PKS SEBAGAI PEMPAMER – HARI KEMAHIRAN KEMAS PERINGKAT NEGERI SABAH 2026 ✨Pusat Kraftangan Sabah (PKS) turut...
23/08/2026

✨ PENYERTAAN PKS SEBAGAI PEMPAMER – HARI KEMAHIRAN KEMAS PERINGKAT NEGERI SABAH 2026 ✨

Pusat Kraftangan Sabah (PKS) turut menyertai Hari Kemahiran KEMAS Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 bersama Program AGT @ KEMAS yang berlangsung pada 21 hingga 22 Ogos 2026 di Dewan Masyarakat Keningau.

Sebagai salah satu pempamer, PKS berpeluang memperkenalkan produk dan hasil kraftangan tempatan Sabah, di samping berkongsi informasi berkaitan seni kraf, keusahawanan serta peranan PKS dalam pembangunan dan pemerkasaan komuniti kraftangan.

Jom sama-sama menyokong dan menghargai hasil karya kraftangan tempatan! 🧺✨

Kraf Sabah, Warisan Kita! ❤️

🗓 21-8-2026📍 LAWATAN NAZIRAN  PETUNJUK GEOGRAFI SABAH BATIKPusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menerima kunjungan daripad...
22/08/2026

🗓 21-8-2026
📍 LAWATAN NAZIRAN PETUNJUK GEOGRAFI SABAH BATIK

Pusat Kraftangan Sabah (PKS) telah menerima kunjungan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah bagi lawatan naziran berkaitan Petunjuk Geografi (PG) Sabah Batik.

Lawatan ini bertujuan mendapatkan maklumat dan data berkaitan produk yang berdaftar sebagai Petunjuk Geografi serta memastikan pematuhan terhadap perundangan di bawah Akta Petunjuk Geografi 2022.

Terima kasih kepada pihak KPDN Sabah atas kunjungan dan kerjasama yang diberikan. 🤝✨

Address

KM 5, Jalan Apin/Apin
Keningau
89000

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Friday 08:30 - 17:00
Saturday 09:00 - 16:00
Sunday 09:00 - 12:00

Telephone

+6087332186

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Kraftangan Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pusat Kraftangan Sabah:

Shortcuts

Share