24/07/2022
Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Kepada pelanggan yang dihormati & disayangi semua. Berikutan kenaikan harga barang yang sangat mendadak sekarang, pihak CCB turut terkesan & terpaksa menaikkan harga menu kami. Kami dah penat nak hadap kos yang tinggi ini. Sebelum ini kami tidak pernah mengubah harga menu kami dari 2019 sehingga sekarang. Selepas kenaikan harga barang ini, contohnya Burger Ayam Crispy Rm5.50 tapi sekarang kami terpaksa menaikkan harga tersebut kepada Rm6.50. Harga ayam, minyak, dan sayur terus naik dengan mendadak.
Bercakap pasal ayam satu hal, banyak lagi barang-barang lain seperti daging, kambing yang kami sendiri mengekalkan cara kami sendiri iaitu "Homemade Version". Ianya sangat memberi kesan terhadap penjualan kami. Namun demikian, kami berjanji untuk mengekalkan kualiti dan portion produk kami agar pelanggan sentiasa berpuas hati.
Oleh itu, kami ingin memohon maaf atas kenaikan harga ini. Kami berharap pelanggan semua dapat memahami situasi yang dialami sekarang. Terima kasih kerana sentiasa memberi sokongan kepada CRAZY CHEEZY BURGER dari dulu sehingga sekarang.
Harga baru bermula 26 JULAI 2022.
Sekian, Terima kasih.