10/10/2016
Makin berbisnes, makin miskin.
Sebenarnya banyak berlaku di mana semakin lama kita menjalankan bisnes, semakin banyak hutang kita.
Orang berbisnes kerana mereka mahu kaya. Namun, akibat berbisnes, banyak antara kita menjadi semakin miskin.
+ Duit simpanan habis.
+ Barang kemas isteri habis.
+ Hartanah tergadai kepada bank.
+ Hutang keliling pinggang.
Selepas memulakan bisnes, bukannya kita menokok harta. Harta yang ada p**a habis!
...
Fenomena makin lama berniaga makin banyak hutang bukanlah perkara yang jarang berlaku.
Orang bisnes tidak mahu menceritakan perkara begini. Ia amat memalukan dan menjatuhkan self-esteem.
Jadi kita rahsiakan, dengan harapan masalah hutang itu dapat diselesaikan dalam diam-diam.
Kita hidup dengan berpura-pura banyak duit.
Orang sangka bisnes kita berjalan bagus. Padahal setiap bulan kita menokok hutang.